Saturday, October 4, 2014

Doa semasa marah

Semalam semasa mendengar kuliah dari ustaz wan berkenaan ibadat korban sempat juga dia menyelitkan nasihat untuk kaum emak dan bapa dalam mendidik anak2.
Salah satu cerita yang aku sangat tertarik adalah macamana doa mak imam besar masjidil haram masa dia marah. Imam ni masa kecil adalah seorang yang tersangat nakal. Dalam satu peristiwa masa jamuan, imam ini telah tersepak dulang makanan yang menyebabkan mak dia sangat malu dan tiba2 berdoa, anak bertuah, moga besar nanti menjadi imam di masjidil haram mekah.
Di pendekan cerita maka terjadilah apa yang didoakan oleh si mak terhadap anaknya. Maknya berkata munkin semasa dia marah itu Allah makbulkan doanya.
Nasihatnya bila marah kat anak2 sebutlah perkataan yang baik2.

Waallahua'lam

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...