Monday, October 9, 2023

dari klang ke bukit kor

Setelah berada di klang sejak tahun 1995, aku dan ummi mula berhijrah ke tempat baru di taman aslam bukit kor, rhu rendang pada 7 october 2023.
Beberapa hari sebelum tu hati aku berasa sangat sayu dan susah hendak melepaskannya. Lagi2 anak2 masih di klang dan hanya kami berdua sahaja yang balik. Kami juga akan tinggalkan jiran2 yang sangat baik.
Tapi hijrah perlu untuk memberi makna baru kepada kehidupan.
Aku mula hidup di klang beberapa bulan sebelum kahwin. Sebelum tu aku tinggal di bandar baru sg buloh dah kerja di lembah beringin.
Mula2 kami menyewa di taman sg bertik selama beberapa bulan. Bila dapat rumah sewa yang lebih baik dan ada insiden dengan suku sakat tuan rumah yang aku bengang, kami terus pindah. Tempat kedua adalah kampung sri pandan, kpg jawa klang. Rumah sewa tu dekat dengan rel keretapi klang - kl. Tuan rumah adalah tokeh nasi lemak lido yang terkenal di klang satu masa dulu.
Banyak kenangan di sini termasuk kelahiran kembar dan putri pertama kami. Rumah ini juga adalah persinggahan terakhir arwah bapakku sebelum dia meninggal dunia. 
Kami kemudiannya berpindah ke andalas pada 1999 bila membeli rumah di sri damak. Di sinilah putri bungsuku lahir. Bila kembar berusia tiga tahun lebih, aku sudah mula kerja outstation. Sehingga empat belas tahun kemudian baru aku mula berkerja balik di sekitar lembah kelang. Lagi banyak kenangan di sini. Panjang untuk ditulis. Munkin lain kali.
Kami sekeluarga yang mula2 pindah. Kemudian sakri dan azam. Yang lain2 datang kemudian. Taman andalas kemudiannya berkembang lagi. Dulu kami yang paling hujung tapi sekarang ianya sudah hampir ke kampung jawa. Kemudiannya ada surau yang aktif.
Momen2 di andalas akan ku kenang sampai bila2. 
Masa pindah kembar ikut sekali dengan ranjerku. Satu lori kami sewa untuk bawak barang2.
Selamat tinggal andalas, klang.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...