Monday, June 8, 2009

islam itu bersaudara

hari ahad semalam kami berpeluang ke rumah pasangan muslim bosnia yang sangat komited kepada cara-cara hidup islam di tengah kota sarajevo yang mula menampakan gelaja sosial yang membimbangkan. walaupun mereka kandangkala sangat sukar dek kerana persekitaran yang tidak berapa membantu, tetapi keazaman pasangan ini unuk terus menghayati cara hidup islam disini sangat mengkagumkan. kami juga disertai oleh keluarga abang kepada pasangan ini yang telah belajar bahasa arab di negara saudi selama enam tahun.
layanan terhadap kami dengan makanan tradisional sini amat hebat sekali. masakan kali ini benar-benar bercitarasakan bosnia yang tiada di restoran-restoran.
tapi yang lebih menyentuh perasaan adalah bukan kerana makanan yang dimasak itu sedap tetapi adalah perkenalan sesama saudara seislam. mereka amat menghayati kata-kata nabi yang islam itu bersaudara. begitu kuatnya kalimah tiada tuhan melainkan allah. dari dua benua yang berbeza tetapi didekatkan dengan islam yang benar-benar menyentuh perasaan.terasa tiada halangan, syak wasangka bila bersama-sama mereka. di malaya pun kadang-kadang tiada rasa yang begini walaupun sudah kenal lama.

semoga allah sentiasa melindungi kalian di bumi yang sentiasa penuh dengan bara ini.

No comments:

Post a Comment

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...