Sunday, October 29, 2017

Cerita tol

Salah satu berita pasal mansuh tol Hari ni.

Semua bersorak gumbira.

Aku mula kerja dulu membuat highway bertol, Plus package Ipoh ke simpang pulai pada 1992.

Ingat apa janji masa pelobi2 tol Dan orang Yang Di puncak kuasa masa tu?

'highway tol ni konsesi selama 25 tahun saja, lepas tu tol dimansuhkan'.

What happened next?

Highway bertol kemudianya bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan Dan Aku berpeluang berkerja membuat lagi highway bertol.
Sampai uncle Sammy pun digelar'menteri tol'.

25 years later only few tolls abolished but more on extension. Until my retirement, toll free will only be in my dreams.

Masa negara sedang membangun, kaedah berbayar oleh public adalah Salah satu Cara untuk experdite Pembangunan tapi bila ianya dilihat sebagai satu Cara mendapat Wang Dan Wang, Aku tak pikir ianya sesuai.

Tepuk dada Tanya selera.  !!!!!!!!

Saturday, October 28, 2017

Kaedah tafsir 5

Dari WA ustaz zulfikar.

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran (5)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  الصلاة والسلام على رسول الله

Kaedah yang kelima: Tafsiran Al Quran dengan bahasa arab.

Untuk menggunakan kaedah penafsiran Al Quran dengan menggunakan bahasa arab ini, hendaklah seseorang itu menguasai kaedah-kaedah yang digunapakai dalam bahasa arab itu sendiri.

Berkata Imam Ibnu Jarir At Thobari r.h. :

“Bahawa daripadanya (kandungan ayat-ayat Al Quran tersebut) apa yang diketahui takwilan/penafsirannya oleh setiap orang yang memiliki ilmu pengetahuan dengan bahasa yang telah diturunkan dengannya Al Quran (bahasa Arab). Dan demikian itu (di dalam bahasa arab yang diketahui oleh mereka) dalam masaalah I’rabnya, dan pengetahuan tentang penamaan  nama-namanya yang lazim yang tidak berkongsi maksud padanya dan pengetahuan (tentang sesuatu) yang disifatkan dengan sifat yang khusus yang tidak dimiliki oleh sesuatu yang lain, sesungguhnya demikian itu (makna-makna dari bahasa arab) diketahui oleh setiap orang yang ahli di dalam bahasa arab.”

Asy Syeikh Muhammad Soleh Al Uthaimin r.h. dengan kata beliau :

Sekiranya maksud syara’ bercanggahan dengan maksud bahasa Arab, maka maksud syara’ lebih diutamakan, kerana Al Quran diturunkan untuk menerangkan syara’ bukannya untuk menerangkan bahasa Arab kecuali sekiranya ada dalil yang mengutamakan maksud bahasa Arab.

Wallahu a’lam.

Kaedah tafsir 4

Dari WA ustaz zulfikar.

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran (4)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  الصلاة والسلام على رسول الله

Kaedah yang keempat : Tafsiran Al Quran dengan tafsiran para tabi’in dan itba’u at Tabi’in.

Imam Ibnu Kathir r.h. meneruskan kalamnya, dengan kata beliau r.h. :

“Apabila engkau tidak mendapatkan tafsiran Al Quran dengan Al Quran, dan tidak juga engkau dapati (tafsiran Al Quran) di dalam As Sunnah, dan tidak juga engkau dapati (tafsiran Al Quran) dari para sahabat r.a., maka sesungguhnya kebanyakan para Imam telah merujuk kepada pendapat-pendapat (tafsiran-tafsiran) para Tabi’in seperti Mujahid bin Jabar.”

Madrasah para sahabat :

a. Di Mekah : Ibnu ‘Abbas r.a.
b. Di Madinah : Ali bin Abi Tolib dan Ubai bin Ka’ab r.a.
c. Di Iraq : Abdullah bin Mas’ud r.a.
d. Di Syam : Abu Darda’ Al Ansari r.a.
e. Di Mesir : Abdullah bin Amru bin Al ‘As r.a.
f. Di Yaman : Mu’az bin Jabal dan Abu Musa Al Asy’ari r.a.

