Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Friday, July 27, 2012
hancur
dah tak tau nak kata apa lagi.
aku ni hari-hari minta tuhan tolong jangan la ada sapa-sapa mai dok pau apa-apa.
kalau malaya dah baguih takdak aku seram sampai macam ni.
mat saleh ni tak tau ka ramai lagi orang yang dah 'penat' macam aku ni
Sunday, July 22, 2012
apa dah jadi
mesej dari seorang sahabat yang ada benar jugak.
kita selalu suka apa yang kita suka sahaja.
kita juga suka memilih apa yang kita suka juga.
putar alam 2
ini adalah orang-orang yang kecewa bila kalah.
tengah berusaha keras ( belasah apa saja ) untuk menang kembali.
no komen lagi
ramadzan kareem
alhamdullilah ramadzan kembali lagi dan aku masih berkesempatan melaluinya lagi. setelah berpuasa penuh di andalas tahun lepas, tahun ini aku di uji lagi dan akan berpuasa di batu pahat pulak.
entah macam mana gaya pulak. tapi nasib baik tiga hari ni masih di klang.
yang berbeza kali ini adalah berpuasa pasca haji.
azam kali ini adalah berbeza dari sebelumnya.
cubaan kali ini munkin berbeza juga, seperti berpuasa dan bertaraweh di batu pahat.
munkinkah berjumpa aku dengan malam seribu malam kali ini?
Saturday, July 14, 2012
saya nak padang bola
amboi sakan korang nak padang tu kekal.
ada pernah pijak padang tu ke? atau ada udang sebalik batu sebab projek tu bagi kat kroni lain.....
jalan jalan makan makan di batu pahat
hari tu ada tuan chairman aku bawak jalan-jalan kaat kampung dia.
mula-mula kami pekena asam pedas pak ali.
solat zohor di parit muit
ni masa ke parit haji salam pekena asam pedas jugak
jeti tradisional
jeti moden

nostalgia di cameron
dalam dok selongkar barang2 terjumpa gambar lama ni.
ini masa aku ke kem ukur di tanah cameron dengan junior jabatan kej awam ukm.
aku dengan pak cik lab tu kena settle pasal kawan aku RKA ni tiba-tiba ada syok kat awek kedai makan padahal masa kat kampus dia tak campur cintan cintun ni.
nasib baik boleh settle
bos baru
ni bos baru spurs lepas tendang hery reknap keluar walaupun spurs dah steady sekarang.
tunggu dan lihat tean si portugis ni musim depan
Monday, July 9, 2012
menang euro
terlambat pulak nak cerita pasal euro ni.
si penjajah ni menang lagi dengan gaya taka taka.
kadang-kadang best tapi ada juga masa jadi bosan gila bila bola berlegar di tengah padang bila pasukan lawan letak 'bas' depan gol.
apa pun diaorang membuktikan pemain kecik pun boleh berjaya.
ayuh malaya, apa lagi.....
projek mata kucing
ini projek kebun terbaru aku sebulan yang lalu.
pokok mata kucing yang aku tanam depan rumah dari biji yang di 'kemaq' sendiri. ada satu pokok saja tapi tiga view yang berbeza.
tapi apakan daya selepas ditanam, aku hanya dapat tengok pada hujung minggu saja.
kita tengok nanti berapa besar dia boleh jadi.
Wednesday, July 4, 2012
ujian pasca haji
rupanya ujian pasca haji lagi hebat.
kadang-kadang aku tak sedar ianya datang dan tewas.
ada dua kes yang terbaru.
bila aku teringat, mahu aku menangis semahu-mahunya atas aku ini hanya manusia hamba tuhan yang dibuat dari setitis air mani yang hina.
untuk pengajaran diri sendiri, aku rekodkan disini.
pertama, kunci rumah yang aku sendiri kunci dan letak dalam poket seluar aku sendiri. tiba-tiba ada orang datang rumah, kami sekeluarga mencari bagai nak gila. tak jumpa. dan aku marah-marah kepada dua puteri yang selalunya diaorang salah letak kunci. kami juga terpaksa panggil sikembar balik dari surau untuk buka kunci rumah.
bila tenang dan disiasat rupanya ia ada dalam poket seluar aku.
aduh tuhan, perkara kecil sebegini kau uji aku.
dah aku terpaksa menunjukan keinsafan dengan meminta maaf dengan dua puteri santubung dan sejinjang yang muka diaorang macam kena arang sebab kena marah sakan sebelum itu. tapi nasib baik diaorang tak pulangkan paku buah keras kat aku.
kedua, pasal buku akaun tabung haji dan ASB aku yang hilang semasa kami pergi menunaikan haji. entah mana salah letak bila balik, sampai sekarang tak jumpa. jadi semalam aku ambil cuti untuk selesaikan kedua-dua hal buku. masa di tabung haji klang aku memang hampir meletop sebab bila dah isi borang dan ambik nombor dan tunggu dan dipanggil. bila duduk pulak, tuhan berikan staff situ yang terkenal dengan sambil lewa dan muka masam. dia kata, encik kena ada salinan kad pengenalan. ada apa-apa lagi? tanya aku. dia kata, itu saja. encik pergi photostat dan datang balik. ( kat borang tu tak ada tulis pun nak salinan kad pengenalan).
tak pa. aku pun pergi photostat, ambik nombor. bila aku duduk dan baca balik borang tu ada satu ruang untuk letak setem dan kena matikan di lembaga hasil. setem pulak kena beli di pejabat pos klang. sensara aku macam volkano nak meletop. tapi entah macamana teringat peristiwa sabtu malam lepas dan aku mula sedar ini bukan sebarang hal. aku terus ke kaunter dan tanya pasal matikan setem. kata kerani tu, memang sini kita tak buat, encik kena pergi pejabat hasil. bila dipikir, tak berbaloi aku ulang-alik sini. dan sekarang dah rugi sejam. aku aku ambil keputusan tukar plan.
aku terus saja keluar dan menuju ke shah alam untuk selesaikan masalah buku ASB pulak. sampai shah alam, aku tak jumpa pulak pejabat tu. berpusing-pusing dua round baru jumpa. aku ke kaunter dan tanya sikit sebanyak dan pergi photostat kad pengenalan dan lesen memandu, semuanya selesai tak sampai dua puluh minit. begitu mudah dan senangnya berbanding sebelum ini.
aku semakin pasrah dengan status aku sebagai hamba tuhan.
bukan nak bongkak atau apa tapi pengalaman kecil di atas ini sangat memberi kesan kat aku sampai saat.
semakin teringat aku kepada buku baru prof kamil yang terbaru, saat kita di uji.

