selamat tinggal 2019 dan selamat datang 2020.
aku mengharungi 2019 pasca sakit heart attack dan projek highway yang belum siap.
alhamdulilah jantung semakin baik tapi ada effect lain. mula2 suspect batu karang. kemudia kaki bengkak. dah selesai. untuk 2020 aku akan harungi drop of hemogglobin. punca masih samar. kemungkinan untuk membuat kolon procedur tak dapat aku elak nampaknya.
sementara itu kesihatan mak aku semakin merosot. semoga dia sihat kembali.
project?
sangat stressed bila dipikir. semua mitigation plan hancur dek kerana ada yang tak reti pasal projet dan menggunakan kuasa.
power without knowledge will lead to becoming fools.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Tuesday, December 31, 2019
Saturday, December 28, 2019
183. stressed
182. Stressed.
Kalau kerja tak stressed bukan constructionlah namanya.
Dari start mobilize, dapat site dan drawings stress dah Mula pening kepala datang.
Bila kerja Tak jalan lagi stressed. Dah start jalan Dan nak full swing tiba2 kena stop sebab tadak approval pun stressed.
Bila kerja Tak jalan lagi stressed. Dah start jalan Dan nak full swing tiba2 kena stop sebab tadak approval pun stressed.
Yang paling aku stressed bila balik dari cuti progress sikit saja.
Nak buat camno, sabaqlah Labu ooiii..
26.12.19
Pandan
Pandan
p/s : own photo after just back from year end holiday in Aloq Setaq
182. kesian kontraktor
182. Kesian kontraktor
Kesian kontraktor terpaksa tibai ja sini untuk siapkan kerja. Kalau lambat, Tak dapatlah CPC.
Tentu ada banyak lagi kes yang macam ni.
180. Notice project
180. Notice project.
Notice project ECRL kawasan pantai Timur dah Ada di iklan berita minggu Hari ni.
Tapi notice macam ni sebelum project start Tak Ada siapa yang peduli. Masa ni Tak komplain apa2.
Tapi bila project nak start, mulalah kacau developer Dan contractor komplain itu Dan ini. Mulalah tunjuk handal nak suggest Dan tukar macam2 bila design dah siap.
Inilah perangai orang Malaya.
Nota kaki :
Di Satu project entah berantah, group taman tu siap hantar memo kepada P. Minister of Malaya sampai consultant kena tukar design !!!!
Shame on you, ex high rank government officer.
Shame on you, ex high rank government officer.
22.12.2019
Alor setaq
Alor setaq
179. who are you
179. Who you are
Ulang tayang posting lama.
So true especially untuk current and future project manager.
- Project Manager* is a Person who thinks nine women can deliver a baby in One month.
2. Procurement manager* is a Person who thinks it will take 18 months to deliver a Baby.
3. Operations Head* is one who thinks single woman can deliver nine babies in one month if works harder.
4. Marketing Manager* is a person who convinces anyone that he can deliver a baby even if no man and woman are available.
5. Financial Budget* Team thinks they don't need a man or woman; they'll produce a child with zero resources.
6. Planning Team* thinks they don't care whether the child is delivered, they'll just document 9 months.
7. Quality Auditor* is the person who is never happy with a delivered baby.
8. HR Manager* is a person who thinks that... a Donkey can deliver a Human Baby - if given 9 Months.
9. Customer* is the one who doesn't know why he wants a baby….!!!!!
Jangan serius sangat.
18.12.2019
rawang
Thursday, December 26, 2019
Umsc lagi
27.12.2019 Aku ke sini lagi setelah appointment minggu lepas postponed.
Tapi results iron profile Tak memberangsangkan
Tuesday, December 24, 2019
22 tahun sudah berlalu
25.12.1997 - 25.12.2019.
Dah duapuluh Dua tahun bapak balik ke rahmatullah. Aku sentiasa rindu Kat dia.
Semoga bapak Aman di Sana.
Monday, December 23, 2019
Sunday, December 22, 2019
balik utara
Minggu ni balik utara.
