Wednesday, July 31, 2019

Alhamdulliah

31.7.2019

Alhamdulliah Ada Dua Berita yang mengembirakan Hari ni.
Satu, ilham akhirnya diterima ke Alma mata ummi di uia. Setelah gagal mendapat tempat Selepas SPM dulu, kini cita2nya tercapai. Semoga terus berjaya.

Kedua ummi telah diumumkan menjadi acting PK Form 6. Setelah berbagai tribulasi Dan mehnah, akhirnya dia mendapat tempat sewajarnya. Semoga terus berjaya walaupun banyak halangan akan mendatang.

Saturday, July 27, 2019

Ke janda baik

Hari ni 28.7.2019 jadi supir ummi ke maahad tahfiz hidayah janda baik.

Ummi Ada special kelas Bahasa Arab untuk bakal student SPM tahun ni.

Monday, July 15, 2019

118. Kongsi

118. Kongsi.
Nampaknya lepas ni compulsory kena Ada proper kongsi untuk workers. Kongsi cincai macam dulu akan jadi sejarah.
Tapi sekarang pun dah ramai workers tuntut rumah sewa.
Jadi Masa tender tu pandai2lah jack up preliminary item.
12.7.2019
Tasek permaisuri

117. Batu Pahat

117. Outstation.
        Batu Pahat.
Aku Ingat bila assignment Melaka Dah over Dan balik ke HQ Kelana Jaya , permanent outstation dah berakhir. Tapi aku silap baca permainan ini rupanya. Mulanya aku outstation sekejap-sekejap saja. Ada tiga lokasi yang aku selalu pergi melawat site. Dari Kuala kangsar ke JB Dan Batu Pahat. Setelah mesjid Kota lama Kiri siap, destinasi seterusnya hanya area selatan.
Beberapa bulan setelah aku Balik dari haji, keadaan kejap2 tiba2 jadi permanent bila tiga orang kuat aku di BP di sotong. Hari itu aku terlambat sampai site Dan Maharaja telah mengamuk Dan dia mengambik peluang yang telah lama di tunggunya. Aku rasa kau saja yang boleh settelkan Dan aku nak kau permanent sini Mula minggu depan, katanya. Percubaan untuk ubah keputusannya juga gagal.
Minggu depannya aku kembali menjadi weekend husband. Aku tinggal di rumah staff di Banang Jaya bersama tiga orang lagi. Kesunyian datang kembali. Nasib baik Ada internet. Malam-malam yang panjang di habiskan mengsurfing saja.
Kadang2 Ada pelawat tetap Pak aji Malik datang untuk meeting. Ada yang transit BP bila nak ke JB. Ada Dua orang korum tetap, keduanya alumni India BH selalu datang. JR Dan RI selalu datang brainstorm bila mereka stress. Kami selalu pekena sup gearbox BP yang power.
BP juga adalah port asam pedas yang terbaik berbanding tempat lain.
Masa berlalu, banyak tribulasi yang berlaku tapi semuanya siap Dan project pun diserahkan.
Aku mengambil keputusan untuk keluar dari syarikat untuk selamanya setelah perbezaan pendapat menjadi semakin besar Dan Tak munkin dapat di kecilkan.
Biar kuda lain pulak yang berlari Dan meminum air beracun.
Aku kemudiannya menjadi seorang freelancer saja.
12.7.2019
Ampang

116. Lompat

116. Lompat.
Bulan Jun hingga October ramai orang lompat ke tempat kerja lain.
Zaman generasi sekarang dah jadi macam Americans, lompat bila Ada peluang. Zaman loyalty macam Jepun sudah berlalu berbanding dulu.
Hanya individu yang Ada objective tertentu akan tunggu lama di Satu syarikat atau tunggu sampai project siap. Motivasi zaman sekarang bergantung kepada individu.
Graduate yang Baru kerja akan mengalami karier yang mendatar sepanjang Dua tahun pertama. First salary increment munkin sedikit saja persennya. Silap2 bonus pun Tak Dak.
Tahun ketiga kalau syarikat Tak buat apa2, dia akan update resume Dan test market. Kalau sangkut Dan Tak di counter offer tentu dia lompat.
Aku dulu bernasib baik Masa awal2 di Ireka bila bos Mr Lim TS gasak management untuk buat drastic salary adjustment bila dia discover yang junior Baru masuk starting gaji dah lebih dari kami yang dah tiga tahun kerja.
Tepuk dada, Tanya selera.
10.7.2019
Andalas.

