Tuesday, July 9, 2019

Cafe The Spoon

19. Zaman selepas UKM
Café The SPOON.
Arwah Halid dalam kenangan
Selepas gader-gader di Restoren Haslam, perjumpaan kecil-kecilan antara member Enginemania terus berlaku. Oleh sebab record dan photo bertaburan, tak dapatlah di senaraikan di sini sehinggalah kami mendapat port baru di Café milik Hj Ammar iaitu The Spoon yang terletak di Kota Kemuning.
Di sinilah beberapa sahabat yang hilang dari radar dapat di temui. Yang paling sensasi adalah brader Wan Hanapiah aka Mat Pie. Aku langsung tak dengar dan jumpa dia sejak keluar dari UKM. Rupanya mat klate ni sudah menjadi orang Johor. Dia telah dapat di kesan dan datang ke Kota Kemuning dari Segamat, Johor.
Begitu juga dengan Halid yang datang ke The Spoon pada hari cuti merdeka 31.8.2014 dengan YB Taufek dari Melaka. Aku pun tak pernah jumpa dia sejak tahun 1992 tapi dua tahun kemudiannya dia meninggal dunia akibat accident di lebuhraya pada usia 48 tahun. Zul jaafar juga Ada Dan Tak pernah jumpa walaupun dia tinggal di Shah Alam.
Korum biasa yang selalu muncul seperti Man J, Abi, Memey, Shiha, mokhtar, Aspa dan Ghazali tidak ketinggalan datang gader-gader di The Spoon.
Tapi setelah beberapa tahun beroperasi, Tokey Hj Ammmar telah memindahkan operasi The Spoon dekat dengan rumah dia di Wangsa Maju.
26.6.2019
Tasek permai, Ampang

perjumpaan di restoren Haslam

18. Zaman selepas UKM
Perjumpaan di Restoren Haslam.
Pada tahun 2008, kami berjaya mengumpulkan sebahagian geng EngineMania untuk berkumpul di Restoren Haslam, KL. Kenapa gader-gader di Restoren Haslam? Yang aku ingat adalah kerana Zurin ada buat pembedahan repair mata di Hospital KL . Mata Zurin sebenarnya blur sebelah semasa zaman UKM dan dia pernah terlibat dalam kemalangan yang tak dapat aku lupakan semasa dia hendak ke rumah kami di Taman Kajang Jaya.
Bermulanya zaman internet pada masa itu juga memberi kemudahan untuk connect dengan beberapa geng melalui Yahoogroup. Antara yang hadir hari itu adalah Aspa, Shukri, Dharam, Suntara, Rahman, Roslan Dollah, Zurin, Shihabudin, Rozmey dan Ammar. Banyak yang dapat diupdate tentang perkembangan terbaru geng-geng kami.
22.6.2019
Ampang.

15. survey camp

15. Survey camp
Survey camp adalah acara wajib untuk pelajar kejuruteraan awam. Tanpanya syarat untuk graduate tak cukup. Tetapi di sebabkan satu kisah, aku tak dapat ikut batch aku ke survey camp di Melaka. Ianya di bawah seliaan lecturer aku, En Ismail Abdul Rahman.
Aku kemudiannya terpaksa ikut junior setahun ke survey camp di Cameron Highlands. Rupanya Wan Rahim pun miss juga dulu. Kami berdua ikut dengan enginemania junior ke Cameron selama seminggu. Masa di sana kami tinggal di asrama milik kerajaan. Keadaan di Tanah Caneron ni sejuk sangat. Struggle jugaklah sebab tak pernah duduk di tempat sejuk. Geng junior masa ni tak ramai student. Macam tak sampai sepuluh orang. Peristiwa yang kelakar adalah salah seorang nama Rozihat tersangkut dengan seorang budak di kedai makan. Susah betul kami nak settle. Last sekali dengan campurtangan brader technician yang veteran baru dapat settle.
Rozihat ni selalu bertembung dengan aku bila zaman pekerjaan. Mula-mula kami jumpa di Chennai, Tamil Nadhu. Dia kerja dengan AZRB. Bila free kami selalu lepak di Restoren Pelita di sana sambil makan makanan citarasa Malaya. Kemudian terjumpa bila di kerja dengan MMC dan aku ada urusan dengan Zelan Berhad.
20.6.2019
Tasek permai