Pertama Kali untuk tahun 2019 Ni balik dengan kereta. Masa bulan puasa balik dengan flight untuk berbuka puasa dengan family kampung paya.
Pertama Kali untuk tahun 2019 Ni balik dengan kereta. Masa bulan puasa balik dengan flight untuk berbuka puasa dengan family kampung paya.
Balik Kali ni otw Ada tiga kenduri yang plan nak attend. Yang pertama di kulim rumah zainal jenan84 best student kami dulu. Kedua-dua pengantin anak murid ummi di KISAS. Nasib baik exit tol Jawi. Kalau Tak tentu kena jammed di highway.
Kenduri kedua di IPG Bainun, anak murid ummi celebrity imam. Sebelum sampai Ada dugaan di jalan short cut kampung lembu yang tanah runtuh.
Disebabkan itu, kami dah Tak dapat kejar untuk kenduri anak Wadi di alor setaq. Ini juga kenduri kahwin anak sulungdia.
Tahniah untuk pengantin dan parents mereka.
Disebabkan itu, kami dah Tak dapat kejar untuk kenduri anak Wadi di alor setaq. Ini juga kenduri kahwin anak sulungdia.
Tahniah untuk pengantin dan parents mereka.
Thursday, December 19, 2019
belasungkawa
Belasungkawa
Hari Ni 20.12.2019 pada pukul empat setengah pagi tiba2 dapat talipon dari abang sepupu, azmi yang memberitahu Wa kami telah pulang ke rahmatullah.
Wa adalah isteri Wa Hamid, abang arwah bapa yang berusia 81 tahun. Dia bed ridden selama ini setelah terjatuh.
Setelah Mandi aku terus ke sg way. Bila sampai belum masuk waktu subuh, aku Dan abang Mi terus ke masjid untuk solat subuh berjamaah.
Wa telah seminggu Tak lalu makan Dan batuk2 Dan habis umur antara pukul Dua hingga empat pagi.
Innalillilah.
Allahumagfirlaha warhamha
orang Aloq staq datang melawat
Alhamdulliah ahad minggu lepas, my only brother datang melawat ke Klang.
sempat la jamu masak lodeh dengan ayam kampung.
sempat la jamu masak lodeh dengan ayam kampung.
Tuesday, December 17, 2019
178. Lampu isyarat tanpa wayar
178. Lampu isyarat tanpa wayar.
Ini innovation dari luar negara.
Belum nampak lagi yang macam ni di Malaya kita. Kalau pasang Kat site Kita, agak-agak boleh selamat ka?
Selamat mencuba.
177. Jambatan runtuh
177. Jambatan runtuh.
Sebagai pembuat jambatan, sedih Aku tengok berita ni. Lagi2 berlaku di Malaya kita.
Bukan senang nak naikkan jambatan, dah sampai stage beam runtuh pulak.
Moga yang lain2 yang tengah construction selamat.
14.12.2019
Tasek permai
Tasek permai
Friday, December 13, 2019
176. cuti
176. Cuti
Cuti adalah hak pekerja berdasarkan kepada syarat2 tertentu syarikat. Ada minimum yang digazetkan oleh kerajaan.
Kerja di hari cuti public holiday, pekerja boleh menuntut hari ganti untuk yang tidak layak mendapat overtime.
Kerja di hari cuti public holiday, pekerja boleh menuntut hari ganti untuk yang tidak layak mendapat overtime.
Namun begitu Ada beberapa habit yang Tak baik untuk diamalkan. Habit yang Tak baik, bila selalu diamalkan menjadi attitude problem.
Yang pertama menambah lagi cuti tanpa alasan yang munasabah. Alasan direka Dan ditambah kemudiannya. Kalau terlajak hari isnin, orang panggil Monday blues. Walaupun alasan iklas tapi bos majority Tak percaya sangat.
Yang kedua adalah cuti tiba2 atau emergency. Ini adalah cuti yang tak dirancang dan terpaksa ambil. Kalau alasan munasabah, selalunya okey tapi kalau alasan jem Dan tak terbangun tidur, alamatnya kenalah show cause letter.
