Sunday, February 24, 2019

Site engineer dan kapchai

Site engineer dan kapchai.

Company pertama aku mula berkerja adalah Ireka Construction sdn bhd.
Setelah  graduate dari UKM aku masih tinggal di Bandar Baru Bangi untuk mencari kerja.
Pada 19.4.1992 sabtu aku interview di HQ Ireka dengan Ir Yap BC, isnin pagi aku sudah atas bas ke Ipoh untuk melapur diri untuk mula kerja. Tempat kerja adalah di project Plus highway package Ipoh ke simpang pulai. Project ini ada joint venture Ireka dan GKM.

Fresh engineer zaman dulu kena naik motor dulu walaupun supervisor otai company bagi kereta.  Plet motor aku ACC 7274. Motor tu aku guna selama dua tahun sehingga project siap.

Beberapa tahun kemudiannya masa di company dan project lain, Aku dan bos interview seorang fresh engineer dan dia mintak Pajero !!! Zaman dah berubah atau mat engineer tu yang perasan.

Saturday, February 23, 2019

Aku dan percon corporation

Alhamdullilah tadi sempat bersama puak2 ex- percon di kenduri anak project manager, Nadzir abd kadir.

Aku joint percon corporation pada 2.1.1996 setelah lima tahun dengan Ireka Berhad.
Mula-mula aku ditempatkan di HQ bangunan PNB bersama department operations dan tender dengan bos Tn hj Kamarudin dan senior engineer arwah musa ashaari. Setelah Lima bulan di situ, aku di hantar ke project Lebuhraya Shah alam package B yang sekarang di kenali sebagai KESAS. Site office kami tepi jalan klang - banting sebelum kawasan kampung Johan setia.Aku ke sana menggantikan engineer zaini yang berhenti. Kali ini aku dah diberi kenderaan Suzuki jimmny. Alhamdullilah sekarang dah tak jauh dengan rumah sewa aku di lorong pak mahat, kampung Jawa. Bulan june kemudiannya anak sulung lelaki kembar lahir. Kerja2 utama Aku adalah menyelia kerja earthworks, ground treatment dan beberapa jambatan di kawasan jv partner Gamuda. Susah sungguh jv dengan puak2 tu. Aku ada disitu sampai project siap.
Kemudiannya aku pindah ke project ampang kuala lumpur elevated highway, AKLEH bahagian superstructure. Kerja mula2 adalah memasang gantry ke tiga yang baru sampai dari Itali. Peluang baru untuk belajar pasal gantry terganggu bila berlaku pergeseran dengan  team Leighton yang sudah mula mengenakan staff2 percon. Aku kemudiannya pindah ke section satu dekat kampung Baru sehingga siap.
Pada tahun 1999 aku kembali jadi weekend husband bila pindah ke project kuantan kerteh railway. Railway ini panjangnya 30km dan melalui kawasan paya yang memerlukan kaedah ground treatment yang terkini. Macam2 aku belajar disini.
Aku disini sampai project siap. Dan pada desember 2001 Aku meletakan jawatan setelah masalah kewangan syarikat tidak menentu. Sebagai contract staff aku tidak punya harapan mendapat pampasan vss.
Outstation dengan anak2 yang masih kecil dan balik sebulan sekali terasa sangat sukar.
Aku balik ke lembah klang untuk project interchange di bandar sri Damansara bersama dengan Bumihiway sdn bhd.

Thursday, February 21, 2019

Dari sri Damansara ke Balkan

Dari Sri Damansara ke Balkan.

Dari seorang yang hanya bercita-cita untuk menjadi project engineer selama-lamanya, tetapi pada January 2001 aku telah memulakan tugas sebagai project manager di projek Sri Damansara interchange dengan syarikat Bumihiway. Projek pada masa  itu sudah Extension of Time no. 1.  Masa interview General Manager, Tuan Hj Bhar bagitau projek ni terkawal . Bila aku masuk sudah extension rupanya. Tapi team aku dan consultant okey dan boleh berkerjasama sampai projek siap. Setelah menyiapkan project itu enam bulan kemudiannya, aku tak ada pilihan lain selain outstation ke Gebeng by Pass, kuantan. Kali ini dengan bos dan team yang baru. Hanya si Faiz sahaja yang dari Sri Damansara. Kami tinggal di satu kawasan yang di panggil Aspa Cottage. Konsep ala-ala rumah dalam dusun buah-buahan. Kemudiannya bos berhenti dan di ganti dengan bos part time, Tn Hj Asmuni dan dia pun keluar setelah kata persetujuan syarikatnya dengan syarikat Bumihiway gagal. Aku dan team menyiapkan GBP dalam keadaan syarikat bergolak dengan perubahan top management. General Manager operation bertukar beebrapa orang.  Management baru dengan politics baru menyebabkan aku tercampak ke India walaupun sebelum itu aku dan team dijanjikan untuk ke project baru di K.pilah. Nama aku terus naik dan aku tak dapat menepisnya.

