Sunday, July 23, 2023

pergi selamanya

Tuhan mengambil balik hambanya bila sudah sampai masanya.

Semalam seorang lagi pejuang sejati meninggalkan dunia untuk selamanya.

Semoga damai disana

Friday, July 21, 2023

sedih

Semalam dapat berita menyedihkan dari ustaz.
Nazaria yang kami wakaf telah dibaraikan oleh orang yang tak bertanggungjawap sehingga tak boleh dibaiki lagi.
Semoga Allah membalas kejahatan puak2 tu.

Dan semoga Allah kurniakan kenderaan yang lebih baik untuk madrasah tahfiz.

Tuesday, June 6, 2023

buku baru

Tangkapan Pabkl 2023 kali ni.

Nasib baik runner cekap dan dapat semua buku yang aku nak.

Terimakasih bintang Thurayya

welcome

Nampaknya pencarian spurs untuk coach baru dah berakhir.
Pastu jual Hkane.
Jangan lagi bungkus dah la lepas ni.

Sunday, June 4, 2023

lain hotel yang dibook, lain yang dapat

Weekend ni aku patutnya berada di kuantan untuk menghadiri kenduri kahwen anak mat zin, ex lab boh kami di gebeng dulu.
Tapi tuhan takdirkan ummi kena sakit lutut dan terpaksa masuk wad untuk operation.
Kami dah book hotel dikuantan tapi bermalam di abisena shah alam.

Tahniah mat zin dan keluarga.
Semoga diberkati Allah semuanya.

Saturday, June 3, 2023

pioneer

Tadi masa browse page Fb nostalgia Sbp terjumpa story pasal seorang pioneer pernas atau percon tempat aku keja dulu.
Since umur dia dah 95, aku rasa dia adalah salah seorang  pioneer.
Malik survey rupanya sempat dengan dia.

Innalillah.
Allahumagfirlahumwarhamhum.

Saturday, May 27, 2023

kena lagi

Minggu ni paling sedih.
Ummi tinggal sebulan lebih sikit nak retire.
Lutut dia semakin bermasalah sejak balik raya. Cuti sakit pastu ok. Pi kiro tak settle.
Hari isnin dah tak boleh jalan. Masuk emergency shah alam. Kena cari pakar ortho.
Penin.
Pegi puncak alam, nov baru available.
Kemudian atas nasihat beberapa kawan, kami ke avisena shah alam.
Alhamdullilah semakin improved dan akan buat treatment minggu depan.
Nasib baik budget insurance masih ada lagi.

roadmap DS zahid next PM11

Roadmap DS jahid to be next PM11 Recent prn johor results show that umno had completely  kill parti bersatu that stole their voters during p...