hari ini aku akan tinggalkan bosnia. entah kemari lagi entah tidak. biar tuhan saja yang menentukan. semuanya mempunyai sebab musabab yang kita tidak tahu.hanya kadang-kadang kita diberi ilham kenapa sebabnya untuk lebih mengingatinya.
dulu aku begitu lemah bila diberitahu kena datang sini.apatah lagi masalah yang menanti. lagi lemah bila tiba dah lihat sendiri apa yang berlaku.macam tak percaya begitulah perangai manusia. ada yang terlalu kelaparan wang, dibelasah apa saja tanpa mengira halal haram, dosa dan pahala. semua di buat atas dasar nafsu jahat yang tidak pernah surut.tiada perkiraan syurga dan neraka lagi. peraturan manusia di tolak ketepi bila nafsu menjadi raja. baik tuannya,baik pengikutnya. salah menyalah berlaku.tepis menepis berlaku.semuanya atas perkiraan dunia.
moga kita dijauhkan dari sifat-sifat buruk ini.
tapi setelah hampir lima bula, ada banyak uniknya bumi ini. ada sebabnya kenapa tuan agama memilih tanah ini sebagai penyambung hayat islam di eropah setelah muslim sepanyol dilenyapkan yang tidak bangkit-bangkit lagi sampai sekarang.
walaupun bumi bosnia sentiasa bergolak.silih berganti penjajahnya tapi islam tetap hidup kembali.walaupun peraturan agama dah ditinggalkan tapi ingatan mereka terhadap islam masih belum padam.
peringatan tuhan dalam bentuk perang sentiasa kembali menghidupkan agama di sini.islam berulang-ulang kembali subur.
kenapa? adakah kerana orang-orangnya? adakah kerana siapa penyebarnya?
hanya tuan kepada agamanya sahaja yang mengetahui.
tapi aku masih mengharap islam kembali disini sementara hayat aku masih ada walaupun perjalannya amat sukar dan berliku sekali.
allahimanet bosnia! sarajevo ! kota sara !
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Tuesday, June 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
Selamat Kembali ke Tanahair
ReplyDeletealhamdullilah.
ReplyDeletetapi nampak gayanya kena balik bosnia lagi.
ada kes arbitration GK dgn franky......
Ulang alik takpe jangan dok sana berbulan2 tak dibagi balik...
ReplyDelete