Wednesday, July 10, 2019

82. dari safety ke project manager

82. Dari safety ke project manager
Setelah hampir tiga belas tahun Tak jumpa, sabtu lepas aku berteh tarik dengan ex safety officer di Gebeng dulu. Budak2 site panggil dia inspector. Entah kenapa Tak Tau pulak aku.
Selepas tinggalkan project kami, dia terus involved dengan safety di sektor oil Dan gas sampai sekarang.
Yang lagi menarik, bila dah Naik ke managerial post, dia dah kena jaga project jugak. Company buat2 lambat nak appoint full time PM Dan dia kena take care project. Dah boleh bercerita kenapa project boleh delay sekarang ni. Dulu nak tangkap orang Tak pakai safety helmet saja.
Baru dia Tau betapa berasapnya jadi PM Dan jaga semua kerenah staff , subcontractor , consultant Dan client.
Apa2 pun tahniah sebab dia sanggup Dan positive tentang role baru ni.

81. subcon celebrity

81. Subcontractor celebrity.
Sepanjang aku manage project, semua sub aku adalah hardcore subcontractors. Cuma Ada Satu dua berbau politics.
Di BP Kali pertama sub ni Kira Ada status celebrity, tapi bukan Artis cuma famous footballer zaman Masa aku sekolah. Interesting juga menguruskannya walaupun ending kurang menarik.
Cerita2 bola lagi menarik dari construction dengan dia.

80. saya tak setuju

80. Saya Tak setuju.
Kadang2 untuk mendapat atau mengelak sesuatu Kita terpaksa membuat sesuatu yang Tak pernah Kita buat walaupun kasar.
Kami pernah menghadapi masalah dengan sub contractor mekanikal yang membuat kompleks sistem minyak. Kerja mereka adalah design and built termasuk building Dan infra. SPM Dan MnE manager aku dah menyampah gila dengan sub ni. Dahla slow buat kerja, dulu dapat project through Tan Sri chairman kami. Orang sekampung dia rupanya. BigBoss pun penin dengan keadaan ni. SPM aku dah melobi untuk terminate terus sub ni Dan menanti BigBoss datang untuk finalizekan. Notice pun dah cukup bagi. Tapi sayangnya dia Tak Ada plan untuk replacement.
Satu hari BigBoss turun site Dan panggil kami tiga orang untuk meeting Dan buat keputusan.
Semasa meeting, Bos aku pun present kes subcontractor ni Dan cadangan untuk terminate. Setelah berbalah Dan nampak akan terminate jugak, aku terus tumbuk2 meja sambil kata, saya Tak setuju....saya Tak setuju!!! Beberapa Kali Dan bagitau, ok kalau nak terminate jugak saya Tak nak tanggung jawap lepas ni. BigBoss terus cakap, jom pi site dulu tengok macamana.
Kami pun terus ke site Dan selepas itu aku bagitau , dahla depa design, kalau terminate Sapa nak settled kan? Ada orang nak buat ka? Baik Kita take over infra Dan building Dan biarkan diaorang habiskan sistem paip ni.
Akhinya dia setuju.
Infra Dan building tu selesai Dan sistem paip siap jugak akhir sekali walaupun banyak masalah.

79. jangan potong pokok petai

79. Jangan potong pokok petai.
Itu kata BigBoss suatu hari setelah aku bergasak sakan dengan dia.

Aku tak pasti kata2 itu untuk subject yang kami bincang atau saja dia nak share something saja.
Dia kata running bisnes atau project ni macam kita nak makan petai atas pokok yang tinggi.
Kena panjat slow2 dan berhati2 untuk sampai dan ambik elok2.
Jangan kau terus tebang pokok atau cantas dahan ikut suka hati untuk ambil petai tu.
Aku pun senyap saja takut aku faham lain dari dia faham.

Tuesday, July 9, 2019

pensyarah

21. Zaman selepas UKM
     Pensyarah
Beberapa pensyarah semasa zaman pun sudah berubah karier mereka. Kebanyakkan semasa mengajar kami masih muda dan belum lagi mendapat PHD. Grup yang masih kekal di UKM telah menjadi professor atau bergelar datuk atau sudah naik pangkat hingga ke peringkat management university. Yang sudah bersara pun ramai juga.
Yang awal keluar adalah arwah Ir Dr Ramli Mohamad. Dia mulanya joint GEA dan kemudiannya menjadi orang besar UEM.
Prof Ariffin juga keluar menjadi bos SIRIM. Sekarang sudah tak dengan berita lagi.
Pada 31 May 2015 aku tertengok berita yang Dr Kamal Nasharudin juga menjadi NC di Uniten.
Kemudiannya pada 2017, Berita Dr Jamal Geoteknikal yang telah bergelar datuk telah menjadi developer di Thailand. Dr Ismail bekas penyelia thesis aku telah Ada consultant sendiri, DRI consult.
Yang terbaru Dr Othman penyarah ombak telah dilantik senjadi salah seorang TNC.
Dua tahun lepas aku terjumpa Dr Wan di Mesjid Teras Jernang dan dia mengetuai anak syarikat consultant UKM.
Sekarang kami menunggu Dharam untuk lunch appointment dengan Dr Raihan yang juga dulu pensyarah geoteknik.
28.6.2019
Ampang

