Sunday, October 11, 2015

Labaikallah

Sudah empat tahun aku balik dari tanah suci mekah dan madinah.
Sepanjang tempoh itu banyak perkara suka dan duka berlaku terhadap aku.
Ada yang mengembirakan dan ada yang sangat mencabar sehingga tak terdaya aku memikirkannya.
Betul kata orang, masa selepas bergelar haji atau hajjah adalah yang paling mencabar terutama untuk mengekalkan istiqamah terhadap agama.

Semoga aku dapat terus mendekatkan kepada agama ini sehingga akhir hayat.

Berakhir sudah

Kembara aku sebagai tuan penasihat projek di sepang nampaknya telah berakhir setelah segala Percubaan rayuan tuan syarikat menemui jalan buntu. Puncak kuasa pun tak dapat menolong disebabkan perbezaan antara gergasi besar dan kecik.
Hanya itulah rezeki aku.
Tapi kali ini sarat dengan pengalaman baru yang tak pernah aku lalui sepanjang berpuluh tahun mengendalikan projek.

Terpaksa kayuh lagi ke tempat lain nampaknya.
Semoga di beri Allah rezeki yang lebih baik.

Wednesday, September 30, 2015

Lekor kembali

Setelah hampir empat bulan operasi keropok lekor terhenti, minggu ni kami mula mengambil keropok lekor dan keping warisan tok beng.
Operasi keropok terhenti gara2 Gst dan pengalaman keropok bukit payung.
Yang tak sedap kali ni charge bas juga dah naik.

Tuesday, September 22, 2015

Putera terbaik malaya

Buku baru kisah putera terbaik malaya ini dibeli masa ikut ummi ke penang lepas raya ari tu.
Baru mula nak baca setelah lebih sebulan.

Monday, August 31, 2015

Jamuan merdeka

Tadi sempat joint kenduri hj othman dan halim di surau najihin.
Biryani kambing yang halim masak mengingatkan aku biryani batupahat.

Alhamdullilah

Friday, August 21, 2015

Raya grup bahasa arab HH

Dua minggu sempat beraya dengan geng2 belajar bahasa arab HH.

Tuesday, August 18, 2015

Jalan2 penang dan alor setar.

Minggu lepas sempat luangkan masa ikut ummi ke iftifal di penang.
Sekolah tu dekat dengan rumah hj duan.

Inilah kali pertama dapat ikut ummi outstation.

Selain itu dapat bermalam dengan mak aku di alor janggus dan teh tarik dengan rozmei di stadium alor setar.

roadmap DS zahid next PM11

Roadmap DS jahid to be next PM11 Recent prn johor results show that umno had completely  kill parti bersatu that stole their voters during p...