Di antara ahli tafsir dari kalangan para tabi’in ialah : Mujahid bin Jabar, Said bin Jabir, Ikrimah, Ata’ bin Abi Rabah, Hasan Al Basri, Masruq bin Al Ajda’, Said bin Musiyyib, Abu ‘Aliah, Qatadah dan ramai yang lainnya. Yang mana sebahagian mereka ada yang lebih utama dari yang lain dan tabi’u At tabi’in sesudah mereka r.h.

Penafsiran-penafsiran yang disandarkan kepada tafsiran-tafsiran yang dinyatakan dari kaedah yang pertama sehingga yang keempat ini dikategorikan sebagai Tafsir bil Ma’thur.

Wallahu a’lam.

Sanah helwah mak

28.10.2017 adalah hari lahir mak.

Sanah helwah mak.
Semoga sihat sejahtera dan di rahmati Allah selama-lamanya.

Terimakasih adikku menceriakan mak dengan sebiji kek yang nilainya terlalu kecil dengan pengorbanan mak terhadap kami adik beradik.

Sunday, October 22, 2017

Lecturer jamal

Hari ni terpandang nama yang sangat familiar. Macam lecturer geoteknik di ukm tapi dah jadi datuk dan developer yang berjaya.

Saturday, October 21, 2017

Patutla penat

Setelah berbelas tahun tak attend interview untuk kerja baru, petang Hari jumaat baru ni gagahkan diri untuk hadir Di Damansara Jaya dengan company spring energy setelah Di pujuk oleh headhunter.

Yang nak cerita ni bukan sangat pasal interview tapi pasal shortage project manager Dan attitude enginiar 2 baru. Rupanya company tu pun mengalami masalah Yang Sama. End up Bo's kena kerja lebih teruk walaupun dah Ada team kat site.
Daripada interview dah jadi sharing sessions dengan GM Dan AGM construction company tu.

Patutla Aku memang terasa penat sangat bila dah five series ni. Dah Aku tak kesaorangan.

So, what's next?

Tuesday, October 17, 2017

Lupa agama

Pagi tadi dengan youtube tafsir surah taubah ayat 71 - 74 oleh ustaz sam berkenaan seorang sahabat rasul yang mulanya miskin sehingga terpaksa share pakaian dengan isteri untuk solat.

Setelah beberapa kali memujuk rasul untuk doakan supaya dia diberi kekayaan. Setelah rasul berdoa dan memberi seekor kambing jantan dan betina untuk memulakan perniagaan. Bila semakin maju, sahabat tersebut makin lupakan solat di mesjid, pindah jauh dari mesjid dan akhirnya tak mahu membayar zakat. 
Bila kemudiannya dia hendak bayar zakat dan rasul tidak terima atas arahan Allah, hidupnya menjadi tidak tenang sehingga dia meninggal di zaman saidina umar.

kisah atas mengingatkan aku akan kesebokan di zaman sekarang terutama aku dahulu yang sangat mengejar kerjaya dan menyiapkan projek. Dalam saat itu banyaklah amalan yang tertinggal dan tidak dapat dibuat lagi.

Saturday, October 14, 2017

Sahabat che Jo

Kami mula kenal bila aku joint company yang ketiga dalam karier aku. Masa aku tengah siapkan projek pertama, dia dah ke India walaupun masa aku interview dia adalah head of company.
Kami mula baik masa projek di besut. Kira sama2 alumni India walaupun tak pernah kerja sama di sana.
Dia adalah seorang yang memahami aku. Kami bertambah rapat bila aku tumpang rumah dia bila balik dari bosnia berkerja di melaka.
Lepas tu banyak tribulasi yang kami lalui bersama terutama bila aku terpaksa fulltime di batupahat dimana aku menyaksikan saat2 dia sangat stress.
Setelah aku berhenti, kami selalu jumpa bercerita pasal mamahami dan mengenali pencipta kepada manusia dan segala isi dunia.

