Bujram mubarek olson to my bosnians frends.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Wednesday, May 25, 2022
Belasungkawa SAR
Belasungkawa 2
Semasa meeting yang sama pukul 2.47pm, aku dapat berita sedih yang kedua.
Sahabat jenan 84 kami suhari abd rahman telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya
Kawan seperlis, seTT dan classmate dari tingkatan satu hingga lima juga bertarung melawan kanser sebelum ini.
Sunyilah grup 'perlih la' kami bertiga dengan hj july selepas ini.
Dia dan july jugalah antara yang awal sampai di hospital shah alam bila mendapat berita aku telah kena serangan jantung.
Innalillah.
Allahumagfirlahum warhamhum.
Ya Allah, ampunilah segala dosa2 dia, lapangkanlah dan permudahkan lah perjalanan di alam kubur.
Selamat menempuh perjalanan ini yang kita pernah bicarakan dulu.
Rupanya kau dulu yang menempuhnya. Aku pula entah bila
Muna Alasri, ARashid MA dan 56 yang lain
Suka
Komen
Kongsi
45 Kome
Saturday, May 14, 2022
macamana bermula
LIM LENG CHEAK DAN PEMBANGUNAN EKONOMI KEDAH
Lim Leng Cheak dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1850, ayahnya Lim It Kim berasal dari wilayah Fujian, merantau ke wilayah Asia Tenggara dan berkahwin dengan gadis Siam dari keluarga berpengaruh. Mereka kemudiannya menetap di Pulau Pinang. Tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenai bapanya namun beberapa catatan mengatakan ayah Lim Leng Cheak mempunyai pengaruh besar didalam urusniaga di Pulau Pinang.
Pada zaman muda, Lim Leng Cheak bekerja sebagai kerani kepada pegawai di Pulau Pinang. Kemudian beliau membuka perniagaan runcit. Memandangkan Pulau Pinang telah menjadi pelabuhan utama di utara, beliau mengambil peluang membuka syarikat perdagangan import export ke kawasan Sumatera terutama di Acheh. Perdagangan utama yang dijalankan ialah dagangan lada hitam.
Lim Leng Cheak membesarkan lagi perusahaan dagangan beliau dengan mengeksport beras dari Pulau Pinang ke wilayah Acheh. Menurut rekod perniagaan beliau, jumlah keuntungan bagi 3000 guni beras adalah sebanyak $10,000 dengan menggunakan kapal Cornelia. Kapal tersebut telah berdagang di Troomon, Tampat, Tuan, Soosoo, Rigas, Analaboo dan kembali ke Pulau Pinang.
Pada tahun 1879, rakan niaga beliau telah bersara dan kesemua perniagaan dikawal sepenuhnya oleh beliau. Syarikat beliau, Messrs Leng Cheak & Co kini mempunyai 4 buah kapal kuasa wap iaitu Cornelia, Eleanor, Washi dan Rosa. Syarikat ini juga menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak Inggeris dan beberapa kapitan Cina yang lain antaranya Keluarga Khaw dan Lee Phee Yeow.
Pada tahun 1888, Sultan Abdul Hamid iaitu Sultan Kedah yakin dengan kemampuan Lim Leng Cheak. Baginda telah memberikan tanah seluas 14,000 relong di Kulim untuk mengusahakan tanaman ubi kayu. Tujuan Sultan memberikan tanah adalah untuk membangunkan negeri Kedah yang ketinggalan dari sudut ekonomi selepas diserang Siam pada tahun 1821.
Beliau juga turut mengusahakan tanaman kopi, candu dan kelapa dikawasan Kulim. Pekerja beliau adalah seramai 1000 orang, hampir separuh daripada mereka berbangsa India. Selain itu terdapat juga bangsa Melayu, Jawa, Petani, Teochius, Hailam dan Hokkien.
Selain daripada itu, Sultan juga memberi kuasa monopoli 20 tahun kepada beliau didalam mengawal perusahaan beras. Nama syarikat tersebut ialah Syarikat Beras Chep Bee. Hampir semua petani di Kedah dan kawasan sekitar menjual padi kepada syarikat beliau. Kesemua padi akan diproses daripada kilang berasnya sendiri. Kesemua beras tersebut akan didagangkan sendiri oleh syarikat beliau di Pulau Pinang. Boleh dikatakan sepanjang 20 tahun tersebut, beliau mendapat kuasa penuh monopoli terhadap dagangan beras di Kedah dan Pulau Pinang.
