Bila aku post gambar baru 14.1.15, aku tergelak dengan posting gambar yang kesihatan serupa dengan aku.
Hahaha. ....to bro azad senior jenan.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Bila aku post gambar baru 14.1.15, aku tergelak dengan posting gambar yang kesihatan serupa dengan aku.
Hahaha. ....to bro azad senior jenan.
Setelah hampir setahun lebih cuti, semalam aku kembali ke dunia perkerjaan di rawang untuk kerja2 khas selama sekurang2nya empat bulan.
Di sana aku berjumpa beberapa kawan2 lama construction. Kecilnya dunia.
Beberapa rutin yang sedang aku buat sekarang ini akan diuji. Semoga aku tabah dan istiqamah. Harap kelas bahasa arab advance tak terganggu.
Sepanjang percutian zuhud ini aku banyak belajar tentang hidup dan akhirnya kenapa kita dijadikan dan dihantar ke dunia.
Sebagai ringkasan berikut adalah rumusan aku sepanjang cuti ini sebagai seorang muslim sejati :-
1. Solat
Berjamaah lima waktu, sunat rawatib,
Tahajud dan dzuha amat penting.
2. Baca quran setiap hati
3. Zikir2 sunnah dan doa
4. Bersedekah
5. Silaturahim
6. Belajar semua ilmu2 islam dan yg pada aku bahasa arab adalah paling penting. Ianya adalah kunci memahami mesej2 agama ini.
Dua minggu lepas aku ternampak posting FB cucu bekas ustaz aku semasa di sekolah paya.
Posting itu menunjukkan yang ustaz ishak pernah menjadi ahli majlis agama atau fatwa perlis pada tahun 1978.
Yang menarik ustaz ishak adalah guru formal di sekolah kebangsaan paya dan juga tidak formal di mesjid paya. Dia mengajar semua asas2 solat dan sebagainya.
Selain menjadi guru dan imam mesjid, dia yang kami panggil tok njang sahak juga anak kampung paya. Orang2 paya termasuk arwah bapa aku majoriti belajar agama dengan dia.
Semoga dia sentiasa di berkati oleh Allah atas ilmu2 yang dicurahkan kepada aku dan orang-orang lain.
Alhamdullilah tadi sempat singgah di mesjid yang baru siap di jalan johan setia.
Teringat dulu2 zaman buat hiway Kesas solat di mesjid lama dekat simpang ke pandamaran.
Kariah2 pun mesra2 belaka.
Semoga terus meriah dengan solat berjamaah.
Semalam adalah hari terakhir 2015.
Aku masih batuk yang sangat kuat. Tak seperti dulu cepat lega. Dah sebotol ubat batuk aku telan. Faktor usia agaknya.
Tahun ini sangat mencabar.
Dapat projek tapi pendek masa dek kerakusan pihak client.
Bersabar sajalah.
Harap 2016 lebih berjaya.
Antara peristiwa tahun 2015 adalah bila dua bos parti melayu terbesar bersama-sama ber ceramah dan berbaju sama warna.
Ianya menimbulkan polemik dan jenaka di media sosial.
Adakah Perpaduan ini real?
Atau masing-masing cuba check mate antara satu sama lain.
Sama2 kita tunggu tahun 2016 nanti.
Bila tengok gambar ni dan kecoh2 di area gebeng, teringat masa buat projek jalan sana. Patutla hydroseeding atau tanam rumput susah nak tumbuh. Ada bauksit rupanya.
Roadmap DS jahid to be next PM11 Recent prn johor results show that umno had completely kill parti bersatu that stole their voters during p...