rehlah ke sungai Dua

20. Zaman selepas UKM
Rehlah ke Sungai Dua
Alhamdullilah pada Hari rabu 11 February 2015 plan ke rumah Enginemania mekanikal Tuan Hj Maulana Riduan di Sg Dua Taman Alamanda Berjaya di laksanakan.
Aku, Hj Shiha, Rahman dan Abi dari kawasan tengah. Bermula dengan solat subuh di RnR Jejantas Sungai Buloh dan sarapan dengan Abi sambil menunggu Hj Shiha sampai. Dengan Nazaria kami ke Bukit Beruntung exit mengambil Rahman J kami terus ke Slim River mengadap tuan tanah PLUS Hj Aspa.
Setelah sampai di opis PLUS Sungkai, kami terus mencari Hj Aspa dan sekali lagi pekena soto sambil berborak cerita lama. Hj Aspa tak dapat ikut kali ni dan kami berempat terus ke Penang.
Kami sampai di Taman Alamanda pada pukul 12 tengahari. Alhamdullilah Hj Duan telah berjaya mendapatkan durian sebagaimana janji sebelum ni. Tengah baik tibai durian, Rozmey Gold Bernas tiba-tiba muncul dari Jitra. Hampir licin durian kami kerjakan.
Selepas solat jamak berjemaah, kali ni ke kedai nasi kandar pulak. Ada sotong goreng garing sedap. Perut dah kenyang dah mula nak balik.
Tapi sebelum tu kami menginterview Hj Duang tentang trasformasi diri dia yang sangat menarik. Tapi tak dapatlah aku kongsi di sini.
Selepas pekena kopi di rumah Duan sekali lagi kami gerak balik dan singgah cari jeruk Pak Ali pulak. Ini bekal untuk bos kat rumah pulak supaya jangan soal banyak-banyak.
Masa perjalanan giliran Abi pulak bercerita. Macam2 cerita. Terasa kejap dari Penang dan aku pulak sampai di Klang pada pukul 12 malam.
26.6.2019
Ampang

Cafe The Spoon

19. Zaman selepas UKM
Café The SPOON.
Arwah Halid dalam kenangan
Selepas gader-gader di Restoren Haslam, perjumpaan kecil-kecilan antara member Enginemania terus berlaku. Oleh sebab record dan photo bertaburan, tak dapatlah di senaraikan di sini sehinggalah kami mendapat port baru di Café milik Hj Ammar iaitu The Spoon yang terletak di Kota Kemuning.
Di sinilah beberapa sahabat yang hilang dari radar dapat di temui. Yang paling sensasi adalah brader Wan Hanapiah aka Mat Pie. Aku langsung tak dengar dan jumpa dia sejak keluar dari UKM. Rupanya mat klate ni sudah menjadi orang Johor. Dia telah dapat di kesan dan datang ke Kota Kemuning dari Segamat, Johor.
Begitu juga dengan Halid yang datang ke The Spoon pada hari cuti merdeka 31.8.2014 dengan YB Taufek dari Melaka. Aku pun tak pernah jumpa dia sejak tahun 1992 tapi dua tahun kemudiannya dia meninggal dunia akibat accident di lebuhraya pada usia 48 tahun. Zul jaafar juga Ada Dan Tak pernah jumpa walaupun dia tinggal di Shah Alam.
Korum biasa yang selalu muncul seperti Man J, Abi, Memey, Shiha, mokhtar, Aspa dan Ghazali tidak ketinggalan datang gader-gader di The Spoon.
Tapi setelah beberapa tahun beroperasi, Tokey Hj Ammmar telah memindahkan operasi The Spoon dekat dengan rumah dia di Wangsa Maju.
26.6.2019
Tasek permai, Ampang

belasungkawa

Minggu ni kariah MHAI kehilangan imam ust aziz setelah sakit yang membawa beliau keluar dan masuk hospital. Sejak dari aku kahwi...