Alhamdullilah tadi sempat bersama puak2 ex- percon di kenduri anak project manager, Nadzir abd kadir.
Aku joint percon corporation pada 2.1.1996 setelah lima tahun dengan Ireka Berhad.
Mula-mula aku ditempatkan di HQ bangunan PNB bersama department operations dan tender dengan bos Tn hj Kamarudin dan senior engineer arwah musa ashaari. Setelah Lima bulan di situ, aku di hantar ke project Lebuhraya Shah alam package B yang sekarang di kenali sebagai KESAS. Site office kami tepi jalan klang - banting sebelum kawasan kampung Johan setia.Aku ke sana menggantikan engineer zaini yang berhenti. Kali ini aku dah diberi kenderaan Suzuki jimmny. Alhamdullilah sekarang dah tak jauh dengan rumah sewa aku di lorong pak mahat, kampung Jawa. Bulan june kemudiannya anak sulung lelaki kembar lahir. Kerja2 utama Aku adalah menyelia kerja earthworks, ground treatment dan beberapa jambatan di kawasan jv partner Gamuda. Susah sungguh jv dengan puak2 tu. Aku ada disitu sampai project siap.
Kemudiannya aku pindah ke project ampang kuala lumpur elevated highway, AKLEH bahagian superstructure. Kerja mula2 adalah memasang gantry ke tiga yang baru sampai dari Itali. Peluang baru untuk belajar pasal gantry terganggu bila berlaku pergeseran dengan team Leighton yang sudah mula mengenakan staff2 percon. Aku kemudiannya pindah ke section satu dekat kampung Baru sehingga siap.
Pada tahun 1999 aku kembali jadi weekend husband bila pindah ke project kuantan kerteh railway. Railway ini panjangnya 30km dan melalui kawasan paya yang memerlukan kaedah ground treatment yang terkini. Macam2 aku belajar disini.
Aku disini sampai project siap. Dan pada desember 2001 Aku meletakan jawatan setelah masalah kewangan syarikat tidak menentu. Sebagai contract staff aku tidak punya harapan mendapat pampasan vss.
Outstation dengan anak2 yang masih kecil dan balik sebulan sekali terasa sangat sukar.
Aku balik ke lembah klang untuk project interchange di bandar sri Damansara bersama dengan Bumihiway sdn bhd.