Sunday, January 15, 2012

saat yang paling diingati

ada seorang sahabat telah bertanya, apakah saat yang paling dikenang semasa melakukan haji dan kenapa?

susah nak jawap pertanyaan ini sebab keseluruhan perjalanan haji sangat menarik dan menginsafkan.
jawapan singkat untuk sahabat tersebut adalah masa tiga hari sebelum wukuf di masjidil haram dan pada hari wukuf itu sendiri.
pada masa itu yang ada hanyalah perasaan berdosa dan meminta agar dosa-dosa aku selama ini diampunkan oleh tuan agama. hal-hal lain semacam tiada lagi dalam kamus hidup aku. airmata mengalir terus menerus tanpa dipaksa-paksa. kesedihan yang tak dapat nak dijelaskan dengan perkataan. dan sampai sekarang kesedihan saat itu terbayang-bayang.
salah satu spot di mesjid haram yang menjadikan aku sangat kerdil dan rasa macam mahu duduk disitu selama-lamanya.
manakala saat pada hari wukuf keadaan semakin sayu bila waktu solat zohor bermula. walaupun kami duduk di tepi laluan tempat orang lalu-lalang tapi aku tak dapat menahan kesedihan. biarkanlah orang nak kata apa pun. hanya dengan tuhan tempat meminta ampun di tempat yang sangat mustajab doanya.
ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan akan datang.
Lindungilah aku dari membuat disa kepadaMu.  

Wednesday, January 4, 2012

nasi arab

 dalam masa menunaikan haji, makan di tanah suci pun menarik terutama nasi arab.
ada tiga nasi arab yang kami rasa nak diceritakan disini.
pertama nasi arab di madinah yang dibawa oleh bekas pelajar ummi yang sedang menuntut di universiti madinah.gambar sebelah nasi arab dengan lauk kambing dan unta.
 memang sedap.

ini tempat makan dia. kena bersila.
menurut penuntut tu, inilah satu-satunya restoran yang orang perempuan boleh makan dalam kedai.

 sheh farid pelajar universiti madinah
ini nasi arab semasa di mekah.
jamuan ini di adakan kepada sahabat-sahabat tabung haji selepas berakhirnya sae haji sempena terimakasih dan perpisahan.
yang ni pun kambing jugak 
kami makan dalam talam arab ramai-ramai
ini nasi arab yang orang afganistan  masak di Jaaranah.boleh tahan juga nasi ni

Tuesday, January 3, 2012

ziarah

semasa di madinah beberapa tempat ziarah telah di aturkan.
antaranya mesjid qiblatain, quba, bukit uhud, mesjid quba, ladang kurma dan lain-lain.
beberapa gambar semasa ziarah tersebut

di bukit uhud dimana peperangan uhud berlaku.
ada arab jual kurma juga.
makam shuhada yang di pagar dengan tembok untuk mengelakan puak-puak yang buat perkara khurafat.
 perkarangan universiti madinah.
dikabarkan tiada langsung wanita yang belajar dan berkerja disini.
 pintu masuk universiti madinah

mesjid tempat berlakunya perang khandak. sayangnya kami tak berhenti untuk menegok parit yang digali. dikatakan kuda yang cergas pun tak dapat melompat melintasi parit tersebut.

air pancur keluar dari batu buatan
 pasar kurma madinah.
kami berjalan kaki kesana. tidak jauh dari mesjid nabawi.
kurma yang dibeli di heret dengan beg troli tabung haji.
macam-macam kurma ada.
kami beli di sebuah kedai dimana pembantu kedai tu wak indon yang dah limabelas tahun kerja di madinah.
melayu malaya sekang ni ada yang sanggup ka?
budak peminta sedekah semasa di masjid qiblatain.
dia lari bila aku nak ambil gambar.
dari mana agaknya mereka-mereka ni?
kerja-kerja meruntuhkan bangunan sediada untuk pembangunan di kawasan jabal hira'.
apa agaknya diaorang nak buat kat sini?
ada unta berhias juga di sini.
jangan terkena dengan pak arab.
bukit jabal Rahman.
tempat bertemunya nabi Adam dan hawa setelah terpisah.


