Wednesday, January 6, 2016

Mesjid baru johan setia

Alhamdullilah tadi sempat singgah di mesjid yang baru siap di jalan johan setia.
Teringat dulu2 zaman buat hiway Kesas solat di mesjid lama dekat simpang ke pandamaran.
Kariah2 pun mesra2 belaka.

Semoga terus meriah dengan solat berjamaah.

Friday, January 1, 2016

Selamat tinggal 2015

Semalam adalah hari terakhir 2015.
Aku masih batuk yang sangat kuat. Tak seperti dulu cepat lega. Dah sebotol ubat batuk aku telan. Faktor usia agaknya.

Tahun ini sangat mencabar.
Dapat projek tapi pendek masa dek kerakusan pihak client.
Bersabar sajalah.

Harap 2016 lebih berjaya.

Perpaduan atau tidak

Antara peristiwa tahun 2015 adalah bila dua bos parti melayu terbesar bersama-sama ber ceramah dan berbaju sama warna.
Ianya menimbulkan polemik dan jenaka di media sosial.

Adakah Perpaduan ini real?
Atau masing-masing cuba check mate antara satu sama lain.

Sama2 kita tunggu tahun 2016 nanti.

Laut merah

Bila tengok gambar ni dan kecoh2 di area gebeng, teringat masa buat projek jalan sana. Patutla hydroseeding atau tanam rumput susah nak tumbuh. Ada bauksit rupanya.

Wednesday, December 9, 2015

Sessi nasik berlauk EngineMania di TTDI

Alhamdullilah semalam sempat gader2 dengan puak Ukm EngineMania teras jernang sempena kedatangan chiep engineer bernas, memey dan aspa yang dah pindah balik kl.
Tokey IT shiha pun ada untuk sessi berlauk kak wok yg femes di TTDI.

Enam bungkus langsai.

Tuesday, December 8, 2015

Jumpa x jenan

Tak sangka 2 minggu lepas terjumpa x jenan veteran 73 di andalas.
Brader ini yg ketiga x jenan di andalas.

Nasib baik aku pakai t shirt alumni.

Rupanya orang kuat MP kotaraja.

Saturday, December 5, 2015

Tinggal kenangan

Markaz ni dah sepi rupanya.
Sampai begini jadi bila dua ideologi dalam satu organisasi bergasak.

Aku sempat bertazkirah di sini masa zaman pre reformasi.  1997, 1998 rasanya. Lepas tu semuanya terpaksa ku tinggalkan bila dihantar outstation ke terengganu.  Dari satu site ke satu site sehingga hujung tahun lepas.

Begitu cepat masa berlalu.

roadmap DS zahid next PM11

Roadmap DS jahid to be next PM11 Recent prn johor results show that umno had completely  kill parti bersatu that stole their voters during p...