semasa dalam perjalanan balik dari travnik ke sarajevo pada hari ahad lepas, kami singgah di sebuah mesjid di visoko yang sekarang dikenali sebagai sherefudin white mosque. rekabentuk mesjid ini memang lain dari yang lain samada di bosnia atau mana2 tempat lain. konsep yang dibawa oleh arkitek lagi menarik.
mesjid ini asalnya dibina pada tahun 1477. dibina semula pada zaman komunis yugoslavia pada tahun 1980. arkiteknya adalah zlatko ugljen dan pengukirnya adalah ismet imamovic.
idea mesjid ini bermula dari berkhalwatnya nabi s.a.w di gua hira'. dan juga pemisahan antara dunia dan akhirat.
masjid ini berada di bawah aras tanah.masa sebelum masuk dikatakan alam dunia, kemudian bila masuk berada di alam akhirat. ada kubur juga semasa kita melangkah masuk di tepi laluan.bila masuk seolah-olah kita melangkah kealam kubur dan disitu tiada apa yang dapat menyelamatkan kita kecuali iman dan amalam-amalan kita didunia.
kalau baik selamat, kalau tidak sebaliknya.dibalun sampai hari kiamat.
di dalamnya pula tiada tingkap,seolah-olah di gua (hira'). ada lubang kecil yang di buat pada bumbung yang boleh menandakan masuk waktu solat berdasarkan cahaya matahari.
mengikut pak imam, bom pernah jatuh dalam mesjid ini masa perang tapi dengan kuasa allah tidak meletup langsung.
pada 1983, masjid ini mendapat anugerah aga khan atas idea yang kreatif. pada 2007 baru-baru ini, ia mendapat penghargaan dari hungary sebagai salah satu tempat ibadat yang menarik di eropah.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Tuesday, June 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
No comments:
Post a Comment