Wednesday, November 10, 2010

dulu kutuk sekarang ikut pulak......

nak kata terok ka tak tau malu puak-puak ni......

dulu bukan main lagi bantai sana sini bila satu negeri tu tengah nak promosi duit dinar.
macam-macam la kecoh satu puak termasuk media talibarut heboh.....

aleh-aleh sekarang negeri mamat ni ikut pulak.
tapi geng muka tebai macam tembok ni rilek ja la......

musti kata baguih kot noooooo.......

Monday, November 8, 2010

selamat melangkah ke alam baru anakku

dah hampir tujuh tahun rupanya si bongsu kecik aku.

dia dilahirkan masa aku outstation di projek di gebeng, kuantan.
sejak dia lahir aku sentiasa tinggalkan atas sebab-sebab kerja. Lepas gebeng, aku ke india selama enam bulan berterusan. selepas itu ke gong kedak di sempadan terengganu dan kelantan.

selepas balik ke klang setahun dan ke bosnia herzegovina pulak sebelum ke melaka hinggalah sekarang.

semalam kami meneman dia untuk majlis graduasi tadika an-naim di shah alam.




si kecik sedang di sediakan sebelum membuat persembahan




antara nama-nama anak-anak tadika yang bersama si kecik



menyanyi perpisahan dengan mualimah-mualimah

Saturday, November 6, 2010

ikan bakar hj musa di crystal bay

cerita makan la pulak.

minggu lepas ada seorang kawan ajak makan makanan laut di crystal bay kat Alai melaka.
kawan ni sangat bersyukur atas sebab-sebab yang tak payah nak diceritakan di sini.

kami pergi bersama dua lagi kawan dan memilih gerai ikan bakar hj musa.




udang bakar.
walaupun kolestrol banyak bedal jugak la. bukan selalu...heheheeheh



kegemaran semua orang ikan bakar.......

perang bermula dan tamat

sakan sungguh tajuk suratkhabar ni.

kenapa mesti guna istilah perang?

keputusan semua orang dah tahun.
macam-macam pendapat dah di beri dan aku tak nak beri apa-apa komen.

malang tak berbau

benarkah malang tidak berbau?

atau kita selalu alpa dan lupa?

gambar atas seorang brader sedang memberi komen di TV pasal bas terbalik di lebuhraya karak.

bila di periksa apa pun tarak !!!

nampaknya kotak hitam ka apa ka, semuanya tak memberi kesan dan isu sebenarnya adalah pemandu-pemandu jugak. atitute pemandu juga.

tapi macamana nak selesaikan masalah ini...?????

banjir di kampung paya 2010

inilah muka depan suratkhabar beberapa hari lepas.

tiga per empat perlis tenggelam !

kampung paya aku yang sejak aku lahir tak pernah dimasuki air pun masuk. mak aku terpaksa pindah ke rumah adik dia.

rumah ngah dan toksu aku yang tak pernah masuk air sebelum ni, turut menerima tetamu yang tak kenal sapa ini.

begitulah pukulan banjir kali ini. kalau tuhan kata jadi, maka jadilah
tak dapat aku bayangkan macamana.

yang sedih lagi orang kampung dah pandai memberi komen pasal puak-puak yang mengendalikan empangan timah tassoh. bukan sedih pasai orang dah pandai komen tapi macamana nak jawap enam-enam saluran dibuka serentak.

betulkan begitu?
teruk sangatkan jurutera atau pasukan kat empangan itu?
mereka over konfident atau tak dapat maklumat cuaca?

munkin pengalaman ini sangat berguna di masa hadapan

perjalanan ke tasik kenyir

tiga hari lepas aku ke tasik kenyir atas urusan kerja.

perjalanan ke sana sangat meletihkan apatah lagi memandu sorang diri. hajat untuk singgah di kuantan semasa balik untuk berjumpa kawan-kawan lama semasa di projek gebeng by pass dulu tak kesampaian sebab terpaksa balik ke kuala lumpur dengan seorang yang sangat penting.

inilah kali pertama aku ke tasik air tawar kenyir buatan yang antara terbesar di asia tenggara.
di sana aku bermalam di Lake Kenyir resort yang sangat sunyi sepi terutama di malam hari.

simpang ke luar di jabor dari lebuhraya pantai timur dekat dengat projek lama aku di gebeng by pass yang siap hampir enam tahun lalu. dulu masa aku tinggalkan interchange tepi Aspa Cottage belum lagi bersambung dengan lebuhraya.
Aspa Cottage juga tempat aku dan rakan-rakan lain tinggal hampir dua tahun setengah semasa di gebeng.


ni pulak tempat bernama Ajil dalam daerah ulu terengganu.

sungguh menyedihkan kontraktor ni biarkan kenderaan melalui jalan utama di atas batu 'crusher run' saja.
kalau ikut prosedur jalan utama walaupun sementara mestilah di buat di atas premix atau tax.
malangnya tuan utama projek ni LLM dan konsultantnya biarkan saja.

mentang-mentanglah projek ni kat Ulu Terengganu !!!!!!


simpang ke tasik kenyir.
ada projek melebarkan jalan juga disini


sebahagian pemandangan tasik



chalet di tepi tasik










veranda chalet



















chalet tempat aku bermalam.
nak tau malam tu apa jadi?


lobby utama tempat kami mesyuarat



roadmap DS zahid next PM11

Roadmap DS jahid to be next PM11 Recent prn johor results show that umno had completely  kill parti bersatu that stole their voters during p...