Friday, April 1, 2016

Orang perlih

Aku copy satu tulisan menarik dari ex adun kami di kpg paya :-

Orang Perlis tidak anti mazhab, tetapi terbuka kepada kepelbagaian pandangan dalam pelbagai mazhab. Semua urusan ibadat orang Perlis tidak pernah terkeluar daripada salah satu mazhab yang muktabar.

Kegigihan orang Perlis untuk beramal selari dengan sunnah tidak bermakna kami mengenepikan mazhab kerana sunnah tidak boleh difahami kecuali merujuk kepada pendapat para imam mazhab.

Menyanggah bid'ah sudah sebati dengan diri orang Perlis. Mungkin situasi ini agak asing bagi sesetengah orang yang sudah terbiasa dengan amalan 'agama' yang diwarisi, tetapi bagi orang Perlis, tiada kompromi dengan amalan bid'ah sebegitu.

Orang Perlis sudah mangli dengan label Wahabi, anti mazhab dan ultra sunnah. Tapi, kami dapat merasakan Islam yang kami amalkan yang berasaskan sunnah adalah lebih indah, nyaman dan mendamaikan.

Aku bangga jadi orang Kedah yang menetap di Perlis.

sumpahan

Terok spurs tahun ni lepas menang piala di europe dan sack big ange. Zaman 80an, spurs sack keith bukinshaw yang menang dua FA cup serta pia...