Tuesday, August 6, 2019

safety at site

125. Safety at site.
Semalam viral seorang Resident engineer jatuh Dan mati Masa buat inspection.
Di project yang dikatakan safety procedure sangat ketat pun terjadi kemalangan macam ni.
Safety zaman sekarang sudah jadi nombor Satu. Semua site Ada full time safety officer atau supervisor. Pemantaun berkala Jkkp pun Ada. Semalam saja site aku didatangi puak2 Ni Dan Satu notis kami dah dapat.
Tiga puluh tahun dulu safety ni di anggap buang duit Dan menggangu progress project. Tokey Tak mahu spend langsung sebab return zero walaupun nyawa staff Dan pekerja yang jadi taruhan. Masa tender pulak barang2 safety langsung Tak bubuh price. Bila dapat project, senang saja kata budget Tak Ada.
Teringat aku Masa kami buat Cooling Tower untuk Klcc. Bila dah tingkat tiga, bos masih Tak mahu spend langsung untuk proper access Dan wire rope. Semua melompat, bergayut Dan meniti atas cross beam bangunan macam monyet.
Satu Hari bos besar Klcc, mat salleh dah bengang Dan panggil tokey Ireka, Mr LSW datang site. Senang saja dia ajar . Bila sampai tingkat tiga, dia cakap, you walk first. Tokey aku geleng kepala. Terus dia cakap, if you don't want, better fix this safety properly.
Lepas tu semua ok. Selesai masalah kami.
7.9.2019
Rawang Perdana

professional engineer

124. Professional engineer.
Penulis Ni kata kalau nak jadi PE / Ir jangan malas. Sedap dia kata.
Ramai orang Tanya aku kenapa Tak buat PE?
Aku pun tadak jawapan yang konkrit kecuali bila Kita dah seumur hidup kerja dengan kontraktor, macam keperluan untuk buat PE Tak Ada. Kecuali untuk besar2kan status Kita Dan tunjuk power dekat consultant Dan depa boleh banyak cakap sangat. Title IR atau Dr ni boleh mengkesimakan orang2 yang Kita jumpa. Boh datuk Kat depan nama lagi buat Kita terangkat.
Sebenarnya Masa mula kerja Ada juga cita2 nak buat PE bila start daftar dengan Board of Engineers Dan institute of Engineers Malaysia. Tapi lama2 hilang stim bila dah jadi project manager. Lagi2 bila Bab calculations yang Satu pun dah Tak Ingat langsung sekarang Ni.
Kemudiannya pernah dapat Satu sample Dan suruh enginiar buat calculations. Pun Tak jadi. Munkin kena upah sapa2 atau Cari route lain yang senang bila dah five series ni. Ada ke?
Aku juga pernah apply untuk jadi consultant Kat site, RE atau ARE. Tapi kena reject juga sebab terlebih qualified.
Last sekali retire ja la.
2.8.2019
Ampang

teknologi jalan

123. Teknologi jalan.

Sungguh tercabar dapat WA ni dari seorang kawan construction.

Membandingkan teknologi jalan Roman dengan masakini adalah sangat Tak Adil sebab jalan Roman untuk kuda Dan roda saja.
Teknologi jalan sekarang berasaskan asphalt adalah untuk semua Jeni's kenderaan beroda injin kecil Dan besar. Roadbased di bawah premix asphalt pula berdasarkan kepada kategori jalan, samada jalan kampung, jalan bandaran, jalan negeri atau highway.
Untuk maintenance, susah nak cakap sebab budget fulus yang menentukan. Hanya kategori highway nampak Ada maintenance yang konsistance.
Lain2 setengah ok, setengah kaput. Situasi gambar potholes di dalam gambar hanya kes terpencil saja.
31.7.2019
Tasik permai

saya hendak bukti

122. Saya hendak bukti.
Salah Satu perkara yang sangat sukar adalah membuktikan Kita pernah membuat project besar Dan sukar. Pengkritik tegar pulak adalah orang yang paling dekat dengan Kita Dan dia bukan orang construction. Cikgu Bahasa pulak tu.
Di rumah pula Kita Tak pernah tunjukkan apa2 skill construction hatta perkara kecil seperti tukar paip. Walaupun Masa extension rumah Dan dapur dulu, aku adalah planner Dan negotiator utama dengan wak indon. Dek kerana outstation, aku Tak dapat menguruskan apa2.
Akhirnya kerana banyak sangat cabaran, aku memulakan membuat draft lakaran homestay Bukit kor untuk tuan tanah. Setelah di Komen oleh tuan homestay, aku terpaksa Cari geng kelab lukisan dulu yang sekarang sudah jadi profesional architect, ar A Rizal Rahim untuk check Dan Komen.
Kemudiannya kami mencari seorang drafter freelance di Marang untuk membuat lakaran Dan submission. Seterusnya setelah designer structure siap, submission kepada majlis daerah pun dibuat. Sementara menunggu approval berkalan air masuk untuk mudah membuat kerja nanti.
Cabaran seterusnya adalah mencari sub untuk pembinaan. Untuk kurangkan cost, pembinaan secara sub labour Dan beli sendiri barang2 dipilih. Mencari barang2 Tak susah, lock saja Satu hardware. Mancari tukang yang ok adalah cabaran besar. Akhirnya dapatlah Pok dari kampung sebelah. Siapa nak menguruskan? Dapat kawan ummi yang juga seorang pembuat pelbagai tingkap. Dia munguruskan hingga siap.
Cabaran yang paling getir bila tembok yang dibuat dengan ' kok ' tumbang. Diganti pula dengan gabion.
Akhirnya semuanya siap setelah sembilan bulan.
Cabaran dari pengkritik tegar pun berakhir dengan siapnya rumah plus homestay Ni.
29.7.2019
Ampang.

