Tuesday, May 9, 2023

syafakallah bro

Sedih tengok gambaq kawan aku ni bila brader amran post ni kat grup kami.
Kami dulu sama2 serumah dengan wak dan mas masa di ipoh.
Semoga dia dapat recover dari kencing manis yg kronik.

Sunday, May 7, 2023

belasungkawa


Semalam masa balik dari ganu dengan geng jenan, dapat berita kematian sahabat j84 4 sains 1, fariz fattan yang meninggal akibat kencing manis.

Innalillah
Allahumagfirlaha warhamha

Thursday, May 4, 2023

raya lagi

Raya hari ni.

Raya di andalas sambil tunggu anak saudara Ummi Ubaida  datang beraya.
Ada masak2 special sikit

raya lagi

Raya semalam.

Tengahari pi kenduri aqiqah di Labu Lanjut.
Teruja jumpa kawan2 lama sepusat sepusing jaman sekolah dulu.

Malam pulak tetamu istimewa, ex student ummi, Faizal Rahman  yang datang dengan family. 
Tahniah dah ada tujuh askar.
Terimakasihlah pasal gossip Suzaime Zakaria  . 
Nanti kami pi bawak air penawar 

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Raya taun depan jumpa lagi

raya ke lima

Raya ke lima

Bertolak balik dari Alor setar ke klang.

Kali ni cuba alternative route yang baru walaupun kali pertama.

- AS utara ke changkat jering, plus
- CJ ke Beruas, jalan kampung dan kelapa sawit melalui Trong - banyak konar baring
- Bruas ke telok intan, WCE - paling ok
- TI ke klang, jalan persekutuan melalui sabak bernam, tanjong karang, kuala selangor - paling stress drive walaupun boleh beli nira, buah2, mentarang.....

Persoalannya :
1. Bila full strecth WCE banting ke changkat jering boleh buka sepenuhnya? 2026? 2030?
2. WCE Bruas ke changkat jering bila boleh buka? Dec 2023?
3. WCE klang ke telok intan bila boleh buka? 

Saturday, April 29, 2023

raya ke empat

Raya ke empat

Hari raya keempat kami di Alor Setar & Kuala Nerang.
Pagi kami ke kuala nerang rumah anak murid ummi masa di kisas. Ex student tu ada dusun yang ada rumah di dalamnya. Tapi kami tak pergi sebab belum lagi musim buat. Plan tu simpan untuk masa akan datang.

Aku juga talipon tok moh kalau dia dah balik raya. Rupanya dia dia masih di kpg mesjid, perlis.
Petang tu kami lepak di alor setar saja sambil berjalan-jalan tengok sawah yang dimulakan tanaman padi.

raya ke tiga

Raya ke tiga kami ke keluar ke perlis.

Mula2 ke padang besar  sebab ummi nak beli mangkut tingkat dan steamer. Kami ke tempat lama membeli belah dulu, arked mara. Tempat baru wallmart tak pergi takut jemmed terok.

Selepas tu kami balik dan dinggah di empangan timah tassoh. Kena lima ringgit entrance fee.
Di situ kami makan bekalan yang dibawa.

roadmap DS zahid next PM11

Roadmap DS jahid to be next PM11 Recent prn johor results show that umno had completely  kill parti bersatu that stole their voters during p...