115. Ayer Keroh

115. Outstation
        Ayer Keroh.
Setelah aku buat keputusan tidak mahu menyambung lagi di Sarajevo, Satu Hari aku mendapat email untuk destinasi seterusnya iaitu Ayer Keroh, Melaka. Kali ini aku akan terlibat dalam operasi maintenance jalan berbanding sebelum 2 ini membuat jalan Dan jambatan. Walaupun grup ini di bawah Satu bumbung tapi rivalry lain macam sikit. Ada persaingan yang kadang2 jadi Tak sihat. Munkin tektik pecah perintah juga digunakan.
Bila nama aku Naik, rupanya sudah kecoh di Malaya Dan nasib aku baik sebab berada jauh dari orang. Dari cerita2 nya aku dengar kemudiannya ramai yang bangkang atas sebab latarbelakang aku dari group sebelumnya.
Bila report duty, hanya beberapa kerat saja yang macam welcome. Bab logistics langsung Tak Ada yang assist Dan akhirnya aku landing di rumah geng lama. Kereta pula diberi yang akhirnya mati ditengah highway.
Walaupun starting Tak menarik tapi endingnya aku sangat puashati bila banyak masalah terkawal Dan dapat membaiki rangking dengan JKR. Team majority semuanya sangat bagus walaupun Ada seorang Dua yang selalu mempertikaikan apa yang aku buat.
Group besar, banyak pulak politics. Untuk checkmate Dan kawal team dari terus powerful, aku dikeluarkan lagi untuk Satu lagi assignment yang aku kategori sebagai harakiri.
10.7.2019
Rawang Perdana.

114. Bosnia Herzegovina

114. Outstation.
        Bosnia Herzegovina.
Setelah sepuluh bulan di PJ, Satu Hari aku dipanggil mengadap tuan Deputy Dan bila sampai dia terus kata, Tuan Besar nak kau ke Bosnia secepat munkin.
Nak buat apa? Sana Kan Ada HB? Aku Cuba taichi.
Dia nak kau tolong dia, Ada Hal yang aku Tak boleh bagitau. Hanya nama hang saja yang di sebut. Package macam orang yang pergi.
Tempoh? Berapa lama? Aku Tanya.
Dia jawap, aku pun Tak Tau.
Terus aku bagi katadua yang selalunya syarikat gagal nak menunaikan. Kalau Tak Tau berapa lama, Saya cuma boleh pergi enam bulan dengan syarat Surat dah Ada esuk. Kalau Surat Tak Ada, deal off. Aku confident Surat tu akan gagal sebagaimana sebelum2 ni. Dia terus panggil bos HR, kau settelkan Hal ni esuk juga, kalau fail, habis kau.
Aku senyum sambil kata, sejak bila depa effective buat kerja Dan aku terus blah lepas tu.
Rupanya tuhan Ada cerita lain Dan Surat tu Ada. Seminggu kemudiannya aku atas flight ke Sarajevo via Bangkok, Vienna.
Di Sana aku duduk di rumah sewa di Satu taman di lorong namanya Fuad Muhija. Mula2 dengan brader kamali Dan kemudiannya Choong. Kami di tingkat atas, tuan rumah di tingkat bawah. Depan rumah Ada American couple yang sudah sepuluh tahun berada di Balkan menjalankan kerja2 missionary.
Assignment pula adalah menyiasat kenapa pembinaan shopping complex burst budget Dan banyak variation. Kena nego dengan mafia nama Esco. Seorang tokey construction yang licik Dan handal. Rupanya dia dah kautim Dan ugut semua team Dan akhirnya ikut telunjuknya.
Proses nego gagal Dan kes ke mahkamah juga akhirnya. Tiada sebab untuk aku terus Ada di Sana.
Aku kemudiannya balik sebagaimana perjanjian asal. Banyak kenangan Dan soul searching di bumi Balkan ini. Walaupun di ajak sambung kontrak lagi tapi aku rasa cukuplah setakad itu saja.
9.7.2019
Ampang

spurs makin bungkus

Ingatkan selepas berbelanja besar  spurs akan mencanak naik tapi hampas. Menang belum, gol selepas match kelima baru score. Entah apa nsk ja...