Thursday, October 12, 2017

Penafsiran al Quran

Dari ustaz zulfikar WA grup.

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran (2a)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  الصلاة والسلام على رسول الله

Telah jelaskan kaedah yang pertama iaitulah penafsiran Al Quran dengan Al Quran dan fungsi dan tugas baginda Rasulullah s.a.w. sebagai penafsir Al Quran dengan dinamakan sebagai As Sunnah.

Kerana itu Asy Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah mengatakan :

“Tafsiran yang sudah pasti menepati kehendak Allah Ta’ala secara qat’I hanyalah tafsiran Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah Ta’ala dan diberikan wahyu oleh Tuhannya.” 

Pengertian As Sunnah

As Sunnah juga dinamakan sebagai Al Hadith. Menurut para ilmuan, As-Sunnah atau Al Hadith ini, menurut dari istilah syari’at ialah segala sesuatu yang bersumber dari Nabi s.a.w., sama ada perkataan, perbuatan, taqrir dan sifat.

Yang dimaksudkan dengan As Sunnah yang dibincangkan adalah sebagai tasyri’ (sumber pensyari’atan) bagi ummat Islam.

Di antara contoh-contoh penafsiran Al Quran dari As Sunnah Rasulullah sa.w. :

1. Contoh yang paling jelas kepada kita tentang solat. Di dalam Al Quran, kita akan dapati banyak ayat yang memerintahkan kepada kita agar kita mendirikan solat. Kerana itu baginda s.a.w. bersabda di dalam hadith yang sahih : “Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku bersolat.”

2. Penafsiran tentang yang dimaksudkan “zalim” di dalam surah Al An’am pada ayat yang ke 82. Di mana ditafsirkan oleh baginda s.a.w. sebagai syirik seperti yang disebutkan Al Quran di surah Luqman ayat yang ke 13.

Masih terdapat banyak lagi tafsiran dari As Sunnah untuk dijadikan sebagai contoh.

Wallahu a’lam.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...