Friday, November 17, 2023

cerita utara

Artikel dari sahabat jenan85, suhaimi yusof.

[17/11, 15:38] Jn Suhaimi TEH 85: *BAN BANG KHWAI*
*(Kampung Kerbau Air)*

1. Lokasi kampung ini sudah sekian lama cuba dijejaki tetapi belum lagi ditemui kerana ejaan lama *Ban Nam Koay* dalam *catatan bersaiz A3 oleh TokPa (Tambun Tulang)* sudah tidak tepat untuk carian dalam *laman Google* dan *imej satelit Google Earth*.

2. Terletak bersebelahan jalan utama menghala ke *Hatyai, Songkhla dan Padang Besar*, kampung ini beralamat di *No. 7, Ban Bang Khwai, Rural Road 1027, Thung Mo, Sadao, Songkhla 90120, Thailand*.

3. Merupakan tempat persinggahan sementara untuk *empat beradik Musa-Mulai* *sekitar tahun 1680an* sebelum mereka bergerak turun lagi ke bahagian bawah *Semenanjung Tanah Melayu*.

4. Dari penempatan sementara di *Sedau (Sadao)* yang terletak di *selatan Siam* ini, mereka empat beradik terus bergerak menuju ke Perlis dan Kedah untuk  menyelamatkan diri dari asakan peperangan dengan *tentera Ayutthaya* semasa hampir berakhirnya *pemerintahan Ratu Kuning (1636-1688)* di *wilayah Patani*.

5. *Kerajaan Ayutthaya (1350-1767)* pula tumbang kepada *kerajaan Siam Thonburi (1767-1782)* di bawah *Taksin*. Selepas itu, kuasa Taksin dirampas pula  oleh *ketua tentera bernama Thongduang (Rama I)* yang baru pulang  menjarah Laos bersama patung *Zamrud Buddha*. Beliau mengasaskan era pemerintahan *berbangsa Cina-Siam Rattanakosin (1782-1932)* dan disambung oleh *kerajaan Thailand (1932-kini)*.

6. Syukur ke hadratNya kerana mereka empat beradik *sempat sampai di penempatan Kg. Kerbau Air, Sedau* semasa kerajaan Patani hampir tumbang dan telah mengambil keputusan untuk *berpecah kepada empat arah* iaitu *Kg. Guar Gajah*(Musa), *Kg. Sg. Belati*(Mulai) serta *Kg. Sg Limau, Yan, Kedah* dan *Sik, Kedah*.

Al-Fatihah untuk mereka empat beradik dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Aamiin 🤲🤲

Oleh: 
*SHYusoff@ 1117 jam*
*~Jumaat, 17 November 2023*
[17/11, 15:39] Jn Suhaimi TEH 85: Ralat:
*Ratu Kuning (1636-1688)*, sebenarnya. 

Bukan Ratu Hijau pada awal artikel.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...