Wednesday, May 11, 2022

tiga puluh tahun dulu


Dua haribulan april baru ni genap tigapuluh aku dalam construction industri.
Perjalanan ini bermula bila aku interview dengan Ir Yap Beau Chuan, projek manager Ireka di highway ipoh simpang pulai projek pada hari sabtu 30 mac 1992. 
Dua hari kemudiannya aku naik bas untuk ke ipoh. Kemudiannya ambil teksi ke pejabat tapak di Ipoh garden.
Kemudiannya aku ke rumah staff di gunung rapat dengan fresh engineer WK yang telah masuk beberapa sebelum itu. Di rumah itu telah ada dua engineer yang lebih berpengalaman dari kami tapi masih bujang. Sebulan kemudiannya kami di sertai oleh TN dari Balok. Kami bertiga berada di situ sampai projek siap.

Kemudiannya aku masih lagi setia dengan dua lagi kontraktor dalam perjalanan yang penuh warna warni sehingga aku tiba2 buat keputusan untuk tinggalkan semuanya dan berehat sambil menjadi advisor projek saja.

Selepas lapan bulan aku terjun kembali untuk ikut dua kontraktor yang jv untuk projek highway yang rupanya akan menutup perjalanan ini.
Sekarang tunggu masa untuk landing betul2.
sepanjang itu aku kerja di tiga construction company :
Ireka
Percon
Bumihiway group, Bhi, Mbi, sss, realis
Hasrat sedaya ( zelan hasrat consortium )

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...