Wednesday, August 5, 2009

tujuh ekor kambing gemuk dan kurus

bila melihat keadaan ekonomi yang makin menjunam disini, maka tafsiran nabi yusuf terhadap mimpi raja tentang tujuh ekor kambing gemuk dan kurus amatlah relevan dan akan terus relevan sampai bila-bila.
begitulah cara-cara tuhan mengajar manusia tentang asas ekonomi samada negara, syarikat atau keluarga.

senang cakap, bila dah dapat senang jangan lupa masa susah kerana ianya akan datang bila-bila masa. ada yang kata putaran tujuh tahun.ada yang kata sepuluh tahun. tapi ada yang hari ini dapat senang, esuk terus susah. adalah sebab kenapa kadang-kadang lama,kadang kejap sahaja.

masa dapat untung dasyat-dasyat, janganlah lupa bila rugi sahaja yang datang.
silap langkah, semua untung hangus dek rugi.
jadi beringat-ingatlah.

disini ramai yang mengelabah sekarang bila nampak ekonomi menjunam deras. dah la dulu persen tak ada kerja mencecah 65% lebih.sekarang tentu lagi sakan. itu belum ada ramai yang akan kena buang kerja.
sejak lepas perang, sini belum pernah kena kemelesetan.
tak macam malaya yang kena sebelum ni.
jadi puak-puak sini masih ingat tujuh ekor kambing gemuk akan terus gemuk sampai bila-bila. tapi bila tiba-tiba kambing dah mula kurus, ramai yang dah moyok.
masa aku sampai dulu, wah masing-masing cakap macam apa lagi.baik sendiri punya orang atau kontraktor-kontraktor ni.
bila aku dah nak balik ni, yang datang dengan muka moyok ramai tapi dek kerana degil masih nak tunjuk lagak.

kerana keinsafan terhadap tuhan selalu datang masa kita susah, maka janganlah hairan bila ia datang sebagai peringatan terhadap kita.

No comments:

Post a Comment

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...