Akhirnya aku menjejak kaki ke Delhi, Hyderabad, Vijayawada dan menetap di Chennai, Tamil Nadhu, India. Bila sampai di India, Ceo resign and aku terpaksa menjadi Head of India operations. Keadaan di sana sungguh bergolak dan kami berhadapan dengan kes mahkamah serta arbitration. 

Setelah enam bulan sepenuh masa, aku balik dan pergi ke kem gong kedak untuk habiskan project. Setelah gagal dapat duit vss, aku menghantar surat berhenti tapi sebulan kemudiannya masuk balik dan di tempatkan di ibupejabat di hamodal dengan tugas baru untuk menyelesaikan semua project lama yang belum dapat CMGD. Bumihiway tak dapat bertahan lagi dengan kes projek MRR2. Reputasi hancur dan tiada siapa berani memberi projek baru. 
Dalam masa itu aku mula kembali ke India menyambung kerja-kerja dahulu. Aku terbang ke India sebulan sekali bertemu dengan anak buah lama seperti Ravi, Arun, Mohapatra, Srikanth, Krisna, Abdallah dan Tariq.
Tiba-tiba satu hari aku di panggil untuk tugasan yang mendesak di Bosnia. Bos tak mahu memeritahu detail apa yang syarikat kehendaki. Aku terpaksa cabar HR bos, Jo untuk memberi kontrak esuk. Kalau tidak aku tak akan pergi dan menyuruh mereka bagi enam bulan sahaja.Setelah bergasak dan dengan tidak di sangka, mereka dapat menyediakan kontrak.  Seminggu kemudian aku sudah berada di atas kapalterbang untuk ke Vienna dan Sarajevo untuk selama enam bulan.

Kenangan di Balkan

Mata air Ilidza.

Semasa di Bosnia selama enam bulan tinggal di Fuad Muhija road, Ilidza.  Mula-mula aku tinggal dengan Kamali, quantity surveyor. Kemudiannya dengan Eddy Choong yang gila nak pi tengok tempat Mozart di Austria. Bos aku tinggal di rumah lain.

Di Ilidza juga ada kawasan matair yang keluar dari bukit dan kemudiannya membentuk menjadi sungai yang membelah bandar Ilidza. Mereka juga telah membuat tempat rekreasi yang cantik dan menjadi tumpuan pelancung dari dalam dan luar negara.

Wednesday, February 13, 2019

Ujian

Minggu ni aku di uji dengan kencing berdarah dua hari lalu.
Selasa tengahari aku ke hospital SA kecemasan tapi di tolak ke pusat kesihatan.
Ujian urine confirm ada darah.
Esuknya buat x-ray dan ujian darah.
Darah tidak tunjukkan hal yang luar biasa.
Kemudiannya ke klinik pakar.
X-RAY tunjukkan ada macam batu dan kencing masa tu sudah tiada darah. Darah kena ambil lagi untuk ujian.

Kemudiannya pergi untuk comfimkan buat CT scan. Tarikh confirm 1 mac.

Semoga dipermudahkan

Tuesday, February 5, 2019

RedZai Guesthouse

Alhamdullilah semalam tidur di RedZai Guesthouse, bukit kor, Rhu Rendang.

Overall dah ok cuma area slope yang perlukan improvement.

Sunday, February 3, 2019

Kesian lebai

Kesian kawan2 lebai aku dengan kes tarik balik saman SR.
Terkial2 nak tepis.
Mang Ganu terok sekali sampai meroyan ke malaikat malik zabaniyah.

Itulah seni politik.

belasungkawa

Minggu ni kariah MHAI kehilangan imam ust aziz setelah sakit yang membawa beliau keluar dan masuk hospital. Sejak dari aku kahwi...