Sunday, May 31, 2015

DQWHD mesjid as syarif - kuliah 1

Perkongsian dari sahabat kuliah DQWHD kk dan mesjid as syarif meru.

Kuliah 1 - kitab fiqhul akhbar
                   Imam hanafi

Assalamualaikum, saya kongsikan nota semasa sessi pertama daurah. Kalau salah, minta diperbetulkan, kalau kurang, minta ditambahkan;

Nota 23 Mei 2015
Muqadimah

Aqidah ada 2 cabang :
- Aqidah Salaf (Imam Syafie, Hambali, Malik & Hanafi)
- Aqidah Khalaf (Imam Abu Hassan Asyaari - mahzab Syafie, Imam Marturidi - mahzab Hanafi)

Terbahagi kepada 2 kerana adanya ayat mutasyabihat (tidak jelas). Golongan Khalaf mentakwilkan (menafsirkan) manakala golongan Salaf menerima secara zahir.

Ayat Muhkamat - ayat yang jelas / faham.

Kedua-dua golongan menyucikan sifat Allah daripada segala sifat kekurangan.

Dr. Wahbah Zuhaili berpendapat aqidah salaf adalah terbaik kerana mengikuti nash/dalil, berbeza dgn aqidah khalaf yg menggunakan akal & logik.

Terdapat kelemahan dengan penggunaan akal & logik utk menerangkan hal2 agama, walhal ianya mudah utk menerangkan hal2 agama dengan dalil yg terdapat di dalam quran & hadith.

Tidak boleh mengatakan kafir kepada kedua2 aliran/golongan ini kerana berbezaan ini adalah perbezaan furuq.

Antara ulama yg berpegang dgn aqidah khalaf (Asyaariah) ialah Imam Nawawi (Riyadus Solihin) & Ibnu Hajar Asqalani (Fathul Bahri/Bulughul Mahram)

Ayat nafi (Laila ha illah..)
Aqidah salaf - bermaksud semua tuhan orang kafir.
Aqidah khalaf - bermaksud semua tuhan baru yang terlintas dek akal. Tuhan orang kafir tidak termasuk, kerana ianya telah sedia maklum.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...