Wednesday, June 22, 2022

singgah di Bentong

 

6 Jun jam 12:17 PTG 
Dikongsi dengan Rakan anda dan rakan Aziz
Rakan
Setelah lewat sangat dari kemamang semalam, singgah menginap di D Bilut agrofarm. Exit dari lancang melalui jalan yang sangat mencabar sebelum naik ke jalan baru central spine.
Pagi ni singgah di Bentong sebelum gerak ke Uia dan klang.
Rupanya durian belum luruh lagi di Bentong.
Terharu dengar musibah banjir yang melanda rumah dia pada desember tahun lepas. Sampai ke bumbung air bah tu.
Terimakasih ustaz abdul Aziz Adam yang menerima kami walaupun bagi late notis
Mungkin imej 4 orang, orang duduk dan dalam

Rehlah Kemamang

    Date : 5.6.2022

setelah ke rumah pak ku, geng gebeng aku di kemamang, kami sempat singgah pula di rumah sahabat lama BHM / Selia yang juga di kwasan yang sama.

alhamdullilah di rupanya di terima untuk menjadi duyufurrahman tahun ni. semoga mendapat haji yang mabrur.



kenduri di Kerteh

     date : 4.6.2022

Alhamdullilah sempat menghadiri kenduri walimatulurus tn hj Ram Tnb dan Ani yang baru dapat menantu di kelab golf petronas. Ani adalah geng Kusza ummi.
Ada pulak geng skoloh rendah Ummi Ubaida yang terjumpa di RnR lebuhraya pantai timur. Pak Syed pulak kenai geng-geng Jenan aku di Tnb, azam, dahalil dan beberpa senior dan junior.
Di Kerteh ni aku teringat masa projek terakhir dengan Percon corporation, Kuantan-kerteh railway. Inilah projek pertama aku outstation. Balik klang tak tentu. kadang dua minggu sekali, ada juga sebulan sekali.
selepas siap projek ni aku berhenti dan joint projek Damansara Interchange dengan BHM.
Ummi Ubaida, Ibnu Ibrahim At-Tawari dan 14 yang lain

Pesta buku KL 2022

 Pestabuku KL 2022

11 buku = rm 494
Average rm 45 per buku.
Kesimpulan : buku pun dah makin mahai
Nota :
1. Orang yang jarang2 beli buku kata Murah tu
2. Orang kata Average lagu tu tak adil
3. Kena kira cost per helai baru adil
4. Aku kata cost ni compare dengan beli online include posting
5. Nasib baik hantar anak jadi runner tukang beli
Mungkin imej 1 orang, buku dan dalam
ARashid MA, Ahmad Husnizam dan 1 yang lain

kawan lama Ireka

 Pada 2.6.2022 aku sempat lunch dengan kawan lama, Mr Kosnov sejak 30 tahun dulu.

Kami sama2 fresh graduate start kerja dengan company Ireka di projek ipoh - simpang pulai. Dia asal dari bukit gambir, johor graduate dari US.

Kami sama2 tinggal di rumah company di taman ipoh timur hingga projek siap. kemudiannya iku Ir Yap ke projek Bullohpack di sungai Buloh.

setelah projek siap, kami ikut BC Yap lagi ke district cooling tower KLCC.

Kemudiannya aku pindah dan dia masih disitu hingga projek siap sepenuhnya. kami berpisah projek tapi aku masih duduk dengan dia di Bandar baru sungai buloh. Aku ke projek lembah beringin dan kemudiannya berhenti bila aku berkahwin dan pindah ke klang.

Kira empat tahu lebih kami bersama di Ireka dan dok serumah.

PS ; gambar kanan - masa muda trang-tang di annual dinner Ireka


belasungkawa

Minggu ni kariah MHAI kehilangan imam ust aziz setelah sakit yang membawa beliau keluar dan masuk hospital. Sejak dari aku kahwi...