Sahabat Wan

Kali ni nak cerita pasal sahabat ni.
Dia seorang dari background pondok dan belajar di syiria.
Tapi bila malaya dia terlibat dalam dunia construction untuk membantu abang dia dalam kerja-kerja landscape.
Kami mula kenal masa projek sri damansara interchange bila dia mula sub contract untuk kerja landscape.
Sebagai orang yang mempunyai ilmu agama tahap tertinggi dan terjebak dalam dunia construction yang penuh dengan subhah dan aktiviti yang sangat meragukan. Munkin Allah nak bagi pengalaman langsung kat dia. Kemudian terlibat dalam bidang jual susu dari new zealand.
Alhamdullilah masih kuat dan bertahan. Kami selalu jumpa dan bincang hal berkaitan umat, terutama tentang ilmu al quran yang menjadi minat bersama.
Satu perkara yang sangat aku tertarik bila dia bagitau yang guru quran dan tafsir di syiria bukan semata-mata ustaz macam di malaya tapi dari berbagai2 background macam engineer, peniaga dan lain2. Mereka mengajar dengan percuma hingga kitab dan duit pun diaorang bagi kat student2.
Sangat menarik sistem di sana.

Macamana mereka melakukannya?
Rupanya mesjid atau surau menjadi tempat orang pergi belajar. Tak kira tua atau muda. Guru yang mahir akan sentiasa ready untuk memberi ilmu. Kalau tak boleh di mesjid, pelajar boleh ke kedai atau di mana2 yang guru boleh. Tiada protokol, kelas atau masa2 tertentu.
Penadahan ilmu terjadi dengan begitu marak dan mudah sekali.

Thursday, October 12, 2017

Penafsiran al Quran

Dari ustaz zulfikar WA grup.

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran (2a)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  الصلاة والسلام على رسول الله

Telah jelaskan kaedah yang pertama iaitulah penafsiran Al Quran dengan Al Quran dan fungsi dan tugas baginda Rasulullah s.a.w. sebagai penafsir Al Quran dengan dinamakan sebagai As Sunnah.

Kerana itu Asy Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah mengatakan :

“Tafsiran yang sudah pasti menepati kehendak Allah Ta’ala secara qat’I hanyalah tafsiran Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah Ta’ala dan diberikan wahyu oleh Tuhannya.” 

Pengertian As Sunnah

As Sunnah juga dinamakan sebagai Al Hadith. Menurut para ilmuan, As-Sunnah atau Al Hadith ini, menurut dari istilah syari’at ialah segala sesuatu yang bersumber dari Nabi s.a.w., sama ada perkataan, perbuatan, taqrir dan sifat.

Yang dimaksudkan dengan As Sunnah yang dibincangkan adalah sebagai tasyri’ (sumber pensyari’atan) bagi ummat Islam.

Di antara contoh-contoh penafsiran Al Quran dari As Sunnah Rasulullah sa.w. :

1. Contoh yang paling jelas kepada kita tentang solat. Di dalam Al Quran, kita akan dapati banyak ayat yang memerintahkan kepada kita agar kita mendirikan solat. Kerana itu baginda s.a.w. bersabda di dalam hadith yang sahih : “Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku bersolat.”

2. Penafsiran tentang yang dimaksudkan “zalim” di dalam surah Al An’am pada ayat yang ke 82. Di mana ditafsirkan oleh baginda s.a.w. sebagai syirik seperti yang disebutkan Al Quran di surah Luqman ayat yang ke 13.

Masih terdapat banyak lagi tafsiran dari As Sunnah untuk dijadikan sebagai contoh.

Wallahu a’lam.

Penafsiran al Quran

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran (2)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  الصلاة والسلام على رسول الله

2. Tafsiran Al Quran dengan Tafsiran Nabi s.a.w.

أَلَا إِنِّي أُوتِيتُ الْكِتَابَ وَمِثْلَهُ مَعَهُ
“Ketahuilah! Sesungguhnya aku diberikan Al Kitab (Al Quran) dan yang semisal dengannya (As Sunnah).”
(Riwayat Imam Ahmad, H.N. 17213 dan Imam Abu Daud , H.N. 4604.Disahihkan oleh Syeikh Albani di dalam Sahih Abu Daud, H.N. 4604 dan dihasankan oleh Syeikh Muqbil di dalam Sahih Dalail An Nubuwah, m.s. 591.)