Shukri Adam/Rahman/ Rozmey / Asparizam

17. Zaman selepas UKM
      Shukri Adam / Rahman / Rozmey / Asparizam
Brader pertama yang aku jumpa kemudiannya adalah Tok Ketua Shukri Adam. Orang Ganu dari Jerangau masa itu sudah berkerja dengan Consultant Hashim & NEH. Dia tinggal di PJ. Munkin dekat dengan office. Masa itu aku baru lepas interview dengan Company IJM yang sedang mencari engineer untuk ke Johor Baharu. Semasa aku menunggu jawapan IJM, aku pergi interview dengan Company Ireka yang ada projek highway di Ipoh. Dan terus aku setuju untuk joint dan pergi ke Ipoh di Minggu berikutnya.
Semasa di projek Ipoh, aku dapat menghubungi Rahman J yang masa itu telah pindah berkerja di Ipoh. Melalui info Rahman, kami mendapat berita Rozmey Gold telah berada di Manjung setelah menyertai Syarikat beras Bernas. Apa civil engineer buat di Bernas? Tanam padi? Menarik sekali. Aku dan Man J kemudian plan untuk ke Manjung mencari Rozmey. Kami sempat bermalam di rumah sewa dia di sana sambil menikmati suasana koboi town Manjung.
Setelah siap projek Ipoh, aku masih lagi dengan Ireka dan pindah ke Sungai Buloh untuk projek Tasek Cement storage dekat dengan railway keretapi. Di Sungai Buloh aku berjumpa dengan Tok Ketua Shukri yang pada masa itu sudah berkahwin dan tinggal di Paya Jaras. Dia pada masa itu telah tidak lagi berkerja dengan consultant HNN dan joint syarikat Telekom. Kemudiannya dia outstation ke Melaka dan kami jarang berjumpa lagi.
Setelah siap projek Tasek Cement Sg Buloh aku pindah ke projek KLCC dan kemudiannya ke Lembah Beringin Interchange. Masa di sinilah aku dapat tau Pak Aji Asparizam telah mula berkerja dengan pihak Lebuhraya PLUS setelah meninggalkan syarikat Mudajaya. Aku kemudiannya ada masalah hendak menutup traffic di Lembah Beringin untuk kerja-kerja jambatan dan telah berjumpa Aspa untuk mendapatkan panduan. Masa itu dia masih di HQ PLUS di Kuala Lumpur. Dengan bantuan dia dapatlah aku selesaikan masalah kami yang telah beberapa kali tertangkap dengan pihak peronda PLUS sebab membuka laluan haram terus ke site. Aku tak lama di projek itu dan berhenti untuk menyertai syarikat lain iaitu Percon Corporation.
Dalam waktu kemudiannya aku tidak lagi berselisih dengan sahabat-sahabat EngineMania dan kami semua telah lost contact.
21.6.2019
Ampang

16. Ke Gunung Semanggol

16. Zaman selepas UKM
      Ke Gunung Semanggol
Selepas habis presentation thesis, aku masih menumpang di Bandar Baru Bangi untuk mencari kerja. Dalam masa itu aku sempat menemani geng-geng Perak ke majlis kahwin sahabat matrikulasi UKM Perak, Badrol yang berkahwin di Gunung Semanggol. Badrol berkahwin dengan sesama budak sains hayat dan diaorang masih belum habis belajar lagi. Masa ini geng EngineMania lain majority dah graduate dan belum dapat di kesan.
Perjalanan naik kereta dari Bangi ke utara Perak melalui jalan lama sungguh mencabar. Lebuhraya Utara Selatan belum ada lagi masa itu. Kami juga berhenti di rumah Khairil yang berada di Tambun. Kawasan Tambun ini juga kemudiannya menjadi site pertama aku.
20.6.2019
Ampang

