Alhamdullilah semalam grup projek gebeng gong kedak dapat mengadakan satu perjumpaan kecil2lan di rumah ishak di tok muda kapar.
Yang dapat hadir adalah adenan dari puchong, mat zin dari kuantan dan ridwan dari alam permai.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Sunday, July 31, 2016
Gader2 geng gebeng & gong kedak
Friday, July 29, 2016
Sedih 2
Tadi sebelum solat jumaat ada kuliah. Tapi kali ini penceramah bukan orang biasa. Dia wakil dari pejabat yang berkuasa.
Mula2 cerita bahaya ajaran sesat. Kemudian meleret ke bahaya khilafiah. Mulalah serangan yang aku pun tak tau nak dengar macamana.
Akhirnya ramai orang awam pening dan ada yang sudah tak pergi mesjid dan surau. Ilmu makin kurang, ibadah solat jemaah makin sikit.
Ya Allah lindungilah aku dan keluarga aku dari fitnah-fitnah akhir zaman.
Sedih 1
Sedih betul tengok posting di grup WA mesjid AR yang melibat perbalahan ustaz2 dari grup yang berbeza. Tuduh menuduh berlanjutan dan orang awam masuk campur juga sambil memviralkan di sosial media.
Akhirnya ramai yang rugi tak dapat ilmu. Lama2 mesjid dan surau semakin kurang di kunjungi orang.
Ya Allah lindungilah aku dari fitnah-fitnah akhir zaman.
Wednesday, July 27, 2016
Ikhlas
jawapan yang aku cari2 di saat sangat lemah hendak beribadat.
*Bilakah akan datang waktu untuk kau ikhlas pdNya ?*
_*Imam Ghazali menyebutkan maksudnya:
"Selagi kamu berasa berat untuk melakukan sesuatu amal itu,bermakna kamu belum begitu ikhlas lagi..oleh itu latih & paksa dirimu melakukannya sehingga kamu berasa ringan( iaitu bila keikhlasan itu sudah mula wujud dalam diri )"*_
Tuesday, July 26, 2016
Surau asyakirin
Alhamdullilah tadi selepas makan di kawasan baru, jumpa juga surau untuk solat zohor.
Ada lima orang jemaah. Alhamdullilah hidup surau ni.
Walapun kecil dah masih dalam penambahan tapi macam damai saja.
Nama surau macam nama anak aku syakir. Moga kuatlah anak aku ini untuk solat jemaah.
Hilang
Pagi tadi masa mandi aku tersedar yang cincin aku sudah tak ada di jari. Entah ke mana hilang nya.
Cincin itu dibeli semasa di madinah semasa musim haji 2011. Seronok tengok ummi bergasak dengan penjual tok arab dalam bahasa arab. Sampai bila dia minta halal macam dia tak nak pulangkan balik baki duit belian, terpaksa cakap tak halalkan. Baru diberi balik baki.
Sekarang hampir musim haji 2016, maknanya sudah hampir lima tahun aku pakai. Dah sampai masa agaknya.
Redholah walaupun kecewa.
Adalah sebab agaknya.
Sunday, July 24, 2016
Surau al hidayah
Alhamdullilah tapi sempat solat zohor sini.
Selepas makan tengahari cencaru bakar dan ulam2 jantung pisang, petai, jering dan pucuk janggus di kedai sebelah surau.
Walaupun kecik dan nampak tak canggih tapi ada jemaah hampir dua saf.
roadmap DS zahid next PM11
Roadmap DS jahid to be next PM11 Recent prn johor results show that umno had completely kill parti bersatu that stole their voters during p...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
-
Copy paste dari FB : Dimana letaknya Langkasuka? Nama Langkasuka mula dijumpai dalam catatan China dari 梁书 Liáng shū yang menyebut sebagai 狼...
-
Tiga puluh tahun dulu pada 18.8.1995 aku datang ke kampung rhu rendang untuk bernikah. Hari ini 18.8.2025 aku ada di sini setelah lebih set...