Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Monday, September 9, 2019
Melaka setelah enam tahun
Friday, September 6, 2019
Bangla's
Dalam context international, Malaya adalah pilihan orang cina,India, Indonesia Dan selatan Thai datang untuk berbagai perkerjaan. Bangla, Nepal, Vietnam, kemboja datang di zaman 90an. Tapi sebelum itu Orang Malaya keturunan cina pula kemudiannya ke Hong Kong atau Taiwan untuk berkerja.
Dalam kerja construction, muka2 yang terlibat akan bertukar. Dari cina/melayu, kemudiannya Indonesia Dan Bangladesh.
Masa aku Mula kerja bangsa Indonesia yang banyak dalam construction menjadi carpenter, bar bender Dan buruh. Mandur/supervisor kebanyakkannya cina local. Melayu/India banyak jadi operator mesin. Secara semulajadi orang Malaysia Dan Indonesia sesuai untuk carpentry sebab sudah biasa dengan gergaji, tukul Dan paku. Orang India banyak bekerja dengan premix Dan railway.
Masa ini workmanship bangla's masih teruk tapi sebab project Makin Banyak, majikan tiada banyak pilihan. Pada aku sampai sekarang skill bangla's Ni masih di tahap biasa. Kerja asal siap. Mereka juga kuat curi Masa kalau Kita biar. Aku dengar cerita di Bangladesh, mandur sentiasa monitor dengan rotan. Bila malas saja terus kena rotan. Style kerja di Sana dibawa me sini tapi sini tiada sistem rotan. Hanya sistem maki2 saja.
Sekarang Ni bangla's sudah mengawal sepenuhnya bidang construction. Ada yang dah jadi subcon lagi. Lagi2 bila beberapa tahun lepas, Ada undang2 Baru yang tidak membenarkan lagi pekerja luar yang berkerja lebih sepuluh tahun kena balik terus.
Ampang
site office cabin zaman 90an
Zaman bujang dan selalu lepak di Wisma central cari marka.
Dengan fellow site engineer, Mr Kosonov, jawa Muar yang Sedang bergaya dengan talipon special zaman dulu.
atas jambatan baru siap
Kerja dengan Percon Corporation.
Hutan belakang tu sekarang dah penuh dengan rumah.
Masa ni kami dah pakai topi safety dan boot
Thursday, September 5, 2019
perangai buruk
sebelum itu pam stesten problem hose. Pergi tanya bangla dia kata tunggu la. Pemalas punya bangla. Aku pun blah ke syesyen satu lagi.
Stesyen minyak kedua lain pulak cerita. Aku parking belakang satu kereta untuk isi minyak. Tapi orang tak ada. Ingatkan dia pergi kaunter bayar. Pun tak ada. Sahla dia buat projek lain selain nak sis minyak.
Bertambah lah bengan aku pagi-pagi ni. Terus aku ambil gambar dan post kat FB dengan statement ni.
Datang stesyen minyak bukan nak isi minyak tapi parking tempat isi minyak.
Kalau nak pi kencing, pi la toilet.
Kalau nak draw duit, pi la bank.
Owner kereta rupanya lagi tua dari aku.
Sorry la tak dapat nak bersangka baik pagi2 buta ni.
Sunday, September 1, 2019
Setahun sudah berlalu
Hari ini setahun yang lalu aku berada di wad kecemasan hospital shah Alam akibat serangan jantung bila Dua saluran tersumbat. Rupanya itu adalah serangan kedua dalam tempoh Dua minggu.
Serangan pertama adalah muntah2 yang sangat teruk setelah menyembelih kambing untuk korban di siang harinya. Keadaan sembuh bila doktor bagi ubat angin. Kemudiannya Baru aku Tahu angin juga boleh menyebabkan serangan jantung.
Setelah cuti sakit Dua Hari, aku Balik bekerja Dan di minggu kedua balik ke utara untuk selesaikan Satu Hal penting.
Serangan kedua berlaku pada malam sabtu 30 ogos dengan nafas menjadi sesak, kaki bengkak Dan BP mencecah bacaan 200. Terus aku ke wad kecemasan Dan malam itu juga air dalam badan di keluarkan. Aku terus ditahan di dalam wad sehingga pulih. Tapi rupanya aku belum pulih sepenuhnya Dan Dan dirujuk ke PPUM. Masa ini aku belum mengaku telah terkena serangan jantung.
Procedure angiogram pula dibuat Dan didapati Dua saluran tersumbat dengan Satu adalah tersumbat sepenuhnya manakala yang Satu lagi lapan puluh peratus. Hanya Satu saluran dipasang stenting dulu. Dua minggu kemudiannya Satu lagi Saluran dipasang stenting.
Kini aku percaya serangan jantung telah menimpa aku sebagaimana bapak2 saudara aku sebelumnya walaupun testing2 kelihatan aku normal. Aku tidak hisap rokok, tiada kencing manis Dan tahap kolosterol masih ok. Akhirnya Prof Dr Alex membuat kesimpulan ini adalah kes genetic.
Tapi aku percaya stress adalah penyebab utama Dan sakit itu datang dari Allah atas sebab2 hanya Dia yang Tahu.
walimah anak arwah pak wan
Alhamdulliah Hari ni berkesempatan ke majlis walimatulurus anak sahabat jenan84 arwah Pak Wan@ridzuan zainol.
Arwah juga classmate aku Masa tingkatan 1-3D.
spurs makin bungkus
Ingatkan selepas berbelanja besar spurs akan mencanak naik tapi hampas. Menang belum, gol selepas match kelima baru score. Entah apa nsk ja...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
-
Copy paste dari FB : Dimana letaknya Langkasuka? Nama Langkasuka mula dijumpai dalam catatan China dari 梁书 Liáng shū yang menyebut sebagai 狼...
-
Aspa Cottage, kuantan. untuk staff kontraktor yang jaga project, selalunya rumah akan disediakan. Semasa di projek Gebeng, kami menyewa d...








