Miss X dan Y
Lepas SPM aku ke Jenan balik untuk matrik.
Aku balik ke rumah cendikia tapi kami ada bilik khas untuk puak2 matrik.
Di cendikia ada junior yang sangat rapat dengan aku yang menjadi pemegang rahsia aku. Dia tau cerita geng temucuit dan miss X.
Mengikut maklumat dia geng temucuit tu bukan saja gegirl batch aku tapi juga di sertai oleh junior2. Power tak aku? Tapi nothing happened masa zaman aku matrik. Dah hilang seri kot.
Kira tamatlah teruslah geng temucuit tu.
Yang paling menarik aku dapat tau miss X ada adik angkat junior cendikia kami. Dia dah pasang kaki untuk mengetahui kegiatan aku lama dah rupanya. Melalui adik M ni lah aku dapat tau miss X pun tak pi obersea. Dia pi matrik macam aku tapi sekolah lain. Adakah ianya satu kebetulan atau dah dirancang oleh miss X sebab masa kami jumpa last dulu aku dah bagitau yang aku plan nak ke matrik saja.
Walaupun dah ada info dan aku tau sekolah tu, aku masih gagal berbuat sesuatu untuk memulakan langkah.
Adooiii.....