Tuesday, May 7, 2019

Sekolah menengah

Sempena alumni dinner jenan malam minggu lepas yang aku berkesempatan untuk joint alumni2 lain,  sedikit catatan mengenang kembali cerita lama Jenan.

AKU DAN SMSAH JENAN 1984

2.0  SEKOLAH MENENGAH

Setelah mendapat keputusan Empat A dan satu B dalam peperiksaan penilaian darjah Lima, aku ditawarkan belajar di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Aku berada di sini dari tingkatan satu sehingga Matrikulasi UKM.
Aku ke Jenan bersama kawan sekolah Paya, Khairul Azni yang kemudiannya kami panggil Tok Moh.
Sekolah ini yang terletak di Jitra dan berada di dalam kawasan ladang getah  Jenan. Disebabkan inilah sekolah ini lama-lama di kenali sebagai Jenan sahaja. Jenan adalah salah sebuah sekolah Berasrama Penuh yang terawal di Malaya.
Setelah persiapan di buat, bapak menghantar aku ke Jenan pada 1 januari 1980. Itulah kali pertama dan terakhir bapa aku ke Jenan. Dia tidak ke sana lagi melawat selama enam tahun aku berada di sana. Aku selepas itu pergi balik ke sekolah sendiri dengan bas Kangar – Alor Setar walaupun di awal atau akhir tahun. Selain dari keluarga kami tiada kereta sendiri, belanja pun boleh jimat bila naik bas. Aku pun jarang-jarang balik kecuali bila cuti sekolah sahaja.
Kemudiannya bila aku ke Sekolah Alam Shah di Cheras pun pergi sendiri dengan kawan-kawan. Begitulah asam garam belajar zaman dahulu berbanding sekarang yang mak dan bapak ada yang tiap-tiap minggu pergi melawat anak di asrama. 

3.0  RUMAH SATRIA

Di Jenan, aku ditempatkan di rumah merah, yang dipanggil Satria. Rumah-rumah lain semasa itu adalah Pendita, Juara, Wira dan Cendikia.
Kemudian semasa aku di tingkatan tiga, sistem rumah di ubah dengan menambah satu rumah lagi iaitu Andeka.
Rumah Satria berada di Blok B bersama-sama Pendita. Kami di tingkat satu dan Pendita di tingkat dua. Manakala di tingkat bawah adalah rumah cikgu Wahab yang menjadi warden. Aku berada di situ sampai tingkatan dua. Semasa tingkatan satu kami tinggal bersama-sama abang-abang tingkatan dua. Abang tingkatan dua yang menjadi abang bawak aku adalah radzif mokhtar. Manakala yang lain yang aku masih ingat abang ismail sahak, ku shahidi, effendi manaf, che harun, arwah zamri toran dan lain-lain yang aku dah lupa.
Manakala sahabat-sahabat tingkatan satu di dorm itu adalah Hassan badri, khairul azni ( Tok moh ), shahabuddin ( kuda ), rahman, zainuddin salleh ( seniak ), suhizan, Rostam, Rashid mat ali, faisol, serta arwah ridzal ramli dan sheikh mahadir.
Salah seorang kawan Jenan yang tak dapat aku lupa adalah Hassan Badri, berasal dari Serdang,  Kulim yang duduk di sebelah katil aku hanya berada di Jenan setakad tingkatan satu sahaja. Bila tingkatan dua, dia sudah balik ke Kulim dan tiada siapa mendapat maklumat tentang dia sehingga sekarang. Dia telah kehilangan bapa sejak kecil dan masa melapur diri di Jenan di hantar oleh abangnya.
Selain Hassan, sahabat lama dari sekolah Paya, Khairul Azni juga di rumah Satria sekali dengan aku. Tapi lama-kelamaan orang dah lupa nama sebenar dia bila ada kawan yang mula memanggil dia Tok Moh. Aku pun kurang pasti asal usul dia di panggil macam tu.
Selepas sistem rumah asal dibubar, kami telah terpisah. Aku di Cendikia dan dia di rumah Juara. Kami masih se blok B Cuma aku di tingkat dua dan dia di tingkat satu.
Kawan-kawan Perlis di dorm Satria selain dari aku dan Tok Moh adalah suhizan, Rostam dan sheikh  Mahadzir. Suhizan orang Beseri manakala Rostam pula dari kampong salang, Batu Dua Jalan kaki bukit. Sheikh pula dari Kampung Dato Kayaman. Semasa aku menulis cerita  ini, tahun 2018 Sheikh sudah hampir seminggu meninggal dunia. Arwah mengidap penyakit kencing manis dari tingkatan dua dan kehilangan pengelihatan dalam usia tiga puluhan. Akhirnya dia meninggal di Hospital Kangar pada usia lima puluh satu tahun.
Selain dari geng rumah Satria, kawan-kawan Perlis yang lain pun ramai juga. Zaman tu majoriti pelajar adalah dari kedah, perlis dan penang.

Di sinilah aku bermula hidup sendiri dengan kawan-kawan. Dari siapkan katil sebelum sekolah sampai ke basuh baju semuanya buat sendiri. Zaman tu basuh baju dengan tangan dan pergi jemur di tempat sidai kain. Nasib tak baik baju di jemuran hilang bila orang  sapu atau tersilap ambil. Makan pula di dewan makan. Kalau lambat juga  entah apa makanan yang tinggal. Walaubagaimana pun aku survived dan tiada perkara buruk berlaku sepanjang masa tingkatan satu. Abang senior yang sedorm pun agak baik juga walaupun adalah sikit-sikit terover sana sini. Maklumlah budak asrama. Cuma bila kami terover main bola dalam dorm, cikgu Wahab yang duduk bawah bengang, masing-masing kena kutil kat perut.