nasib seorang enginiar

121. Nasib seorang Enginiar.
Kerja teruk macamana pun enginiar masih no 3 di bawah doctor Dan loyar. Persepsi Ni Tak akan berubah sampai bila2. Doktor tolong orang sakit. Loyar tolong defense orang di mahkamah. Enginiar? Buat benda2 Tak bernyawa walaupun orang guna sepanjang Masa.
Lagi sakit jiwa, bila nak pilih ketua atau COO atau CEO syarikat, loyer atau akauntan yang jadi pilihan. Melepas lagi.
Aku dulu Ada peluang jadi COO, sebab tokey aku tu enginiar jugak.
Tapi dia terlebih percaya akauntan Dan HR pulak.
Itulah nasib seorang enginiar.
27.7.2019
Sri Andalas

memahami generasi Y dan Z

120. Memahami generasi Y Dan Z.
Rupanya memahami peel generasi Baru yang orang panggil Y Dan Z juga penting dalam menguruskan project di zaman millennium Ni.
Aku hidup Dan Mula bekerja di zaman yang tiada tv, komputer, gadjet, email, social media Dan lain2.
Masa Mula kerja pada tahun 1992 semuanya masih manual. Apa2 tulis di buku atau kertas.
Budaya kerja mengikut generasi dahulu yang keras, fizikal oriented walaupun berijazah. Mereka Tak peduli Dan akan belasah saja kalau slow atau tangguh2kan kerja. Kadang2 didenda Dan dibuang saja. Lagi2 tiada akta melindungi pekerja Dan media yang tolong hebohkan. Rasis kaum juga Ada tapi semuanya kayuh juga Demi kerja Dan kelangsungan hidup. Kaum dulu tidak ejast apa2 Dan kami ikut saja.
Setelah aku tinggalkan site Dan berada di level management selama hampir sepuluh tahun, aku tidak melihat perubahan generasi secara direct sehinggalah aku pergi site rescue Satu project. Masa ini Baru nampak perubahan generasi yang Mana mereka menguruskan project dengan Cara yang Tak sama lagi.
Beberapa contoh, memahami drawings kemudiannya membuat shop drawings untuk semua trade Dan taking off quantity tidak menjadi priority lagi. Akhirnya banyak jadi adhoc Dan penyelesaian last minute.
Banyak lagi contoh Dan aku masih belajar memahami nya.
24.7.2019
Rawang Perdana

Formula 50 persen

119. Formula 50 persen.
Formula Ni aku dapat dari Maharaja yang cepat mencantas atau terminate orang atau subcontractor yang dia rasa Tak ok . Itu jugak KPI untuk head of company dia. Sapa slow buang orang, dia kata sumbu panjang sangat.
Nasib baik aku kemudiannya tak mengamalkan sepenuhnya formula tu.
Satu Hari aku Tanya dia, kenapa datuk cepat sangat nak terminate sub ni? Lagipun dia bukan lah delay terok sangat Dan Tak gerenti yang Kita ganti akan perform macam yang Kita nak. Dia kata, betul tapi aku tengok mamat Ni macam dah Tak larat Dan Tak boleh pergi lagi. Baik Kita buang saja.
Lagi Satu kalau Kita buang dia Kita masih Ada lagi 50 persen chances untuk berjaya. Kalau Tak buat apa2 confirm failed terus. Jadi, kau buang ja dia.
Dia memang consistent dengan formula Ni Dan Ada yang success Dan banyak yang failed. Tapi sekurang2kurangnya dia buat decision orang Tak boleh kata dia Tak buat apa2.
Cuma sekali saja aku dapat stop dia dari guna formula tu di GK. Ini kerana trade work terminal minyak sangat asing untuk kami. Kami hanya reduce scope of work subcontractor tu saja.
20.7.2019

belasungkawa

Minggu ni kariah MHAI kehilangan imam ust aziz setelah sakit yang membawa beliau keluar dan masuk hospital. Sejak dari aku kahwi...