Yang kedua adalah cuti tiba2 atau emergency. Ini adalah cuti yang tak dirancang dan terpaksa ambil. Kalau alasan munasabah, selalunya okey tapi kalau alasan jem Dan tak terbangun tidur, alamatnya kenalah show cause letter.
Cuti sebenarnya boleh dirancang tapi bila project tengah rush nak disiapkan cuti2 dibekukan atas alasan untuk lebih fokus.
Yang Tak sedapnya bila Kita tahan cuti, sampai hujung tahun banyak pulak cuti. Company pulak tiba2 lupa Hal beku, diugutnya kalau tak habiskan, tahun depan di tolak Dan Tak boleh carry forward. Bila apply nak habiskan, banyak pulak soalan yang Kita sendiri kena jawap.
Masa ni HR dah dah lari entah ke Mana.
13.12.2019
Tasek permai
Tasek permai
176. High performance team
176. Opposite of High performance team.
Nota lama terjumpa. Good as reminder.
Top 10 things you should not do in a high performance team:
10. Unclear goals and plans;
9. Have unproductive meetings;
8. Vague roles for team members;
7. Deadlock;
6. Exhibit ineffective team leadership;
5. Encourage negative relationship;
4. Poor communication;
3. Inefficient operation;
2. Engage in conflict;
1. Being a problem instead of problem solver.
9. Have unproductive meetings;
8. Vague roles for team members;
7. Deadlock;
6. Exhibit ineffective team leadership;
5. Encourage negative relationship;
4. Poor communication;
3. Inefficient operation;
2. Engage in conflict;
1. Being a problem instead of problem solver.
175. No 1 vs no 2
175. No 1 vs no 2
Kecoh malam ni politics Malaya bila bos no 1 sebuah parti bergasak dengan no 2.
Dalam project, bila kes macam Ni jadi, kelancaran project boleh terganggu. Keadaan lagi teruk bila staff bawah pun ambik sikap memihak. Entah arahan siapa nak ikut pun Tak tahu. Objective nak siapkan project pun terganggu.
Lama2 orang bosan terus belah Dan Cari kerja lain.
Lama2 orang bosan terus belah Dan Cari kerja lain.
Perangai politics ni Tak boleh ada dalam site project kalau nak siap cepat.
7.12.2019
Redzai Guesthouse, Rhu Rendang
Redzai Guesthouse, Rhu Rendang
174. Precast cross head
174. Precast cross head.
Semalam kami lancarkan ( orang putih kata launching ) segment S1 yang terakhir di project setelah yang pertama setahun yang lalu. Ada lagi segments jenis S2/S3 sebanyak tiga puluh empat nos Baki.
Banyak masalah masa segment pertama di lancarkan dulu. Cross head Tak boleh masuk cantik gara2 rebar yang terkeluar. Rebar kena repair Dan berbagai lagi.
Ini adalah cross head yang pertama Aku terlibat yang menggunakan kaedah precast. Aku sangat teruja sekali semasa menyediakan method statement kaedah ini.
Kaedah sebelum ini adalah cross head tradisi cast in situ. Untuk urban area, kaedah ini sangat sesuai cuma prosesnya bersangkut antara Satu sama lain dan memerlukan coordination tahap tinggi dengan perkara lain macam column, launching, infill Dan stressing.
Kalau Tak ia jadi kisah aku tunggu kau, kau tunggu Aku.
Kaedah sebelum ini adalah cross head tradisi cast in situ. Untuk urban area, kaedah ini sangat sesuai cuma prosesnya bersangkut antara Satu sama lain dan memerlukan coordination tahap tinggi dengan perkara lain macam column, launching, infill Dan stressing.
Kalau Tak ia jadi kisah aku tunggu kau, kau tunggu Aku.
Next sebelum retired, harap dapat buat tiang atau column precast pulak.
Selamat bercuti.