Friday, December 30, 2011

kawan baru

haji bukan rupanya bukan sekadar menjalankan ritual yang diwajibkan tetapi melibatkan kawan-kawan baru yang kita hanya jumpa di tanah suci. aku ditemukan dengan lima kawan baru sepanjang 45 hari di tanah suci dimana satu berpisah bila kami tiba di mekah. di madinah kelima-lima kami berada di hotel haram bilik 1227. manakala di mekah hotel janadriah.           
sebelah kiri haji aris dari meru.asal melaka. umur dah 54 tahun. ada sorang anak yang dah besar. chief supervisor di kilang. seorang yang paling skima dan menepati waktu. kesian dia duduk dengan kami yang lain yang kaki ad-hoc. 

ni haji gani.orang ipoh dok di port klang. dah pencen tapi masih kerja di jabatan laut. anak dua orang. x-sailor yang tahan lasak, boleh berada di mesjid hingga tiga atau empat waktu terus menerus.
kesian dia terpisah dengan kami tapi selalu singgah dan lepak bilik kami di janadriah.
haji shahron yang paling muda.baru empat puloh tahun. asal penang .pernah dok di area klang jugak. anak dua. satu-satunya yang pernah bersekolah  agama antara kami semua. dah berhenti dari kerja dengan industri aviation dan sekarang buat bisnes sendiri.
haji hasini. asal melaka.sekarang dok di batu belah, kelang. x-tentera laut. ada dua anak. pun buat bisnes sendiri. seorang yang tegas.al maklumlah pernah jadi pengajar askar-askar baru.
aku. belajar sekolah sekular SBP. kerja dengan kontraktor sejak abih universiti sampai sekarang. banyak sangat dosa dalam construction industri. hanya doa emak dan tuhan saja yang selamatkan dari hancur lebur.
kawan-kawan di tanah suci adalah salah satu ujian. silap urus boleh rosak ibadat haji. alhamdullilah tuhan berikan aku kawan-kawan yang macam di atas yang baik, bertimbang rasa dan tiada masalah langsung sepanjang di sana. kuncinya sentiasa berdoa dan menerima kelebihan dan kekurangan sesama kita.

Tuesday, December 27, 2011

perjalanan yang menjadi kenangan

kami bertolak dari klang-kompleks kelana jaya -KLIA-jeddah -madinah bermula 4 oktober 2011. dihari kedua anak-anak kembar aku mengambil peperiksaan PMR.
tiba di lapangan terbang jeddah pada waktu hampir magrib. alhamdullilah urusan imegresen baik sekali. satu pengenalan positif kepada saudi arabia yang terkenal dengan macam-macam kerenah.
lepas isyak, kami menaiki bas ke madinah dan sampai sejam sebelum waktu subuh.
lama juga perjalanan. tapi sebab ianya waktu malam dan sangat letih, maka tidur sajalah sepanjang perjalanan walaupun tempat duduk sempit.

Monday, December 26, 2011

ujian haji

sambung balik pasal haji.
rupa-rupanya ujian haji aku sebenarnya bermula bila aku daftar di tabung haji. masa tu masih di gebeng. lepas tu kena pergi india, balik ke gong kedak, berhenti dan kerja balik dan ke bosnia. kemudian ke melaka. banyak yang aku lalui sepanjang itu. cerita lain kali ja lah terutama masa nak daftar, kena campurtangan mak aku kat kampung. argghh betapa gelap dan jahilnya jiwa.
sebelah kanan ini adalah surat tabung haji yang mengesahkan panggilan ke tanah suci. dari 4 oktober hingga 17 november 2011.
sebelum tu pasal haji perdana di mesjid shah alam.
kali pertama dalam sejarah  tidur di mesjid.kalau sebelum ni tidur di puduraya pernah la rasa sebab tiket nak balik raya dah abis.

mencuba ihram untuk kali pertama juga.

Wednesday, December 7, 2011

masih terasa

dah hampir dua bulan aku tinggalkan blog ini kerana menyambut panggilan yang sangat penting dalam hidup aku.
hari ini 8 december rupanya dah tiga minggu aku sampai dari tanah suci.
berbagai-bagai perasaan dan gelodak jiwa sejak balik.
connection kepada tuan agama masih terasa seperti masa di sana. perasaan berdosa dan bertaubat masih ada dan kadangkala menjadi sayu yang teramat sangat bila terdengar zikir munajat di astro oasis atau alhijrah.

ya allah, kekalkan perasaan ini sampai bila-bila dan aku tak sabar untuk ke sana lagi.

belasungkawa

Minggu ni kariah MHAI kehilangan imam ust aziz setelah sakit yang membawa beliau keluar dan masuk hospital. Sejak dari aku kahwi...