Setelah bermacam tribulasi akhirnya pelan untuk bina rumah cum homestay di bukit kor dah lulus.
Pembinaan pun bermula.
Tadi bawa enginiar shukri melawat tapak dan pergi teh tarik di kelulut selepas tu.
Semoga semuanya berjalan lancar
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Setelah bermacam tribulasi akhirnya pelan untuk bina rumah cum homestay di bukit kor dah lulus.
Pembinaan pun bermula.
Tadi bawa enginiar shukri melawat tapak dan pergi teh tarik di kelulut selepas tu.
Semoga semuanya berjalan lancar
Semasa menyelongkar rak buku tiba-tiba terjumpa sebuah buku klasik yang aku beli pada 15 disember 2000. Sudah 18 tahun rupanya.
Buku ni aku beli semasa melawat kelantan di bulan ramadzan dan kami menginap di hotel ansar kota bharu.
Masa ni si kecik pun belum ada lagi
Alhamdullilah talaqqi tafsir dah sampai surah 20.
Kelas ini bermula 10.9.17 tiap2 minggu hingga sekarang.
Target asal empat bulan akan habis semua tapi sebenarnya tak semudah itu walaupun pengajian ini tidak pergi detail cuma memahami kandungan surah dan pembahagian ayat2 mengikut kategori2 tertentu.
Hari ni teringat kisah Balkan.
Aku tercari-cari buku pasal ottoman Yang Aku beli pada 15.7.2009 semasa transit Di airport Istanbul untuk ke sarajevo selepas balik dari Malaysia menghadiri arbitration kes project Gong Kedak.
Rupanya ini adalah Kali terakhir Aku ke Bosnia sampai sekarang.
Aku kemudiannya balik setelah project Di Sana menjadi kes mahkamah.
Minggu ni kariah MHAI kehilangan imam ust aziz setelah sakit yang membawa beliau keluar dan masuk hospital. Sejak dari aku kahwi...