Dari ustaz Kami, UST zulfikar.
*Pengenalan Ringkas Usul Tafsir*
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله, والحمد لله الصلاة والسلام على رسول الله
Pada sudut istilah di dalam ilmu tafsir Al Quran, ia beerti keterangan yang memberi penjelasan tentang makna-makna Al Quran. Makna tafsir yang diertikan sebagai penjelasan atau keterangan sebagaimana yang terdapat di dalam Al Quran.
Surah Al-Furqan, Verse 33:
وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيرًا
Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).
Mempelajari tafsir adalah wajib berdasarkan firman Allah Ta‘ala :
Surah Sad, Verse 29:
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah Ta‘ala telah menerangkan hikmah penurunan al-Quran, iaitu supaya manusia meneliti (tadabbur) ayat-ayatnya dan mengambil iktibar daripada isinya.
Tadabbur ialah penelitian lafaz-lafaz supaya dapat sampai ke maksudnya.
Surah Muhammad, Verse 24:
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah Ta‘ala mencela orang yang tidak meneliti al-Quran. Allah Ta‘ala menerangkan bahawa perbuatan ini merupakan kesan daripada hati yang telah dikunci dan kebaikan tidak dapat sampai kepadanya.
Para salaf (generasi terdahulu) telah merintis jalan yang wajib ini. Mereka mempelajari lafaz-lafaz dan maksud-maksud al-Quran kerana dengan ini mereka dapat beramal dengannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Ta‘ala.
Abu Abdul Rahman al-Sulami r.h. telah berkata :”Mereka yang telah mengajar kami al-Quran seperti Uthman bin Affan, Abdullah bin Mas’ud dan lain-lain telah memberitahu kami bahawa dahulu apabila mereka mempelajari sepuluh ayat daripada Nabi s.a.w., mereka tidak akan menambah sehinggalah mereka mempelajari kandungannya samada ilmu ataupun amalan. Mereka berkata, “Dengan itu kami telah mempelajari al-Quran, iman dan amalan sekaligus.”
Tafsir al-Quran adalah salah satu daripada perkara yang Allah Ta‘ala ambil pengakuan para ilmuan supaya menjelaskannya.
Tujuan pengajian tafsir ialah untuk sampai ke matlamat terpuji dan memetik hasil-hasil suci iaitu membenarkan berita-berita al-Quran, mengambil faedah daripadanya dan melaksanakan hukum-hukumnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Ta‘ala.
Wallahu a'lam