yang menarik perhatian aku semasa perjalanan adalah penyediaan bilik solat di airport vienna dan bangkok. puak-puak kafir ini pun ingat akan kepentingan muslim untuk bersolat walaupun entah apa tujuannya.
austrian dan thai airways juga menyediakan makanan khas untuk orang muslim.tapi kenalah pesan awal-awal.

photo 1 : muslim prayer room di bangkok airport,level 4
photo 2 : prayer room di vienna airport
walaupun tempat sembahyang ini tidak seperti di malaysia, tetapi untuk orang-orang yang nak bersolat akan memudahkan lagi.cuma di vienna, nak berwuduk agak susah dan perlu ke tandas manakala di bangkok, tempat wuduk disediakan.
kalau difikirkan, orang kafir yang macam di atas ada yang ingat nak sediakan tempat solat muslim tapi di malaysia ada juga majikan yang liat ( termasuk tokeh muslim )nak sediakan untuk staf-staf muslim.
mereka ingat rugi tempat la, tak memaksimumkan kawasan dan entah apa-apa lagi alasan.
bila masuk kubur nanti baru tahu betapa sempitnya bila tiada sebarang amalan di dunia.
tapi bila wang menguasai diri tu lah jadinya......
betul tu..banyak kompeni Islam tak sediakan surau utk staff..suruh tumpang surau public...
ReplyDelete