Miss X dan Y
Setelah habis matrik dan aku masuk UKM, aku lost contact dengan geng jenan. Macam aku sorang saja sehinggalah satu hari terjumpa budak sains social dulu di perpustakaan TSL. Jumpa pun kejap dan tak sempat cerita lebih2 lagi bila dia hanya joint kami masa form empat dan lima saja.
Lepas tu terus tak jumpa lagi.
Kemudiannya berlaku apa yang aku pernah cerita sebelum ni. Adik Aji pemegang rahsia alam aku yang bagi info. Setelah peristiwa surat dan kemudiannya meletop bila aku dah habis belajar pergi flat kampung pandan. Ni pun dah diceritakan dulu. PN lah yang letopkan cerita.
Aku juga cerita masa jumpa kawan miss X di ipoh dan itulah penamatnya.
Setelah itu aku lost contact lagi dengan geng2 jenan sehinggalah aku dah kawin dan menetap di klang.
Kami kemudiannya ada yahoogroup. Dalam grup itu cerita geng temucuit muncul kembali. Tapi ahli2 geng tu terus menyepi.
Satu hari masa di projek gebeng, mr D datang melawat aku. Kami belum lagi berjumpa sejak keluar sekolah. Masa berpeluk ala arab dengan dia, tiba2 dia kata, untunglah hang. Miss X syok kat hang.
Aku terus response, untung apa. Orang lain lagi cekap. Aku melepas. Kami sama2 gelak sakan.
Kemudiannya batch kami buat reunion di penang dan apa yang berlaku aku dah ceritakan sebelum ini.
Cerita geng temucuit terus hilang.
Miss Y pun aku tak dengar berita. Cuma yang sahih dia tak kahwin pun dengan senior balak kami dulu. Baru2 ni baru aku tau yang dia sen diri tak mahu meneruskan perhubungan dengan balak tu. Sebabnya masih misteri.