14. Tahun akhir

14. Tahun Akhir
Nasib tak baik aku terpaksa extend pengajian selama enam bulan gara-gara paper English dan kimia tahun satu. Semasa entend ini aku cuma membuat projek final year sahaja. Masa ini aku tinggal di Bandar Baru Bangi bersama Duan dan Shiha dengan dua orang junior enginemania, Abir dan Damek.
Masa ini aku sebok cari data traffic di Jalan Sultan Ismail, KL. Hampir setiap hari ke sana dari pagi sampai petang sampai collection data habis. Aku ke sana dengan van atau kadang-kadang kereta technician. Selepas itu aku hari-hari ke lab dalam hutan untuk kira traffic. Setelah presentation thesis, aku masih tinggal di BBB sehingga dapat kerja. Beberapa interview aku pergi sehinggalah aku dapat kerja dengan Ireka Berhad yang sedang buat projek di Ipoh. Masa tengah kerja ini aku pergi konvo dari Ipoh dan di sertai oleh mak dan pak cik aku. Bapak aku masa ini di masukkan ke hospital kerana sakit.
Tamatlah kisah aku di UKM.
15.6.2019
Ampang.

13. Tahun empat di Bandar Baru Bangi

13. Tahun Empat Di Bandar Baru Bangi

Setelah habis praktikal, kami menyambung ke tahun empat. Kami pindah rumah lagi. Munkin rumah di Teras Jernang sudah tak sesuai lagi. Geng WARA pun pindah juga. Kes Mat Skoq kena serang dengan orang kampong pasal dia ambil durian di kawasan kubur menyebabkan kami pun sudah tidak menyelesakan.
Dengan pindah ke BBB maka lengkaplah semua tempat kami tinggal sepanjang belajar di UKM. Disebabkan korum kali ni ramai, kami berpecah kepada dua rumah. Rumah yang aku duduki ini di sertai oleh Shiha, Rahman, Mat Yie dan Mat Duan. Manakala Shukri, Aspa, Abi, Zurin dan Rozmey di rumah yang satu lagi.Tahun ini semua orang sebok membuat tesis final year dan mengejar hendak graduate. Banyak cabaran duduk di BBB fasa empat ini. Ia perumahan flat yang paling hujung sekali pada masa itu. Aku sudah jarang-jarang keluar macam dulu. Semua orang sebok dengan kerja-kerja tahun empat.
Aku juga sudah ada tempat sarapan baru yang murah dan boleh tahan sampai tengahari. Kedai roti Abang Daud menjadi pilihan. Bila nak skip makan tengahari, baru tibai roti telur. Kalau tak roti kosong, air pun kosong. Semasa di BBB ini aku pernah kena tangkap dengan polis traffic di roundbout Bangi sebab lessen L dah expired. Pagi tu memang malang, masa aku mengejar kelas awal pukul lapan pagi, kena tahan polis. Tanpa cakap banyak aku terima saja saman dia. Aku kemudiannya di hadapkan ke Mahkamah Kajang untuk di bicara. Rupanya ramai lagi student UKM yang kena pagi tu. Setelah mengaku bersalah dan minta hakim kurangkan denda sebab tak ada duit, dan bayar denda, aku di lepaskan. Disebabkan kes itu, kemudiannya barulah aku ambil lesen moto penuh.
Tahun empat habis tapi aku masih belum dapat menamatkan pelajaran sebab tak cukup unit gagal subjek English dan kimia tahun satu dulu.
1.6.2019
27 Ramadan
Ampang

belasungkawa

Minggu ni kariah MHAI kehilangan imam ust aziz setelah sakit yang membawa beliau keluar dan masuk hospital. Sejak dari aku kahwi...