Tuesday, October 12, 2021

cerita temucuit 10

Geng temucuit
Miss X dan Y

Selepas projek Gebeng aku ke India.

Bila bosan  duduk sorang2 teringatkan Malaya dan juga cerita lama jenan.
Masa ni FB pun baru muncul dan untuk komunikasi aku banyak guna internet. Nasib baik apartment aku ada connection internet yang baik.
Jadi bila balik apartment dan bosan, aku hari2 terpacak depan komputer melayari internet.
Ada dua orang memba jenan yang aku dok message tanya pasal geng temucuit. Salah sorang gegirl classmate aku masa menengah rendah, CT. Dia ada bagitau memang ada geng temucuit yang dok admire kat aku dan selalu bagi benda. Tapi dia pun tak bagitau sapa orangnya.
Sorang lagi adalah orang kampung aku yang masa tu dok di UK ikut bini dia belajar. Dia baik sangat dengan gegirl batch kami. Tapi dia pun macam CT juga simpan rahsia. Cuma dia ada sebut satu nama SSI yang syok gila kat aku tapi dia tak nak ganggu aku belajar.
Hahaha...aku pun bukan belajar sangat masa tu. Berangan saja lebih.

Percubaan nak dapat info gagal lagi.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...