Wednesday, June 29, 2016

Malam al qadr

Beberapa hari lagi kita akan keluar dari madrasah ramadan.
Sekarang sudah dalam fasa 10 malam terakhir.

Ramai orang bercakap tentang malam Lailatul-Qadr.
Ada yang sebut macam2 tanda bila malam itu menjelma.

Tapi tadi aku dengar sesuatu yang berbeza di radio Ikim oleh ustaz Pahrol yang melihat malam al qadr dari sudut diri kita sendiri dan bukan dengan tanda2 alam semulajadi yang selalu orang kita percayakan.

Beberapa soalan untuk diri sendiri sebagai renungan.

1. Bagaimana diri atau iman kita sebelum dan selepas ramadan?
2. Adakah kita lebih dekat dengan Allah bila ramadan berakhir?
3. Adakah solat berjamaah kita bertambah baik selepas ramadan berakhir?
4. Adakah kita sudah mula membaca quran tiap-tiap hari sekarang tanpa mengira samada semasa atau di bulan 2 lain?
5. Adakah zikir2 kita bertambah?
6. Adakah kita sudah mula bersedekah?
7. Dan lain-lain kebaikan yang di galakan oleh kita.

Kalau ya, maka munkin itulah Lailatul-Qadr untuk kita.

Inshallah

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...