Imam Ibnu Kathir r.h. mengatakan :

“Jika anda tidak dapat menafsirkan al Quran dengan al Quran, maka hendaklah engkau menafsirkannya dengan As Sunnah (Rasulullah s.a.w.), kerana sesungguhnya (baginda s.a.w.) adalah penjelas dan penerang bagi Al Quran.”

Imam Asy Syafi’I r.h. mengatakan :

“Setiap apa yang telah diputuskan (dihukumkan) dengannya oleh Rasulullah s.a.w., maka ia adalah daripada apa yang telah difahaminya dari Al Quran.”

Surah An-Nisa, Verse 105:
إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُن لِّلْخَائِنِينَ خَصِيمًا

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

Surah An-Nahl, Verse 44:
بِالْبَيِّنَاتِ وَالزُّبُرِ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.

Surah An-Nahl, Verse 64:
وَمَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Ayat-ayat yang dinyatakan menegaskan bahawa Baginda s.a.w. juga berperanan untuk menafsirkan, menjelaskan dan memerincikan Al Quran Al Karim. Rasulullah s.a.w. adalah penyampai bagi pihak Allah Ta‘ala. Bagindalah orang yang paling mengetahui tentang maksud Allah Ta‘ala.

Wallahu a'lam.

Monday, October 9, 2017

Pergi baca drawings

Hari ni nak cerita pasal sorang supervisor Di Realis project kem Batu pahat.

Satu hari dengan tergesa-gesa dia datang jumpa Dan bagitau, bos, Ada problem Di bangunan Yang saya Jaga. Problems teknikal.
Saya Tanya, drawings kata apa?
Dia jawap, drawings saya tak baca lagi.

Teruslah dia kena, what.....!!!!&£@£&@£#&.
Sapa kata problem ni? Bangla, Indo, Vietnam?
Depa report hang terus nak pass kat saya.
Belajaq tinggi2, Ada diploma, last2 dengar cakap Macai. Naik Moto pegi balik site sehari sepuloh Kali pun tak guna.

Hang pi baca drawings baru jumpa saya.

Friday, October 6, 2017

Manhaj / kaedah tafsiran

Dari WA ustaz zulfikar.

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  الصلاة والسلام على رسول الله

Tujuan mempelajari Tafsir Al Quran

Tujuan mempelajari Tafsir Al Quran adalah untuk membenarkan serta mengimani berita-berita yang dikhabarkan oleh al-Quran, mengambil faedah daripadanya dan melaksanakan hukum-hukumnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Ta‘ala.

Oleh itu ia perlu melalui pintu dan jalan yang dapat menghantarkannya kepada matlamatnya, maka dengan itu ia akan selamat dan berjaya serta dia akan sampai kepada tempat tujuannya.

Para ilmuan di dalam bidang Tafsir Al Quran telah memberikan kepada kita beberapa kaedah atau manhaj/metodologi dan panduan yang terpenting untuk menafsirkan Al Quran.

1.Tafsiran Al Quran dengan Al Quran
2.Tafsiran Al Quran dengan Tafsiran Nabi s.a.w.
3.Tafsiran Al Quran dengan Tafsiran Sahabat r.a. ajma’in
4.Tafsiran Al Quran dengan Tafsiran Tabi’in dan Itba’ At Tabi’in
5.Tafsiran Al Quran dengan Bahasa Arab dan kaedahnya

Penjelasan Imam Ibnu Kathir r.h. :

“Penafsiran al Quran dengan Al Quran. (Kerana) apa yang mujmal (lafaz atau perkataan yang umum) di sesuatu tempat, maka sesungguhnya ia telah ditafsirkan di tempat yang lain, dan apa yang telah diringkaskan pada sesuatu tempat maka sesungguhnya ia dijelaskan di tempat yang lain.”

a.Kalimah permohonan taubat Nabi Adam a.s. :

Surah Al-Baqara, Verse 37:
فَتَلَقَّىٰ آدَمُ مِن رَّبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

Kalimat taubat ini ditafsirkan pada ayat dan surah yang lain, dengan firman-Nya :

Surah Al-Araf, Verse 23:
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

b.Pengertian wali-wali Allah

Surah Yunus, Verse 62:
أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Perkataan “auliya’ Allah” (Wali-wali Allah) telah ditafsirkan sendiri oleh Allah selepas ayat itu ( Yunus 10:63)

Surah Yunus, Verse 63:
الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.