Kekayaan beliau terus bertambah apabila beliau telah membuka kilang gula di Alor Setar, tanaman kopi dan kelapa di Kulim. Boleh dikatakan Lim Leang Cheak telah berjaya menguasai keseluruhan pasaran beras, perdagangan lada hitam, candu, gula, kelapa, kopi, arak, ubi kayu. Barang dagangan beliau seperti beras dieksport ke Ceylon, India, Mauritus. Ubi kayu pula dieksport ke London, Le Havre, Nantes dan sekitar eropah.
Pada tahun 1901, Lim Leang Cheak telah meninggal dunia pada usia 51 tahun. Beliau telah meninggalkan kekayaan dan kuasa ekonomi yang sangat besar. Kesemua harta dan perniagaan beliau diwarisi 15 orang anaknya hasil daripada perkahwinan bersama 7 orang isteri. Kesemua ladang beliau dipecahkan kepada 20 panggu. Empat orang anak perempuannya mendapat $30,000 setiap orang.
Gambar daripada https://overseaschineseinthebritishempire.blogspot.com/...
Kredit : Histourism - History & Tourism
Rujukan
MBRAS Chinese-Malay Economic Network in Penang-Kedah-North Sumatera Triangle 1880-1909
Chinese Business In The Making of A Malay State 1882-1941
Wednesday, May 11, 2022
syafakallah
Sakit sahabat jenanku SAR makin teruk.
Macam dah merebak. Ramai bagitau dia dah tak boleh bertahan lagi.
Setelah kehilangan dua sahabat baik masa covic, aku dah makin lemah bila sahabat ni di serang canser tahap 4.
raya 2022
Alhamdullilah raya tahun 2022 giliran marang.
Setelah dua tahun sangkut di klang dek kerana pkp, kali ni balik bukit kor dari jumaat ke jumaat.
Ummi sesak nafas bila diumum raya hari isnin sebab semua konfident selasa raya.
Tetamu mengejut adalah junior jenan 85, che A yang aku tak jumpa sejak 1985. Dia dah jadi geng Ganu kiter lama dah rupanya.
tiga puluh tahun dulu
Dua haribulan april baru ni genap tigapuluh aku dalam construction industri.
Perjalanan ini bermula bila aku interview dengan Ir Yap Beau Chuan, projek manager Ireka di highway ipoh simpang pulai projek pada hari sabtu 30 mac 1992.
Dua hari kemudiannya aku naik bas untuk ke ipoh. Kemudiannya ambil teksi ke pejabat tapak di Ipoh garden.
Kemudiannya aku ke rumah staff di gunung rapat dengan fresh engineer WK yang telah masuk beberapa sebelum itu. Di rumah itu telah ada dua engineer yang lebih berpengalaman dari kami tapi masih bujang. Sebulan kemudiannya kami di sertai oleh TN dari Balok. Kami bertiga berada di situ sampai projek siap.
Kemudiannya aku masih lagi setia dengan dua lagi kontraktor dalam perjalanan yang penuh warna warni sehingga aku tiba2 buat keputusan untuk tinggalkan semuanya dan berehat sambil menjadi advisor projek saja.
Selepas lapan bulan aku terjun kembali untuk ikut dua kontraktor yang jv untuk projek highway yang rupanya akan menutup perjalanan ini.
Sekarang tunggu masa untuk landing betul2.
Ireka
Percon
Bumihiway group, Bhi, Mbi, sss, realis
Hasrat sedaya ( zelan hasrat consortium )
Subscribe to:
Posts (Atom)
spurs makin bungkus
Ingatkan selepas berbelanja besar spurs akan mencanak naik tapi hampas. Menang belum, gol selepas match kelima baru score. Entah apa nsk ja...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
-
Copy paste dari FB : Dimana letaknya Langkasuka? Nama Langkasuka mula dijumpai dalam catatan China dari 梁书 Liáng shū yang menyebut sebagai 狼...
-
Aspa Cottage, kuantan. untuk staff kontraktor yang jaga project, selalunya rumah akan disediakan. Semasa di projek Gebeng, kami menyewa d...







