Monday, March 15, 2010

kenduri di padang lati

setelah sekian lama aku tak muncul di mana-mana kenduri saudara mana di perlis, kali ini aku tiba-tiba rasa nak ikut sama. ramai terkejut termasuk ummi bila-bila mula-mula di beritau plan nak balik kali ni.
sebenar kenduri tu hanya sampingan sementelaah yang naik pelamin tu hanya anak kepada sepupu arwah bapa aku.
tetapi yang lainnya adalah yang menjadi tuan adalah tok saudara kiraorang. aku rasa ini adalah perjumpaan tak resmi kaum kerabat kitaorang, dimana ramai yang dah lama tak jumpa akan muncul.

tapi kali ini, kami membuat keputusan tak nak memandu ke sana tetapi akan balik dengan firefly ke alor setar dari subang.

yang silapnya aku tak plan apa-apa nak sewa kereta dengan anggapan yang kat airport baru alor setar akan ada banyak perkhidmatan macam kota baru yang selalu aku berulang-alik dulu. alangkah melesetnya sanggkaan aku!
hanya ada satu kaunter sewa kereta saja dan ianya telah habis bila kami sampai!
terpaksalah talipun kawan jenan aku, junaidi untuk tolong carikan kat mana nak cari kereta sewa. akhirnya dapatlah kereta iswara kat taman rakyat mergong.
nampak dari luar masih cantek tapi bila nak bawa macam bunyi pulak.
belasah ja lah...!!!



aku dan keluarga dengan pengantin




sepupu aku abang dran dan awie teganu




mak njang aku dan isteri ngah aku




lauk-lauk. gulai daging tu memang best!




ngah dan suami chu aku ( tokey kedai tok mek )




dengan adik dan sepupu aku, abang drin




nangka yang dah nak digulaikan


No comments:

Post a Comment

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...