23.4.2019
Sri Andalas

Thursday, May 2, 2019

Bungkuih lagi

Spurs Kena lagi masa first leg semi final.

Sampai bila lah macam ni, failed at last crucial time.

Thursday, April 11, 2019

Follow up

Hari ni follow up Kat UMSC.

Entah apa Dr Alex kata pulak bila Ada stone ni.

Wednesday, April 10, 2019

Shop drawings

78.  Shop drawings.

Penyediaan shop drawings adalah perkara penting untuk kontraktor execute kerja.
Ia mestilah berdasarkan design Dan drawings asal sesebuah project. Ianya akan menafsir dan mendetailkan lagi sesuatu kerja yang hendak di jalankan.
Zaman sekarang consultant pulak buat Hal minta PE endorsement pelbagai, padahal shop drawings bukan design.
Penyediaan SD sekarang ni juga dah berbeza konsep Dan diformalkan untuk tujuan tertentu.

Awal2 project ni dulu aku terpaksa buat kelas untuk  prepare SD.

Apresiasi

77. Apresiasi.

Bo's Ada macam2 teknik untuk bagi appresiasi kepada staff. Bo's besar atau Bo's kecik semuanya Ada Cara masing2. Cuma Ada yang berkesan Dan ada yang Tak bagi kesan apa2.

Aku rasa appresiasi dengan hulur wang tunai secara berdepan lagi berkesan Dari air liur. Aku ada pengalaman Hal ni semasa jadi CM dulu. Walaupun jumlahnya Tak banyak tapi kesannya lama. Apprecisasi air liur tu berkesan untuk setengah orang saja.

Zaman muktakhir ni Ada lagi cara2 lain termasuk bagi share untuk yang public listed, bagi bonus Dan bagi trip ke mana2.
Tapi kalau Kita dapat token kalau achieve KPI tu bukan appresiasi.

Untuk Bo's kecik, bawa staff pi minum2 pun Kira apresiasi jugak.

Civil vs MnE

76. Civil vs MnE

Entah kenapa bila project infrastructure yang aku involved selama ni selalu saja timbul masalah semasa coordination.
Masa zaman aku site engineer, puak2 mne ni Kira musuh ketat. Selalu gaduh tapi sebab team kami banyak, civil selalu menang.
Geng ni selalu nya malas nak buat preparatory work bila nak laying cable atau tiang. Dahla Tak bagitau apa program, bila earthworks dah clear dan level tanah cantik2, diaorang pun datang utk tanam cable. Lepastu backfill balik cincai pulak. Bertambah hot la geng earthworks.
Sama juga untuk area roadwork. Bila dah start bubuh crusher run, baru la nak datang buat crossing atau lay ducting.

Selepas aku jadi CM Dan PM, aku Cuba memahami Dan suruh HQ appoint sub mne ni awal2, jangan hujung2 project untuk coordinate baik2. Walaupun Ada improvement tapi masih lagi Ada kes bila buat guardrail kena cable streetlights macam di Gebeng. Rupanya markings yang geng MnE buat lari jugak. Kena repair jugak cable tu. Dispute lagi.

Coordination untuk building work pun sama. Geng civil nak cepat Tak mau tunggu ducting terus plaster, datang geng letrik hack dinding.
Yang bestnya, sebelum tu dua2 sign borang handing over.

Project terbaru ni pulak, semua cable geng civil tibai Dan jadi masalah dengan owner utilities.

Puncanya aku rasa keduanya Tak memahami Satu sama lain selain Dari malas buat trial pit, Tak tengok drawings Dan biarkan kepada Bangla saja untuk uruskan.

Walaupun sekarang Ada teknologi baru seperti mapping Dan kewajipan untuk buat trial pit di new area, aku masih belum nampak issue ini akan selesai sepenuhnya.

Sunday, April 7, 2019

Kenapa bos marah saya

75. Kenapa bos marah saya.

Ada satu ketika aku terpaksa jaga kedua2 HQ dan site tapi banyak masa kat site.
Satu hari seorang staff HQ datang jumpa dan tanya, kenapa bos marah saya dan prefer team site sana. Bos tak marah pun depa.
Aku pun tak tau nak jawap apa terus bagitau, saya dok dengan depa sekarang ni hari2, jadi marah tu dah bagi sikit2 dan selalu tapi hangpa seminggu tak marah. Tu yang lebih sikit. Seminggu sebelum tu seorang staff komen yang bos marah pilih2 orang. Kami ja yang kena.
Rupanya staff memang monitor bos punya perangai tapi nak buat macamana, jadi bos ni ada uniknya.
Kadang2 orang yang tak perform, bos dah malas nak marah. Jadi lepaskan marah kat orang yang perform dengan harapan mereka bagitau orang lain. Tapi itu cuma angan2 bos saja dan tak munkin berlaku.

Bo's pun sebenarnya tak pasti samada certain aksi kita sesuai untuk sesuatu kes atau tidak.

spurs makin bungkus

Ingatkan selepas berbelanja besar  spurs akan mencanak naik tapi hampas. Menang belum, gol selepas match kelima baru score. Entah apa nsk ja...