Site engineer dan kapchai.
Company pertama aku mula berkerja adalah Ireka Construction sdn bhd.
Setelah graduate dari UKM aku masih tinggal di Bandar Baru Bangi untuk mencari kerja.
Pada 19.4.1992 sabtu aku interview di HQ Ireka dengan Ir Yap BC, isnin pagi aku sudah atas bas ke Ipoh untuk melapur diri untuk mula kerja. Tempat kerja adalah di project Plus highway package Ipoh ke simpang pulai. Project ini ada joint venture Ireka dan GKM.
Fresh engineer zaman dulu kena naik motor dulu walaupun supervisor otai company bagi kereta. Plet motor aku ACC 7274. Motor tu aku guna selama dua tahun sehingga project siap.
Beberapa tahun kemudiannya masa di company dan project lain, Aku dan bos interview seorang fresh engineer dan dia mintak Pajero !!! Zaman dah berubah atau mat engineer tu yang perasan.