Tuesday, October 12, 2021

cerita geng temucuit - 7

Geng temucuit
Miss X dan Y

Bila dan tingkatan lima, miss Y dah single bila balak dia keluar lepas SPM.
Kesian dia.
Tapi aku tak proceed apa2 dan biarkan dia kesaorangan. Ada dua sebab kenapa aku tiba2 u-turn.
Satu aku dah mula teringatkan miss X. Terbayang2 sokmo. Tapi dek kerana kurang keyakinan lantaran aku set 5 english dan dia set 1. Aku rasa jurang sangat jauh disebabkan ketidak tereran aku. Aku pulak tak power dalam subjek2 lain. Biasa cukup2 makan saja.
Keduanya dengan tidak semena-mena aku dipilih menjadi pengurusi persatuan agama islam. Macam president Badar zaman sekarang. Lagi pulak kadang jadi imam di mesjid Jenan. 
Takan la imam ada awek dan bercinta pulak. Habislah reputasi persatuan. 

Jadi aku pun memendam rasa sajalah.
Miss X ka miss Y, dua2 melepas walaupun aku dah rasa tak bertepuk sebelah tangan lagi.

visit orang klang

  15.12.2024 Hari ni RGH di kunjungi jiran lama sri andalas, hj azam. Dia baru balik dari KT dan otw ke kuantan dan klang. Semua reaksi: 6 6...