Friday, October 6, 2017

Manhaj / kaedah tafsiran

Dari WA ustaz zulfikar.

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  الصلاة والسلام على رسول الله

Tujuan mempelajari Tafsir Al Quran

Tujuan mempelajari Tafsir Al Quran adalah untuk membenarkan serta mengimani berita-berita yang dikhabarkan oleh al-Quran, mengambil faedah daripadanya dan melaksanakan hukum-hukumnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Ta‘ala.

Oleh itu ia perlu melalui pintu dan jalan yang dapat menghantarkannya kepada matlamatnya, maka dengan itu ia akan selamat dan berjaya serta dia akan sampai kepada tempat tujuannya.

Para ilmuan di dalam bidang Tafsir Al Quran telah memberikan kepada kita beberapa kaedah atau manhaj/metodologi dan panduan yang terpenting untuk menafsirkan Al Quran.

1.Tafsiran Al Quran dengan Al Quran
2.Tafsiran Al Quran dengan Tafsiran Nabi s.a.w.
3.Tafsiran Al Quran dengan Tafsiran Sahabat r.a. ajma’in
4.Tafsiran Al Quran dengan Tafsiran Tabi’in dan Itba’ At Tabi’in
5.Tafsiran Al Quran dengan Bahasa Arab dan kaedahnya

Penjelasan Imam Ibnu Kathir r.h. :

“Penafsiran al Quran dengan Al Quran. (Kerana) apa yang mujmal (lafaz atau perkataan yang umum) di sesuatu tempat, maka sesungguhnya ia telah ditafsirkan di tempat yang lain, dan apa yang telah diringkaskan pada sesuatu tempat maka sesungguhnya ia dijelaskan di tempat yang lain.”

a.Kalimah permohonan taubat Nabi Adam a.s. :

Surah Al-Baqara, Verse 37:
فَتَلَقَّىٰ آدَمُ مِن رَّبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

Kalimat taubat ini ditafsirkan pada ayat dan surah yang lain, dengan firman-Nya :

Surah Al-Araf, Verse 23:
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

b.Pengertian wali-wali Allah

Surah Yunus, Verse 62:
أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Perkataan “auliya’ Allah” (Wali-wali Allah) telah ditafsirkan sendiri oleh Allah selepas ayat itu ( Yunus 10:63)

Surah Yunus, Verse 63:
الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.

Wallahu a'lam

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...