minggu lepas kami menginap di hotel talal dekat old town barsharsha. harganya paling murah iaitu 40 euro tapi kena panjat bukit sebelum sampai. pemandu teksi pun tak jumpa hotel ini.tapi dek kerana nak senang membeli-belah sabar sajalah ( bosnia kata 'sabur').
ada dua perkara menarik kat hotel yang baru tiga bulan dibuka.
pertama tiada arak disini. dari perbualan kami dengan tuan punya, mereka memang tidak mahu arak di dihidangkan disini. yang menariknya kebanyakkan hotel-hotel lain mneyediakan arak dan hotel ini masih melawan arus walaupun akan kehilangan pelanggan nanti. ramai yang menalifon mereka dan membatalkan bila arak tidak disediakan.
kenapa ramai percaya dengan menjual arak maka perniagaan akan laku? kat malaya pun sama.
arak telah menjadi cara hidup orang-orang di sini.ianya bermula bila bosnia di takluk oleh puak-puak austria-hungaria. kilang arak tempatan dibuka dan akhirnya menjadi minuman utama yang sangat sukar di hilangkan kecuali mereka yang telah ada iman dan azam yang sangat-sangat kuat. walaupun di malaya tidak macam sini keadaanya tetapi tak mustahil berlaku satu hari nanti kerana persamannya ada.
macamnana nak bagitau dan bagitau dan bagitau orang-orang islam yang arak itu haram dan tidak baik walaupun dia tahu yang arak itu haram.
kalau orang islam pun sukar kita nak bagitau, macamana nak bagitau ornag yang bukan islam.
tolong pikir-pikirlah anak-anakku......
keduanya, tuan punya hotel ini adalah seorang wanita berusia 30 tahun yang telah mempunyai dua orang anak.wanita-wanita di sini memang bersemangat dan berdikari.kadangkala lebih maju dari lelaki.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Tuesday, June 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
No comments:
Post a Comment