Encik selangkah lagi nak masuk jel.
Cerita Hari ni untuk ex engineers aku Miji dan Syed Yang dah jadi Project manager sekarang.
Kisah ini berlaku kat aku beberapa tahun lepas Di project kem Batu pahat Yang menyebabkan photo keluar Di paper Sinar Dan Metro versi selatan.
Satu hari site kena serbu dengan imegresen Batu pahat sebab Ada aduan illegal workers.
Masa serbuan tu aku tengah chair sub-contractor meeting. Kat luar dah heboh pegawai 2 imegresen dah ambik semua IC staff Realis. Mereka sedang mencari siapa bos site tu.
Kami Dalam meeting dah mendapat info Dan sedang tunggu masa nak blah.
Mengikut petua semasa, bos kena hilangkan diri masa2 Gini
Aku pun berpakat dengan Bos subcon Letrik, Zakuan ( dulu Rasma Gong Kedak ) untuk lari dengan kereta dia. Kami semua pun keluar dari bilik meeting untuk keluar ke kereta.
Sedang Aku dok buka pintu kereta, tiba Aku dengar suara site engineer aku bercakap, tuan, inilah bos saya sambil memperkenalkan Aku.
Tension betul aku sambil membebel, apahal la engineer aku ni.
Terus pegawai tu cakap, encik bagi IC Dan ikut saya sekarang. Dia pun panggil geng2 dia suruh bagi balik IC staff2 lain.
Aku dengan stress jegil kat engineer aku sambil membebel kat dia.
Selepas tu Aku kena ikut berhimpun dengan indon2 Dan bangla2 Yang kena tangkap, Aku pun dibawa ke balai untuk Di introgate. Setelah berjam2 konar dan taichi dengan pegawai imegresen, petang dekat magrib baru aku Di lepaskan.
Masa ambik balik IC, pegawai tu kata, encik selangkah lagi nak masuk jel.
Teruih Aku teringat kes kawan aku Meor yang pernah dalam situasi yang sama dan sampai bermalam di dalam, semasa dia Di project bumihiway di kuantan dulu sebab kes workers yang tak cukup permit.
Aku balik dengan perasaan bengang giler dan selalu ingatkan team sekarang tentang hal ni.
Berjaga-jaga buat project zaman sekarang ni. Baik check betul2. Kalau jumpa workers yang tak cukup dokumen, terus saja tendang keluar dari site. Jangan bagi kesian lagi.
Sebenarnya minah indon yang ada pas pelancung asalnya cuma datang nak melawat laki dia dan tapi tiba2 esuknya keluar kerja tanpa memberitahu team aku. Tiba2 nasib tak baik, terus kena cekup. Dahla tu, depa adalah sub kepada subcon.
Punca emegresen masuk ke site Aku pun ada bila workers Vietnam buat kerja part time malam Di area batu pahat dan mabuk kemudiannya bergaduh sampai kena tangkap dengan polis.
Beberapa bulan kemudian Aku mendapat Surat amaran kerana melindungi pekerja asing Dari Imegresen putrajaya.