6.12.2019
Andalas
Andalas
173. Delay tactics
173. Delay tactics.
Delay tactics atau melambat-lambatkan permainan adalah strategy turun temurun yang masih diamalkan sampai sekarang. Ada yang menjadi, banyak yang tak menjadi dan mendatangkan mudarat yang lebih besar.
Dalam construction project, semua mengamalkannya, baik authority, client, consultant, main dan subcontractor.
Authority selalu melambat-lambatkan approval sesuatu application. Samada red tape atau Ada orang nak menangguk di Ayer Keroh. Client pun sama terutama dalam approval variation order. Kaedah ni lagi bahaya bila kerja vo siap, bayar percentage yang sikit, kemudiannya minta dokument tambahan dan last sekali minta nego. Lagi parah bila kena offer take it or leave it. Tinggal abu orang yang buat kerja.
Authority selalu melambat-lambatkan approval sesuatu application. Samada red tape atau Ada orang nak menangguk di Ayer Keroh. Client pun sama terutama dalam approval variation order. Kaedah ni lagi bahaya bila kerja vo siap, bayar percentage yang sikit, kemudiannya minta dokument tambahan dan last sekali minta nego. Lagi parah bila kena offer take it or leave it. Tinggal abu orang yang buat kerja.
Consultant pulak bila nak issue new drawings atau instructions yang Tak ada dalam kontrak buat2 slow dan kata Tak dapat approval client Dan minta buat dulu.
Last sekali main contractor pun terpaksa compile semua alasan2 dan bagitau subcontractor. Kalau total sub, lagi parak subcon tu. Macam2 orang Cari minta payment. Last option dia delaykan kerja atau stop terus sebab gaji workers pun dan banyak bulan Tak bayar.
Walaupun macamtu, masih ramai orang nak jadi kontraktor.
Ajaib.
5.12.2019
Ampang
Ampang
172. Cerita bos
170. Cerita Bos
Semalam Ada kawan cerita pasal bos di tempat kerja dia.
Katanya bos tu dah berperangai lain macam, marah staff tak tentu pasal dan hal tu bukan salah diaorang pun.
Aku kata ni munkin kes sindir anak pukul menantu. Dia marah sorang saja, munkin assistant dia tapi di belasahnya Satu team.
Keduanya management skills dia tu memang out dan tak boleh nak repair lagi. Manuasia adalah sangat complex dan Humans management ni sangat penting bila menguruskan group manusia yang pelbagai latarbelakang.
Last sekali, anggaplah ini adalah pelajaran amali yang tak di ajar di mana2 management school.
3.12.2019
Taman putra
Taman putra
171. Nama siapa nak letak ni
171. Nama siapa nak letak ni
Semalam terjumpa article yang menarik ni.
Dia mencadangkan setiap jalan yang siap di letakan kontraktor yang menyiapkannya. Kalu betui2 buat memang gempak terutama bila jalan atau Jambatan tu Ada masalah.
Kalau highway bertol tu Kita tau Sapa punya tapi bila jalan biasa semua Kita paw JKR punya.
Tapi amalan ni pernah di buat oleh British yang meletak plet nama designer di tiap2 jambatan yang dibuat. Salah Satu yang aku pernah tengok di Klang adalah Coughnout bridge yang melintasi sungai klang tepi stesyen TNB. Selain dari jambatan untuk kereta, dia juga design untuk jambatan keretapi.
2.12.2019
Ampang
Ampang
170. Perbezaan pendapat
Tadi Masa kenduri kahwin anak staff company lama, Tak sangka bertembung dengan beberapa otai construction.
Satu tokey dan ex head company termasuk Aku. Tapi aku belum otai lagi.
Perbezaan pendapat kadangkala boleh menimbulkan perbalahan besar. Tapi kalau di uruskan dengan cara yang lebih civilized, keadaan akan jadi lebih baik dan cantik.
Pengalaman dan masa juga akan merubah pandangan dan tindakan Kita.
30.11.2019
Subscribe to:
Posts (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...