Monday, March 5, 2012

impian seorang bapa

akhirnya atas ketentuan allah salah seorang kembar dapat juga masuk ke asrama sebagaimana hajat ibu bapanya.
betapa ujian tuhan kepada aku dan ummi sebelum makbul adalah pengajaran yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.
betapa besar kuasa tuhan adalah tiada tandingan sesiapa.
maka kalau Dia kata jadi,maka jadilah.

takpayahlah aku cerita secara detail, nanti timbul andaian yang tidak enak. cukuplah sekadar menceritakan setelah kita menyerahkan segala-galanya kepada DIA, maka dia memberi perkara yang sangat-sangat mustahil.

perjalanan kerohanian ini menjadi semakin sukar dijelaskan menerusi kata-kata lagi.....

gathering x-hujjaj 1432

alhamdullilah bulan lepas jugak kawan-kawan x-hujjaj bilik aku dan bilik sebelah dapat menganjurkan satu perjumpaan.
kali ni di tesco jalan kapar. yang jadi tuan rumah adalah al haj abang zainal dan hajjahnya.
abang zek ni duk bilik sebelah bilik aku masa di mekah tapi hajjah dia dok sebilik dengan ummi.
kali ni hanya empat pasangan hujjaj yang hadir. aku pulak bawak si kembar serta si santubong dan si jenjang......bosan sungguh depa tengok kami dok berborak macam2 hal terutama mengenang cerita-cerita di tanah suci.

nasi arab batu pahat

lagi nasi arab aku pekena bulan februari lalu.
kali ni restoren madinat hadramaut kat batu pahat.

memang best.
roti dia besaq, boleh makan dua orang!!
tak percaya, dua orang....

lupa pulak aku nak ambik gambaq.
yang ni kat dalam kedai tu.

nasi arab nilai

 cerita makan la pulak.
ni nasi arab yang aku pekena dengan kawan2 x-ireka, hj bahr dan wak cost.
kami ke nilai, restoren marhaban bikum di dataran nilai.

ok jugak la
 ni menu dia.....
nasi yang kita orang pekena ari tu.

yang ni lauk kambin.....

Sunday, February 26, 2012

tiga tahun dah berlalu

18.2.2009
18.2.2012

dah tiga tahun sejak aku menjejakan kaki di sarajevo airport dengan austrian air.
apa yang berlaku pada aku disana sangat memberikan kesan sampai ke hari ini.
rupanya rancangan tuhan ada berbagai-bagai hikmah yang tak mampu kita fikirkan masa mula-mula aku diminta datang sini.
walaupun mulanya penuh dengan amarah bila diminta datang tapi sekarang aku mengerti ketentuan tuhan.

pekembangan rohani aku mencapai kemuncaknya disini sebenarnya.

tapi kambing bakarnya masih aku terasa........

Tuesday, February 21, 2012

hari setan

sakit hati betul aku baca statement puak-puak  dua tiga orang ni.
bukan takad kafir ja, yang islam pun tumpang semangkuk.
mesti ramai lagi yang macam ni kat luar sana.

cerita aurat

aku tertarik dengan kenyataan ustaz ni tadi kat TV tentang aurat.
katanya aurat hak Allah.
apahal kita nak pertikai itu ini sana sini.
tadi ada kawan pos kenyataan bangang artis malaya pasal aurat.
belom seru? seru apa kau....nanti bila dah masuk kubur, susah mau cerita
aku pernah jumpa ustaz ni masa pi raya rumah seorang kawan di puchong aidilfitri yang lepas.
terimakasihlah sebab tolong doakan aku yang nak berangkat pergi haji masa tu.

spurs makin bungkus

Ingatkan selepas berbelanja besar  spurs akan mencanak naik tapi hampas. Menang belum, gol selepas match kelima baru score. Entah apa nsk ja...