Saturday, October 28, 2017

Kaedah tafsir 5

Dari WA ustaz zulfikar.

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran (5)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  الصلاة والسلام على رسول الله

Kaedah yang kelima: Tafsiran Al Quran dengan bahasa arab.

Untuk menggunakan kaedah penafsiran Al Quran dengan menggunakan bahasa arab ini, hendaklah seseorang itu menguasai kaedah-kaedah yang digunapakai dalam bahasa arab itu sendiri.

Berkata Imam Ibnu Jarir At Thobari r.h. :

“Bahawa daripadanya (kandungan ayat-ayat Al Quran tersebut) apa yang diketahui takwilan/penafsirannya oleh setiap orang yang memiliki ilmu pengetahuan dengan bahasa yang telah diturunkan dengannya Al Quran (bahasa Arab). Dan demikian itu (di dalam bahasa arab yang diketahui oleh mereka) dalam masaalah I’rabnya, dan pengetahuan tentang penamaan  nama-namanya yang lazim yang tidak berkongsi maksud padanya dan pengetahuan (tentang sesuatu) yang disifatkan dengan sifat yang khusus yang tidak dimiliki oleh sesuatu yang lain, sesungguhnya demikian itu (makna-makna dari bahasa arab) diketahui oleh setiap orang yang ahli di dalam bahasa arab.”

Asy Syeikh Muhammad Soleh Al Uthaimin r.h. dengan kata beliau :

Sekiranya maksud syara’ bercanggahan dengan maksud bahasa Arab, maka maksud syara’ lebih diutamakan, kerana Al Quran diturunkan untuk menerangkan syara’ bukannya untuk menerangkan bahasa Arab kecuali sekiranya ada dalil yang mengutamakan maksud bahasa Arab.

Wallahu a’lam.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...