bye..bye visacard
semalam aku berjaya tebuk visakad aku.
yang buat aku marah, bila dah selesai semua dan kosong beberapa bulan, bank mula buat perangai charge itu ini. walaupun bukan banyak tapi perangai yahudi diaorang aku tak suka.
dalam masa yang sama aku juga sudah potong line handphone sub yang dikatakan memberi charge yang sangat murah.
selamat tinggal

Sunday, July 1, 2012
setahun dah berlalu
rupanya baru setahun aku tinggalkan melaka. macam dah lama. banyak perkara berlaku dalam masa setahun ni. selain dari dipanggil tuan agama ke tanah suci, pengalaman membuat mesjid juga membuat aku sentiasa terharu dan insaf.
gambar atas masa mula-mula aku sampai. ada yang kata abandon projek la, bungalow tinggal.dome ni naik masa aku di tanah suci.
semua dah siap kecuali parking.
pemandangan waktu malam
hari terakhir di mekah selepas tawaf widak.
pengalaman rohani yang tak tahu macamana nak diceritakan.
dalam masa ni juga aku kembali ke projek walaupun masih ada hal di HQ.
merenung kembali, bila tuhan memberi sesuatu yang tak kita duga, dia juga akan menguji dan mengambil sebahagian dari nikmat yang diberi.
sentiasa bersyukur dan berdoa dan insafkan diri yang kita ini hanyalah seorang hamba adalah jalan keluar yang sebenarnya.
i will cut this rope and let you go
sambung sikit pasal post sebelum ni.
gambar atas adalah majlis perpisahan aku setahun yang lalu.
dalam masa itu banyak perkara berlaku ( cerita kemudian ).
walaupun bos dah belah lepas enam bulan aku belah dari melaka tapi beberapa hari lepas aku terpaksa meminjam kata-katanya yang selalu diulang masa kami bersama dulu.
apa katanya?
i am performer, if anybody not perform and effect my performance, i will cut and let you go.
cuma aku katakan kat subcon aku yang tak perfom bukan kat staff lagi.
what choice do we have sometime?
to be good guy and suffer or bad guy but success.

Subscribe to:
Posts (Atom)
visit orang klang
15.12.2024 Hari ni RGH di kunjungi jiran lama sri andalas, hj azam. Dia baru balik dari KT dan otw ke kuantan dan klang. Semua reaksi: 6 6...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...