Pasukan kegilaan ramai Masa zaman Aku sekolah mengambil Masa yang sangat lama.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Thursday, June 25, 2020
Monday, June 22, 2020
Saturday, June 20, 2020
bapak ku
Bapakku
Allahyarham Hj Darus Ariffin.
Anak chiaq Pin yang ketiga adalah bapak aku. Kasihan dia yang kena buat segala kerja sawah bila dua saudara lelaki sudah tiada di kampong.Kemudian emaknya pulak meninggal masa dia masih bujang. Macamanalah hidup dan membesar tanpa mak. Sedih sungguh aku masa menulis tentang dia sekarang ini. Seolah-olah berulang kisah chiaq aku padanya. Kesusahan berkerja dengan bapak sendiri hanya Allah yang tahu. Hidup sekadar boleh makan dan pakai. Masa hendak kahwin pun susah. Dia tak berjaya di sekolah akibat kena selalu kerja untuk bantu chiaq di sawah dan sara semua orang. Bendang pulak bukan sendiri punya.
Bila chiaq meninggal, dia hanya ada tapak rumah yang di kongsi atas geran dengan dua saudara yang lain. Bendang pulak dapat yang tanah tol. Alhamdullilah selepas mak aku usahakan, dapatlah geran kekal. Sekarang dah di pindah kepada adik lelaki aku. Walaupun itu pusaka, harap anak cucu dia ingat peranan mak dan aku untuk dapatkan hak kekal tanah sawah itu.
Aku rasa kerja terok di sawah bendang pada masa muda telah menyebabkan dia sakit terok di kemudian hari. Mengikut mak, selepas saja aku lahir sakitnya bermula dan sentiasa sakit dan ambil ubat sepanjang hayat dia. Ubat-ubat itulah aku rasa yang merosakkan hatinya di akhir hayat dia.
Setelah aku masuk asrama, dia mula membuat kerja lain untuk menambahkan pendapatan. Selain mengerjakan sawah bendang, dia pernah menjaga kedai runcit di kampung. Setelah itu dia berniaga sayur-sayuran bermula di nat Balai Baru dan kemudiannya nat bukit Keteri. Sayur-syuran di ambil dari penanam sekitar kampung dan juga dari Padang Besar. Selain itu juga berniaga buah-buahan di pasar-pasar tertentu di kawasan tertentu di perlis dan juga langkawi.
Dia menghembuskan nafas yang terakhir pada 25 Desember 1997 meninggalkan mak dan adik aku yang baru darjah enam.
Dia menghembuskan nafas yang terakhir pada 25 Desember 1997 meninggalkan mak dan adik aku yang baru darjah enam.
Friday, June 12, 2020
survivors
FB Hari ni 12.6.2020 menaik balik farewell naim engineer pada date sama tapi dua tahun yang lepas.
Dari tujuh orang dua tahun lepas dalam gambar, hanya tinggal tiga termasuk Aku. Engineer nizam Dan hidayatullah safety masih boleh kayuh sampai habis nampaknya.
Wednesday, June 10, 2020
gathering pertama jenan 84
Gathering pertama jenan 84
Gathering pertama batch 84 secara agak ramai berlaku kali pertama pada tahun 2002. Lokasinya adalah di rumah lama pilot kapten zul husin di seksyen 7 shah alam.
Sebelum itu puak-puak batch 84 berkomunikasi melalui medium Yahoo group setelah mendapat contact number.
Gathering ini dihadiri oleh kebanyakkan kawan-kawan area lembah Klang. Yang hadir adalah dari kalangan lelaki seramai 16 orang Dan jugak perempuan dalam tujuh orang.
Inilah Kali pertama kebanyakkan members berjumpa sejak keluar Jenan pada tahun 1984. Ramai pada masa ini baru ada anak yang sulung. Ada yang masih belum dapat cam kawan-kawan dahulu sementelaah telah hampir 18 tahun tak pernah berjumpa.
Perjumpaan ini telah menjadi pemankin untuk yang lebih besar Dan tersusun di Penang pada tahun berikutnya.
Perjumpaan ini telah menjadi pemankin untuk yang lebih besar Dan tersusun di Penang pada tahun berikutnya.
Monday, June 8, 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)
belasungkawa
Minggu ni kariah MHAI kehilangan imam ust aziz setelah sakit yang membawa beliau keluar dan masuk hospital. Sejak dari aku kahwi...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
-
Copy paste dari FB : Dimana letaknya Langkasuka? Nama Langkasuka mula dijumpai dalam catatan China dari 梁书 Liáng shū yang menyebut sebagai 狼...
-
this two or three days are the most stormy and turbulance week since i came to work here. firstly, it was first time during my twenty years...