Wallahu a'lam

Thursday, October 5, 2017

My enginiar and HR

Baru teringat satu lagi cerita pasal enginiar Miji.
Satu hari Anuar HR Bumihiway talipon Dan Tanya , Lan , kenapa hang gaduh dengan Fakamizi Ahmad?
Aku jawap, haaaaa......sapa cakap?
Dia kata, ni Vijay bagi report lepas balik interview Mizi Yang bagi Surat design.
Aku terus jawap, celaka Vijay........hang Tanya dia sendiri la.
Dia kata, tu Yang Aku pelik Dan talipon ni.

Aku pun terus Cari Miji Dan cakap dengan Anuar ni, dia kata kita dua gaduh.

Miji pun teruih cakap dengan Anuar, mana Ada bos.

Aku pun belah biar Mini settle dengan Anuar.

Lepas tu Aku Tanya Miji, apa Yang hang cakap kat India celup tu?
Miji jawap, saya taji dia bos gaji lambat Dan sikit Naik. Saya dah lama kerja dengan company ni.

Aku pun angguk saja la.

Lain2 kena Tanya enginiar Miji.

Wednesday, October 4, 2017

Pengenalan usul tafsir

Dari ustaz Kami, UST zulfikar.

*Pengenalan Ringkas Usul Tafsir*

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  الصلاة والسلام على رسول الله

Pada sudut istilah di dalam ilmu tafsir Al Quran, ia beerti keterangan yang memberi penjelasan tentang makna-makna Al Quran. Makna tafsir yang diertikan sebagai penjelasan atau keterangan sebagaimana yang terdapat di dalam Al Quran.

Surah Al-Furqan, Verse 33:
وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيرًا

Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).

Mempelajari tafsir adalah wajib berdasarkan firman Allah Ta‘ala :

Surah Sad, Verse 29:
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah Ta‘ala telah menerangkan hikmah penurunan al-Quran, iaitu supaya manusia meneliti (tadabbur) ayat-ayatnya dan mengambil iktibar daripada isinya.

Tadabbur ialah penelitian lafaz-lafaz supaya dapat sampai ke maksudnya.

Surah Muhammad, Verse 24:
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah Ta‘ala mencela orang yang tidak meneliti al-Quran. Allah Ta‘ala menerangkan bahawa perbuatan ini merupakan kesan daripada hati yang telah dikunci dan kebaikan tidak dapat sampai kepadanya.

Para salaf (generasi terdahulu) telah merintis jalan yang wajib ini. Mereka mempelajari lafaz-lafaz dan maksud-maksud al-Quran kerana dengan ini mereka dapat beramal dengannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Ta‘ala.

Abu Abdul Rahman al-Sulami r.h. telah berkata :”Mereka yang telah mengajar kami al-Quran seperti Uthman bin Affan, Abdullah bin Mas’ud dan lain-lain telah memberitahu kami bahawa dahulu apabila mereka mempelajari sepuluh ayat daripada Nabi s.a.w., mereka tidak akan menambah sehinggalah mereka mempelajari kandungannya samada ilmu ataupun amalan. Mereka berkata, “Dengan itu kami telah mempelajari al-Quran, iman dan amalan sekaligus.”

Tafsir al-Quran adalah salah satu daripada perkara yang Allah Ta‘ala ambil pengakuan para ilmuan supaya menjelaskannya.

Tujuan pengajian tafsir ialah untuk sampai ke matlamat terpuji dan memetik hasil-hasil suci iaitu membenarkan berita-berita al-Quran, mengambil faedah daripadanya dan melaksanakan hukum-hukumnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Ta‘ala.

Wallahu a'lam

Tuesday, October 3, 2017

What is Quran - M.Assad

https://youtu.be/NS5cRoKDHqA

Sunday, October 1, 2017

Tafsir Al farahi

Tafsir al farahi adalah tafsir zaman muktahir ini dari mufassirin benua india.

Ianya baru dikenali di Malaya kecuali penuntut yang pernah belajar di benua Hindi.

semalam ustaz ada cerita sikit pasal tafsir ni yang ada versi arabic, urdu dan english.


https://youtu.be/Wr9AIth2hp0

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...