Thursday, August 18, 2016

Jernihkan hati

Tips Jernihkan hati menurut Imam Asy Syafie rahimahullah!

*AAM; Kata Imam Asy-Syafie;

Siapa Yang Menjaga Tiga Perkara;
1. tinggalkan perkataan dan perbualan yang tiada faedah.
2. Tinggalkan dosa-dosa yang lepas dengan bertaubat dan jauhkan dosa & maksiat yang akan datang.
3. Hendaklah ada antara dia dan Allah amalan rahsia, amalan secara tersembunyi.
Bila dilakukan perkara tersebut, nescaya Allah Akan Bukakan Hati & Memberi Cahaya Kepadanya.

Lihat di YT: https://youtu.be/5CSkX2wt_9k

Wednesday, August 17, 2016

Hati kotor

Copy dari FB islam itu indah.

*30 TANDA-TANDA HATI KOTOR*

1. _Gelisah walaupun tiada masalah._
2. _Selalu berbangga dengan diri sendiri._
3. _Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain._
4. _Tidak amanah dan mungkir janji._
5. _Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya._
6. _Suka mengumpat dan membuka aib orang lain._
7. _Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya._
8. _Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang._
9. _Suka menyakiti hati orang dengan sindiran._
10. _Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang_
11. _Menyampaikan ilmu dengan riak._
12. _Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain._
13. _Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk._
14. _Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa._
15. _Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)_
16. _Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada_
17. _Solat yang tidak khusyuk._
18. _Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik._
19. _Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir._
20. _Cinta kepada duniawi dan materialistik._
21. _Mudah bersangka buruk terhadap orang._
22. _Membesar besarkan hal yang remeh temeh._
23. _Suka bergosip dan menabur fitnah._
24. _Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi._
25. _Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat. Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia._
26. _Pendendam._
27. _Penting diri dalam semua hal._
28. _Berpura-pura dan suka membodek._
29. _Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain._
30. _Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung._
*Kesemua sifat diatas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk diatas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.*

Sila Like & Share : Islam Itu Indah
Kredit : Jai Aziz

Tuesday, August 16, 2016

Prado 2

Ni sikit gambo prado

Oh malaya ku

Satu berita yang sangat mengecewakan.

Saturday, August 13, 2016

Ayam kampung

Ayam kampung dari beranang, semenyih yang anak murid ummi jual.

Satu pack seekor, dah cuci market price rm 20.

Running train

Ada boh dulu bagitau managing projek ni macam dok di atas running train.

Yang ni aku yang tambah :-

1. Samada keretapu tu sampai stesen dengan selamat, siap on time la tu atau
2. Crash masa dalam perjalanan, kira kena terminate atau shareholder decide lari malam atau
3. Terkemut2 jalan slow2 di atas landasan. Kadang berjalan, kekadang stop tunggu.
Lama2 crew2 dan penumpang lompat turun dan abandon the train.

Kat mana kita sekarang ni....?

Nota tazkirah jumaat

Tazkirah jumaat, 12.8.16 di mesjid bt 16 rawang :-

Orang dikasihi dan dimuliakan oleh Allah :-

1. Orang yang bangkit waktu malam beribadat kepada Allah.
2. Infaqkan harta di jalan Allah
3. Lelaki yang berjuang pada jalan Allah dan tak berpaling daripada musuh.

Orang yang dibenci oleh Allah :-

1. Orang tua yang lanjut usia berzina
2. Orang miskin yang sombong
3. Orang kaya yang zalim.

Waallahua'lam

roadmap DS zahid next PM11

Roadmap DS jahid to be next PM11 Recent prn johor results show that umno had completely  kill parti bersatu that stole their voters during p...