Wednesday, May 11, 2022

tiga puluh tahun dulu


Dua haribulan april baru ni genap tigapuluh aku dalam construction industri.
Perjalanan ini bermula bila aku interview dengan Ir Yap Beau Chuan, projek manager Ireka di highway ipoh simpang pulai projek pada hari sabtu 30 mac 1992. 
Dua hari kemudiannya aku naik bas untuk ke ipoh. Kemudiannya ambil teksi ke pejabat tapak di Ipoh garden.
Kemudiannya aku ke rumah staff di gunung rapat dengan fresh engineer WK yang telah masuk beberapa sebelum itu. Di rumah itu telah ada dua engineer yang lebih berpengalaman dari kami tapi masih bujang. Sebulan kemudiannya kami di sertai oleh TN dari Balok. Kami bertiga berada di situ sampai projek siap.

Kemudiannya aku masih lagi setia dengan dua lagi kontraktor dalam perjalanan yang penuh warna warni sehingga aku tiba2 buat keputusan untuk tinggalkan semuanya dan berehat sambil menjadi advisor projek saja.

Selepas lapan bulan aku terjun kembali untuk ikut dua kontraktor yang jv untuk projek highway yang rupanya akan menutup perjalanan ini.
Sekarang tunggu masa untuk landing betul2.
sepanjang itu aku kerja di tiga construction company :
Ireka
Percon
Bumihiway group, Bhi, Mbi, sss, realis
Hasrat sedaya ( zelan hasrat consortium )

Monday, April 4, 2022

berita sedih

Lepas SO tadak, satu lagi berita sedih pasal memba jenan dari form 1 sampai 5 yang didiagnose kanser stsge 4

Saturday, April 2, 2022

belasungkawa

Ramadan pertama 2022 dapat berita sedih yang sahabat enginemania sanusi telah kembali ke rahmatullah.
semoga damai di sana sahabat

Tuesday, March 29, 2022

satu lagi down

Kobid sudah menyerang family aku.
Mula2 syafiq. Dia dapat dari tempat kerja.
Kemudian ummi kena. Aku rasa akan terheret sama. Tapi negetif. Tadi si bungsu kena. Aku test lagi. Negetif.
Sekarang tinggal aku dan akir. Harap2 terus negetif.

Monday, March 28, 2022

bungsu

Hari ni anak bungsu ku telah mengambil kertas terakhir SPM.
Ironinya kertas terakhir adalah bahasa arab yang umminya mengajar puluhan tahun di Kisas.
Dengan ini tamatlah semua anak2 aku di sekolah menengah. Betapa jauhnya perjalanan ini.
Aku sangat puashati untuk keempat-empat anakku yang telah melalui kedua-dua pelajaran agama dan konvensional. Minat mereka bila melanjutkan pelajaran nanti adalah pilihan mereka sendiri. 
Abang kembar bungsu telah habis peringkat ijazah sementara si kakak masih di Uia.

Semoga ilmu yang kalian dapat diguna sebagai pedoman di masa depan.

Monday, January 10, 2022

belasungkawa

Pagi tadi selepas suboh dapat berita sahabat senior engine mania Ukm  Ir. Kamarul Baharin @ yb. Dari consultant di Perunding Ikatan telah meninggal dunia akibat kemalangan.
Aku mula kenal baik dengan dia bila geng kami pindah ke flat Bandar Baru Bangi fasa 4.
Rumah sewa berdekatan. Dia pula selepas tamat belajar masih tinggal di situ bila mendapat kerja. Aku pernah ikut gang dia menghadiri kenduri kahwin sahabat Ukm di gunung semanggol .
Beberapa tahun lepas sebelum PKP aku pernah bercakap dalam talipon dengan dia yang sudah pindah tempat tinggal dari sri muda ke klang.
Atas kesibukan masing2, kami tak dapat lagi berjumpa sehingga mendapat berita sedih ini.
Innalillah.
Allahumagfirlahum warhahum

Saturday, January 1, 2022

1.1.2022

Alhamdullilah hari ni dapat juga sampai ke alor setar berjumpa bonda walaupun kena gout dua hari lalu.

roadmap DS zahid next PM11

Roadmap DS jahid to be next PM11 Recent prn johor results show that umno had completely  kill parti bersatu that stole their voters during p...